Thursday, February 26, 2015

Petua : Cara untuk empukkan daging

Macam mana nak empukkan daging? Kadang-kadang tu, daging yang dibeli agak liat walau pun telah lama di masak. Sebelum nie, teman ada kongsikan beberapa petua untuk empukkan daging. Kome boleh klik link di bawah kalau hendak membacanya;




Gambar ehsan Google.

Dalam entry petua hari ini, teman akan kongsikan lagi beberapa petua yang boleh di gunakan untuk empukkan daging yang di masak.


Gambar ehsan Google.

1. Dengan mengunakan sudu / garpu
Sudu atau garpu yang di maksudkan disini ialah yang diperbuat dari tembikar tu. Bukan sudu atau garpu biasa tu. Caranya masukkan sudu atau garpu tembikar nie semasa merebus daging tu. Masa zaman budak-budak dulu. teman pernah tengok arwah opah teman mengunakan petua nie masa rebus daging untuk dibuat sup.


Gambar ehsan Google.

2. Tempe
Cara nie, semasa merebus daging tu, masukkan sekali dengan sepotong tempe. Kemudian, masak seperti biasa sehingga daging tersebut empuk.

3. Tepung gandum dan kicap
Petua nie mungkin agak rare sedikit. Caranya ialah dengan menggaulkan daging yang hendak dimasak dengan sedikit tepung gandum dan kicap selama setengah jam. Kemudian masak seperti biasa.

4. Batang ubi kayu
Semasa memasak daging tersebut, masukkan beberapa keratan batang ubi kayu dan masak sehingga daging itu empuk.

5. Betik muda
Semasa hendak memasak daging tu, masukkan beberapa potong buah betik muda yang telah di buang kulitnya. Masak sehingga daging itu empuk.


Gambar ehsan Google.

6. Buah keras
Semasa memasak daging tu, masukkan sekali buah keras yang telah di tumbuk halus.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...