Monday, January 26, 2015

Bila merotan anak di sabit jenayah

Boleh di dakwa kerana merotan anak? Apa pendapat kome? Bagi teman la, susah jugak macam nie. Ibu bapa biasanya merotan anak untuk mendidik. Bak kat pepatah melayu, "Sayang anak, tangan-tangankan, Sayang isteri, tinggal, tinggalkan".

Pada pendapat teman, rotan adalah simbol ketegasan. Merotan anak bukanlah untuk menghukum, tetapi lebih kepada mendidik. Merotan anak juga tak sama macam merotan pesalah di dalam penjara tu. Tindakan merotan anak hanyalah di ambil sebagai jalan terakhir. Ibu bapa merotan anak dengan penuh kasih sayang untuk menjadikan mereka manusia yang berguna bila besar nanti. Impak rotan ke atas anak-anak pun tidak sampai mencederakan mereka. Kebaisaannya rotan yang ada dirumah hanya di gantung di dinding dan jarang sekali digunakan untuk merotan anak.

Jika anak-anak tersebut cedara di rotan, itu boleh di kategorikan sebagai mendera dan patut dikenakan tindakan undang-undang.

Pengubalan akta baru ini akan mengantikan Akta Kanak-Kanak 2001 sedang di perhalusi dan di jangka mendapat kelulusan Parlimen pada Julai depan. Selanjutnya untuk laporan lengkap sila ke Utusan Malaysia.

Rotan anak

Dalam Islam memang telah ada hukuman merotan anak-anak. Namun ada cara dan adab2nya, malah kalau mengikut Islam syarat yang sampai nak membolehkan pukul anak itu agak ketat yang menunjukkan tidaklah senang-senang je kita boleh memukul anak.

Dari Ibnu Abbas r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda :

Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka.

Riwayat At-Tobrani di dalam kitab Al-Kabir, dengan sanad HASAN.

Dalil Pukul Anak.

Perintahkan anak mu solat pada usia tujuh tahun,dan pukullah jika pada usia sepuluh tahun jika ia meninggalkan solat dan pisahkan tempat tidurnya”.

(HR Ahmad dan Abu Daud dan Hakim dari ibn ‘Umar r.a)

Pukul mendidik.. rotan tapak kakinya.. bukan pukul ikut nafsu _______________

Had angkat tangan ketika merotan

Jangan melebihi paras ketiak.. umpama kepit buku di ketiak.. jangan jatuh buku tu masa angkat tangan..

Pukul bukan ikut nafsu syaitan.. anak tu amanah Allah.. penghuni syurga.. jangan sampai kita dilaknat kerana menzalimi mereka.

So, kesimpulannya tak perlulah kita nie mengikut sangat telunjuk barat. Lihat lah apa yang terjadi pada masyarakat mereka. Masyarakat mereka hancur, budak kecil membawa senjata api dan menembak kawan-kawan sekolah, pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan sehinggakan lahirnya anak luar nikah. Adakah ini yang kita inginkan terjadi apa anak cucu kita? Renung-renungkan.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...