Thursday, January 22, 2015

Petua : Mengatasi masalah tumit pecah

Masalah tumit kaki pecah. Kebanyakkan orang ada masalah ini. Cuma sama ada mereka ini mengambil berat masalah ini atau tidak. Zaman serba moden nie, ramai yang mengunakan lotion untuk mengatasi masalah tumit pecah. Mungkin juga ada di antara lotion nie yang tidak bersesuaian dengan kome. Sebelum nie, teman ada kongsikan satu petua untuk mengatasi masalah nie. Klik kat sini kalau sudi membacanya.

Masalah tumit pecah

Gambar ehsan Google.

Kali ini, teman akan kongsikan satu petua orang lama untuk mengatasi masalah ini. Untuk amalkan petua ini, kome perlu dapatkan buah belimbing buluh. Biasanya belimbing buluh nie dimasukkan dalam masakan. Masak lomak pun sodap :)

Belimbing buluh

Gambar ehsan Google.

Dalam petua nie, kita nak pulihkan masalah tumit pecah. Caranya mudah saja. Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Ok, selamat mencuba.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...