Friday, January 30, 2015

3 cara untuk mengetahui si dia adalah jodoh anda

Macam mana nak tahu si dia adalah jodoh kita? Zaman sekarang nie zaman moden. Orang bercinta dengan mengunakan teknologi moden. Tak perlu lagi hantar surat melalui POS. Orang sekarang nie bercinta melalui Facebook, Twitter, Whatsapp, LINE... apa lagi? Macam-macam apps dah berlambak di Google Play dan App Store. Tapi, macam mana kita nak tahu si dia tu adalah jodoh kita.


Gambar ehsan Google.

First thing, perlu kenal dulu si dia nie macam mana. Nie kenal dalam erti kata sebenar, bukannya kenal setakat di ONLINE tu. Macam mana nak buat... haa... minta tolong la... kat siapa nak minta tolong tu? Haa, minta tolong pada kawan baik si dia... tanya apa yang patut... siasat terlebih dahulu orang yang ingin kita kenali tu. Biasanya jika lelaki yang meminati seseorang gadis, dia akan meminta kenalan untuk mengetahui latar belakang gadis itu. Cara ini dibenarkan di dalam Islam.

Second, bila dah berkenalan tu cuba kenali hati budi supaya wujud keserasian di antara satu sama lain. Pertemuan bukanlah untuk berpacaran sehingga menimbulkan maksiat - si gadis perlu membawa bersama muhrimnya untuk mengelakkan fitnah apabila bertemu dengan lelaki itu.


Gambar ehsan Google.

Dan akhir sekali, bila telah kenal hati budi, jika ada keserasian, lakukan solat istikharah dan perbanyakkan berdoa agar dipertemukan jodoh. Jika terdapat petanda yang baik di antara kedua-dua pihak, Insya-Allah orang tersebut adalah jodoh anda

 Heheheheh... macam lah teman nie pakar sangat. Apa pun, entry nie sebagai perkongsian pengalaman untuk golongan muda dalam mencari pasangan.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...