Thursday, April 9, 2015

Petua : Untuk mengatasi tumit dan tapak kaki merekah

Masalah kulit di tapak kaki merekah, keras, kasar, pecah-pecah, dan tumit kaki merekah / pecah-pecah. Kesihatan kaki juga perlu di jaga sebaik mungkin. Dengan mengunakan losyen, kome boleh melembab dan melembutkan tapak kaki. Tapi bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, cara ini kadang-kala tidak berkesan juga. Dalam entry hari ini, teman nak kongsikan satu petua yang perolehi dari Sinar FM.


Tumit dan tapak kaki merekah

Gambar ehsan Google.

Caranya mudah saja. Dapatkan bahan-bahan ni.

  • 1/2 cawan air suam
  • 1/2 cawan cuka masakan
  • 1/2 cawan listerin
Cuka masakan

Listerin

Gambar ehsan Google.

Campurkan kesemua bahan di atas kedalam sebuah besen kecil (saiz cukup untuk memasukkan kaki). Kemudian biarkan campuran ini sebati. Setelah itu, rendamkan kaki kome tu untuk 15-30 minit. Kome pastikan sukakan hasilnya.

Selamat mencuba ye.

2 comments :

  1. ehhh listerin punn????yang listerin tu bgi wangi ke?/heheh,,,

    ReplyDelete
  2. la senang je kan. bila2 pun boleh buat mcm ni.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...