Friday, March 6, 2015

Blogger disaman fitnah RM5m

Blogger disaman RM5m. Sambil tunggu email sync dengan server, teman saja membelek berita-berita semasa di Malaysia nie. Tetiba terpandang tajuk berita Malay Mail Online, blogger nie di saman fitnah di sebabkan artikel yang di terbitkan bertajuk Air Asia Crash pada April 9, 2013.



Kalau kome nak baca berita penuh, klik la kat sini ye. Blogger nie adalah admin untuk blog "Another Brick in the wall". Mana cak cari duit bayar saman RM5m tu wei... Mungkin admin blog nie banyak duit. Tak apa la. Saman di dunia boleh di bayar, di akhirat nanti tunggu lah. Kita pun tak tahu apa yang akan kita tempuhi nanti.

Apa pun untuk blogger-blogger lain, berhati-hati lah dengan apa yang kita terbitkan di blog kita. Harap kes saman nie jadi pengajaran buat semua.

Betullah kata ulama, umat islam akhir zaman sangat mudah membuat pahala, dan sangat mudah untuk membuat dosa. Fitnah pula berleluasa. Semoga kita di lindungi dari fitnah di dunia dan akhirat.

psss... teman lebih suka pahala yang bertimbun-timbun

2 comments :

  1. walau bukan penulis bertauliah pun...etika dan adab kena jaga..
    jika xpuas hati..xsuka nak baca apa yg dirasakan tidak betul ke...sebaiknya jgn baca atau buka..
    apa pun kena melihat kepada hati kita dalam menulis..

    ReplyDelete
  2. bahaya betul. Kena berinta selepas ni kan.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...