Thursday, March 5, 2015

Petua : Untuk menghilangkan jerawat

Macam mana hendak mengatasi masalah jerawat. Kebanyakkan orang, terutama golongan remaja mengalami masalah jerawat. Selain mengunakan pelbagai produk rawatan wajah yang banyak di pasaran, mungkin juga kome boleh cuba petua yang teman kongsikan sini sebagai pilihan alternatif.

Sebelum ini, teman ada kongsikan satu petua untuk mengatasi masalah jerawat mengunakan serbuk kayu manis. Klik disini untuk membacanya.



Gambar ehsan Google.

Caranya mudah sahaja. Dapatkan bahan-bahan di bawah.


  1. Satu sudu besar air perahan limau nipis
  2. Satu sudu madu

Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.

3 comments :

  1. errrmmm...macam enak untuk dimakan jugak ;-)

    ReplyDelete
  2. owwhh senang jer! pasni leh terus cuba buat..hehe ^_^

    ReplyDelete
  3. boleh share pada kawan² ni

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...