Saturday, May 16, 2015

Kuliah : Siapakah orang pertama dalam Islam

Siapakah orang pertama dalam Isalam? Kalau orang pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell. Boleh dikatakan kebayakkan orang boleh menjawabnya dengan mudah. Kalau anak-anak bertanya kepada ibubapa orang pertama yang menulis bismillah ??????? Haa ...termenung kita nak jawabnya!.. Simpan nota ini.


30 ORANG YANG  PERTAMA DALAM ISLAM

  1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
  2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
  3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS
  4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
  5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
  6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar
  7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
  8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
  9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab
  10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
  11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA.
  12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah
  13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat
  14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash
  15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas
  16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah
  17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib
  18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary
  19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam
  20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan
  21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah bt Khuwailid.
  22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
  23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib
  24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan
  25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid
  26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab
  27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib
  28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah: Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
  29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair
  30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...