Monday, January 5, 2015

Jom bantu mangsa banjir

Sedekah atau menderma merupakan suatu amalan yang mulia di sisi Islam. Tapi, kadang-kadang mungkin kita lupa konsep sebenar sedekah atau menderma ini. Sebagai umat Islam, kita di galakkan bersedekah atau menderma untuk mendapatkan ganjarannya di akhirat. Barangan atau harta benda yang hendak di sedekahkan itu hendaklah sesuatu yang kita sayangi dan bukan harta atau barang yang hendak dibuang. Sebagaimana yang sedia maklum, saudara-saudara kita pantai timur sedang menghadapi dugaan musibah banjir besar yang memusnahkan rumah dan harta benda mereka.

Tapi sayang, ada juga segelintir golongan yang menjadikan pusat pengumpulan barangan untuk di dermakan kepada mangsa banjir sebagai tempat membuang barangan yang mereka tidak ingini. Kenapa lah manusia yang berfikiran macam nie ye.


Gambar ehsan Google.

Selain dari barangan keperluan, kita juga boleh dermakan wang ringgit. Biar sedekah kita itu kecil, yang penting kita ikhlas untuk membantu. Di zaman serba canggih nie, kita kalau nak menderma pun dah mudah. Hantar je SMS boleh menderma. Menderma secara SMS nie di anjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Klik disini untuk maklumat lanjut. Kalau nak menderma secara SMS, taip je BANJIR 5 (BANJIR jarak 5) untuk derma RM5 (Lima Ringgit) dan hantarkan kepada 13999. Jumlah yang boleh diderma adalah seperti berikut: RM1, 3, 5, 10, 15, 20, 30, 40 atau 50.

Kalau nak transfer duit, boleh saja di salurkan pada tabung yang tubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan seperti di bawah nie:

Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan

Akaun bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD, Kubang Kerian, Kota Bharu
Nombor Akaun : 03018010080024
Nama Penerima : PEGAWAI KEWANGAN NEGERI KELANTAN

Untuk maklumat lanjut, kome boleh lah klik disini untuk ke portal Kerajaan Negeri Kelantan atau hubungi Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan di talian 09-748 1957 sambungan. 4315

Pengarang kitab Tanbihul Ghafilin, Imam Samarqandy mengatakan:

"Biasakan diri anda untuk terus bersedekah, baik dalam jumlah kecil maupun besar. Kerana, dalam sedekah itu ada Sepuluh Manfaat; Lima akan diberikan di dunia, dan Lima lagi akan diberikan di akhirat kelak".

Apa pun, inilah cabarannya. Semoga usaha ini di permudahkan dan diberkati Allah. Amin.

1 comment :

  1. Sama sama kite ikhlas kan hati, hulurkan tangan menghulurkan bantuan.. dari segi apa pun.. janji kite niat tolong kerana Allah swt...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...