Wednesday, April 1, 2015

Ingat April, ingat GST

Kome dah bersedia ke untuk menghadapi hari-hari mendatang dengan kemunculan GST nie. Mungkin ramai lagi tak tahu ada barangan yang tidak dikenakan GST. Info nie teman perolehi di portal berita Harian Metro.

Teman berharap sangat inisiatif kerajaan ini tidak membebankan rakyat. Kalau tak, tahu lah kome untung nasib kome masa PRU nanti. Apa yang teman faham, jika selama ini segelintir rakyat yang berpendapatan tinggi sahaja dikenankan cukai. Tapi sekarang, semua golongan akan dikenakan cukai. Inilah namanya kerajaan yang sangat perihatin pada rakyat. Prihatin sangat ke macam nie??? Apa pun kita perlu bersabarkan... Kita yang pilih dema tu... so, kalau tak suka next time jangan pilih dema lagi. Mudah je.

Barangan sifar GST

Dalam kekalutan isu GST, pasaraya Maidin membawa berita baik kepada pelanggan mereka. Pihak pasaraya Maidin akan serap semua GST yang kerajaan kenakan kepada rakyat.

GST Maidin yang bayarkan

Lepas nie rasa teruk sangat sebab banyak cukai dikenakan kerajaan pada rakyat. Kita jimatkan perbelanjaan kita. Kalau nak beli barang rumah, beli je Maidin. Kurangkan berbelanja dan makan di luar. Bila barangan yang perlu saja. Pilih barangan yang tidak ada GST. :)

Mungkin selepas ini, kita buat sambutan setiap 1 April, kita sambut hari GST. OK ke tak, cadangan nie?

2 comments :

  1. Dok harap kerajaan tetiba umum kan nie sebenarnya GST Fool bersempena April Fool. Tapi rupanya kenyataan yang terpaksa rakyat hadapi. Harap bawa banyak kebaikan.

    ReplyDelete
  2. 1 april tetap datang dengan adanya GST...apa pun kena merancang sebaiknya kewangan..huhuhuhuu..kenyataan yg harus diterima dengan

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...