Thursday, April 2, 2015

Petua : Untuk menyimpan daun pandan supaya tahan lama

Cara untuk menyimpan daun pandan supaya tahan lebih lama. Kalau di kampung, tak ada masalah untuk mendapatkan bekalan daun pandan. Tapi berbeza di jika dibandar. Daun pandan perlu dibeli di pasar. Di jual pulak daun pandan nie, serumpun. Banyak tu. Biasa dalam masakan hanya guna dua atau tiga helai daun pandan saja. Selebihnya nak buat apa. Simpan saja. Tapi lama-kelamaan daun pandan nie akan kecut dan akhirnya kering. Macam mana nak pastikan daun pandan tahan lama?

Daun pandan

Gambar ehsan Google.


Ok, dalam entry nie teman kongsikan petuanya. Mudah saja caranya. Mula-mula bersihkan daun pandan tu. Kemudian, bungkus daun pandan tu dengan surat khabar. Lepas tu, simpan dalam peti sejuk. Cara nie akan dapat memelihara kesegaran daun pandan tu dan tahan lebih lama.

1 comment :

  1. di kampung daun pandan free je..tapi di bandar..mahal harganya ...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...