Thursday, July 23, 2015

Petua : Untuk menurunkan tekanan darah tinggi

Hari nie teman hendak kongsikan petua untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Time raya nie, mesti ramai yang membuat rumah terbuka. Kome yang pergi beraya tu, janganlah main belasah je makan sampai tak ingat dunia. Kalau nak jaga kesihatan, jaga permakanan yang kome ambil tu.

Daun pandan

Untuk petua menurunkan darah tinggi nie, bahan utama yang diperlukan ialah daun pandan. Caranya mudah jer. Ambil beberapa helai daun pandan. Bersihkan dan rebuskan daun pandan ini bersama dua gelas air sehingga mendidih. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas. Kemudian, sejukkan air ini dan minum. Lakukan ini setiap hari sekali sehingga masalah tekanan darah tinggi kembali normal.

Selamat mencuba.

2 comments :

  1. menarik ni...SA sometimes ada je mengalami tekanan darah tinggi

    ReplyDelete
  2. betul la....dah makin banyak usia dan makan lebih sikit...dah mula la pening²..
    ada petua ni...boleh cuba..nak sihat kena rajin buat..kalau malas...diri sendiri tanggung

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...