Thursday, April 2, 2015

Petua : Untuk mendapatkan telur mata kerbau yang sempurna

Goreng telur mata kerbau. Sapa yang tak macam mana nak goreng telur mata kerbau? mmm... hampeh betul la sapa yang tak tau nak goreng telur mata kerbau tu. Nie perkara yang paling simple dan senang sekali. Teman pun, sekali sekala teringin sangat nak makan nasi berlaukkan telur mata kerbau dan kicap :d

Telur mata kerbau
Gambar ehsan Google.


Sebenarnya, nak goreng telur mata kerbau nie pun perlu tahu tekniknya, Kalau tak, telur mata kerbau tu tak cantik. Tak sempurna. Hari nie, teman nak kongsikan macam mana nak mendapatkan telur mata kerbau yang sempurna. Senang je.

Mula-mula, ambil telur tu dan pisahkan kuning dari putihnya. Lepas tu goreng kuning telur tu sehingga masak dan angkat. Kemudian goreng pula bahagian putih telur tu. Setelah separuh masak, masukkan kuning telur tadi di tengah. Siramkan dengan minyak yang digunakan untuk mengoreng dan balikkan agar keseluruhan bahagian masak rata. Bila dah masak, boleh lah di hidangkan.

Senang saja kan. Ok, jom masak telur.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...