Sunday, December 28, 2014

Kuliah : Kelebihan solat subuh

Sekadar perkongsian untuk maklumat semua.



Gambar ehsan Google.

Dari Riwayat:  Muslim

Hadith:
Daripada Jundab bin Abdillah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan sembahyang subuh nescaya dia berada di dalam lindungan Allah, oleh itu janganlah sampai Allah menuntut daripada kamu sesuatu daripada tanggungannya (zimmah) nescaya Dia (Allah) dapatkannya kemudian Dia (Allah) menyembamkan mukanya ke dalam api neraka”.



Gambar ehsan Google.

Huraian Hadith:
Umat Islam di suruh menunaikan sembahyang fardhu dalam waktunya terutama bagi sembahyang subuh. Allah akan memberi perlindungan kepada hambanya yang menunaikan sembahyang subuh pada waktunya Sesiapa yang menyakiti orang yang taat kepada Allah maka akan di humbankan ke dalam api neraka. Seperti firmannya (dalam hadis qudsi) yang bermaksud : “Sesiapa yang menyakiti kekasihku akan aku iklankan perang terhadapnya.”

Disebutkan sembahyang subuh secara khusus sedangkan empat waktu yang lain iaitu zuhur, asar, maghrib dan isyak juga di tuntut dengan tuntutan fardhu yang sama. Ini kerana sembahyang subuh adalah yang paling berat waktu di tunaikan. Oleh itu apabila seseorang itu sanggup bangun menunaikan sembahyang subuh lebih-lebih lagi dalam berjemaah, sepatutnya sembahyang-sembahyang lain dia lebih berkesungguhan.

Hadis ini juga menunjukkan kelebihan sembahyang subuh berbanding waktu-waktu yang lain(walaupun kesemuanya mempunyai kelebihan). Ini kerana sembahyang subuh disaksikan bersama oleh malaikat siang dan malaikat malam yang menguasainya manusia (seperti yang tersebut dalam hadis yang lain).

Saturday, December 27, 2014

Kuliah : Hikmah berzikir

Sekadar perkongsian. Semoga kita mendapat iktibar darinya.

Hikmah berzikir

Monday, December 22, 2014

Tips tangani ego lelaki

Macam mana nak atasi atasi lelaki ego? Lelaki saja ke yang ego? Sebenarnya, perempuan pun ada ego juga. Ego nie apa benda? Kalau ikut kamus dewan bahasa ego nie membawa maksud sifat-sifat seseorang sebagai individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dan sebagainya); keperibadian. Ego juga boleh di takrifkan sebagai perasaan mementingkan diri atau menganggap diri sendiri lebih (mulia, istimewa) daripada orang lain. Dengan kata mudah ego adalah perasaan megah akan diri sendiri. Dia tidak mengaku bersalah kerana egonya terlalu tinggi.


Gambar ehsan Google.

Ego dan lelaki seakan tidak dapat dipisahkan. Ia adalah normal bagi setiap lelaki dan pastinya bukan sifat diri yang sengaja dibuat-buat kerana memang tertanam dalam diri mereka.

Namun begitu, tidak perlu takut untuk berdepan lelaki yang ego kerana ia tidak bermakna semuanya negatif. Kebanyakkan lelaki rasional dan bijak mengendalikan ego masing-masing. Dalam entry nie, teman akan kongsikan beberapa tip cara terbaik untuk berdepan dengan ego lelaki.

Mendengar
Lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa yang mereka mahu katakan. Ia berkemungkinan kerana nalurinya sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa. Apa yang mereka katakan tidak semestinya sentiasa betul. Sekiranya anda tak setuju dengan mereka, beritahulah dengan lembut untuk menjaga ego mereka.


Rasa bijak
Seorang lelaki amat mementingkan kehormatan atau pun maruah mereka. Sekiranya anda merasakan pendapat yang mereka berikan tidak masuk akal, jangan berikan kenyataan sehingga mereka menganggap mereka tidak bijak. Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana mereka akan cuba mempertahankan walaupun mereka sedar mereka salah.


Jadi hero
Tidak dinafikan setiap lelaki di dunia ini amat mengharapkan untuk menjadi hero kepada seseorang wanita. Buatkan lelaki merasakan mereka adalah penyelamat anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dan tahu bahawa pasangan anda mungkin tidak dapat membantu, jangan sesekali cuba untuk menyembunyikannya. Sekurang-kurangnya tanyalah juga pendapat mereka.


Berikan pujian
Pujian yang sederhana mampu mengurangkan keegoan seorang lelaki. Bukan wanita sahaja yang gemarkan pujian tetapi lelaki juga. Sekiranya mereka berusaha melakukan sesuatu untuk anda, berilah mereka pujian. Ia akan membuatkan mereka merasakan anda betul-betul menghormatikan mereka.


Jaga diri
Tahukah anda bahawa keegoan lelaki akan menurun sekiranya mereka melihat sesuatu yang cantik? Sekiranya anda dalam perselisihan faham dengan pasangan, pastikan pada waktu perbincangan anda berada dalam keadaan yang cantik. Ini kerana dari segi psikilogi, sekiranya anda berada dalam keadaan yang tidak terurus atau sebagainya, ia akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda. Berhiaslah secantik-cantiknya untuk tatapan si suami.


Sentiasa betul
Memang agak sukar untuk mengurangkan ego seseorang lelaki. Anda perlu bijak untuk membuat mereka merasakan mereka betul walaupun sebenarnya mereka salah. Gunakan kretiviti anda untuk melakukannya. Cuba elak daripada memberi bantahan secara terus kerana ia pasti secara terang menunjukkan mereka salah. Cuba berikan penjelasan secara kiasan supaya mereka tidak sedar anda membantah apa yang mereka nyatakan. Biarkan mereka sendiri yang memikirkannya.

Friday, December 19, 2014

Light and Motion Putrajaya 2014 (LAMPU)

Festival Light and Mortion Putrajaya (LAMPU) 2014 anjuran Perbadanan Putrajaya berlangsung selama 3 malam berturut-turut bermula 12 hingga 14 December, 2014 bertempat di Persint 2 dan 3 yang melibatkan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Menara Usahawan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Audit Negara, Istana Kehakiman, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Kompleks PPJ.


Gambar ehsan Google.

Sebenarnya LAMPU 2014 ini merupakan permainan pencahayaan interaktif, pameran automotif bercahaya, kayuhan basikal dan beca bercahaya. Tujuan utamanya hanyalah untuk memeriahkan suasana malam di Putrajaya... Kalau tak ada event atau suatu yang menarik, memang Putrajaya nie jadi bandar mati atau bandar hantu di waktu malam. Tak meriah langsung...

Secara jujurnya, teman berpendapat festival LAMPU 2014 nie agak membosankan jika di bandingkan dengan i-City. Bagi teman i-City lebih menarik untuk dikunjungi. Manakan tidak, tak sampai 10 minit Aisar dah ajak balik.

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Apa yang menarik pada LAMPU 2014 nie hanyalah pencahayaan interaktif yang di pancarkan ke bangunan Istana Kehakiman. Teman kongsikan disini rakaman video dari handphone teman. Enjoy.

video

video

video

Dah nama pun festival LAMPU, mesti lah keadaannya gelap gelita. Jadi, jaga-jaga pada mereka yang membawa anak kecil. Nanti hilang dalam gelap pula. Dalam entry pasal LAMPU 2014 nie, teman kongsikan banyak gambar untuk kome yang tak berkesempatan pergi hari tu.

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Susunan lampu nie macam yang terdapat di I-City, tapi di I-City lebih menarik lagi.

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Dalam pameran LAMPU 2014 kali turut di pamerkan ukiran Masjid Putra yang dibina dari air batu. Cantik. Tapi, tak tahulah berapa lama ukiran ais ini mampu bertahan dengan keadaan cuaca di negara kita nie.

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Ini pula show case di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, kome boleh lihat Jambatan Seri Wawasan. Kalau kome biasa datang di Putrajaya nie, kome boleh lihat banyak jambatan yang mempunyai reka bentuk yang sangat unik. Kesemuanya terdapat 8 jambatan yang menyeberangi tasik di Putrajaya nie. Kalau kome nak tahu pasal kesemua jamabatan nie, jemputlah klik kat sini untuk ke portal rasmi Perbadanan Putrajaya.

Festival Light and Motion Putrajaya 2014

Kome nampak tak skrin besar tu! Kedudukannya di sebelah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin je. Ada tayangan filem. Tak pasti pulak filem apa yang di tayang tu. Teman tak pegi pun kat kawasan tu. Tak tahu lah apa benda yang ada kat situ.

Ok lah. Nie je yang teman dapat kongsikan pasal LAMPU 2014. Secara keseluruhannya, tak berapa nak best sangat... Nasib baik free... Tapi, ada ke orang nak datang kat sini tiap-tiap malam... 

CPUV : Rakuten September Super Sale

Rakuten September Super Sale. Alhamdulillah, syukur. Blog teman yang tak seberapa nie masih lagi mendapat tempat dari Nuffnang untuk CPUV ke 3 bulan Disember, 2014 nie. Teman pun tak tahu sangat apakah Rakuten nie? Tapi melalui carian Google, Rakuten nie adalah satu portal shopping online macam Lazada tu.



CPUV - Rakuten September Super Sale

Untuk kome yang suka shopping online, boleh la ke portal Rakuten. Sekarang nie tengah ada sale. Nak cerita lebih-lebih pun banyak sangat item yang boleh kome beli kat Rakuten nie. Kalau nak tau, klik je kat link Rakuten nie.

Rakuten - Year end salesRakuten - Year end sales
Ketika ini ada 15 CPUV berstatus ONGOING. Apa pun, terima kasih Nuffnang untuk 3 CPUV nie. Suka sangat. Bila nak dapat CPUV lain pulak :d.

Thursday, December 18, 2014

Petua : Melebatkan bulu kening

Macam mana nak lebatkan bulu kening? Kecantikkan seseorang itu bermula pada wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat menitik berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. 

Bulu kening

Gambar ehsan Google.

Bulu kening yang menarik menambah seri pada wajah. Tapi ada juga orang yang cukur bulu keningnya, kemudian lukis dan bentukkan sendiri dengan pen. Biasanya kaum wanita jer yang buat macam nie.

Setiap wanita inginkan bulu kening yang cantik dan tersusun tanpa dicukur. Dalam entry hari nie, teman akan kongsikan satu petua macam mana nak jadi bulu kening cantik dan tersusun tanpa dicukur. Mudah saja petua nie.

Pokok Lidah Buaya

Gambar ehsan Google.

Ambil daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam. Jadikan ini amalan. Insyaallah, kome akan mendapat bulu kening yang lebat, cantik dan tersusun rapi.

Selamat mencuba!

Petua : Menghalau nyamuk

Halau nyamuk dari rumah. Sekarang nie musim hujan. Bila musim hujan, banyak pula air bertakung di merata-rata tempat. Air bertakung nie, jadi tempat untuk nyamuk membiak. Kalau tak di bersihkan kawasan rumah tu, jadi tempat pembiakan nyamuk lah jawapnya. Tambahan pula sekarang nie demam denggi makin menjadi di sebabkan nyamuk aedes nie senang sangat membiaknya. Nyamuk Aedes nie boleh menyeberangi negeri pulak ikut naik sekali naik kereta, bas atau lori dari negeri yang teruk dengan wabak denggi nie.

Dalam entry petua hari nie, teman nak kongsikan satu petua atau tips macam mana nak menghalau nyamuk dari rumah. Cara nie boleh digunakan masa kome berkhemah di hutan. Bahan yang diperlukan hanyalah limau nipis dan bunga cengkih.

Limau nipis itu di belah dua, dan kemudian ambil bunga cengkih dan benamkan bunga cengkih tu pada limau nipis yang di belah dua tu. Macam dalam gambar nie.

Limau Nipis dan Bunga Cengkih

Gambar ehsan Google.

Kemudian, letakkan limau nipis yang di cucuk dengan bunga cengkih tu kat tempat strategik yang biasa nyamuk duduk menyorok.

Ok, Selamat mencuba...

Tuesday, December 16, 2014

WhatsApp Group Chat

Sekarang nie ramai yang gunakan applikasi WhatsApp untuk berkomunikasi. Termasuk lah teman... Selain dari WhatsApp individu, kome juga boleh juga create WhatsApp group. Contohnya macam Family group WhatsApp. Memang bagus pengunaan WhatsApp nie terutama dalam merapatkan ikatan kekeluargaan dan kawan-kawan.


Gambar ehsan Google.

Dalam konteks kerja pula, pengunaan applikasi WhatsApp nie memudahkan koordinasi kerja seharian. Kebanyakan group whatsapp yang teman join in adalah untuk urusan kerja harian, kelab dan juga group kawan-kawan sekolah. Bila cerita pasal group WhatsApp nie, ahli group chat nie boleh di kategorikan dalam 8 golongan dalam list kat bawah nie...

1) Pak Jabit:
Setiap ketika ada pengumuman... bola, cuaca, gosip, ceramah...

2) Bos 7-Eleven:
Asyik bagi arahan, komen,  dan tugasan walaupun hari cuti (biasanya group kerja rasmi). Siap marah staf dalam group!

3) Kaunselor:
Penuh kata-kata pujangga, nasihat, perangsang semangat, hadith dan lain-lain

4) Kutu Malam:
Cuma aktif sebelah malam.. kecoh pasal malam jumaat. Bila siang tak bunyi langsung

5) Hantu Kubur:
Berbunyi hanya bila namanya diseru atau dipaksa jawab soalan

6) Kacang Ngan Yin:

Hanya pandai  
Gambar ehsan Google.

7) Bisu:
Jadi ahli grup tapi tak pernah berbunyi sekali pun.

8) Kaki Sentap:
Terkena sikit terus '.... left group'. Tak lama pastu minta admin tolong add balik.

~ Anda dikategori yang mana?????? ~

Hehehehe....

Monday, December 15, 2014

No plat kereta lain dari yang lain

Kereta Viva Elite bernombor WTE 3792 teman jumpa di Plaza Tol Subang NKVE hari Jumaat (12 December, 2014). Saja jer nak buat entry pasal kereta nie. Nombor plat kereta nie bukannya unik pun. Cuma apa yang menarik perhatian teman, kedudukan susunan nombor plat kereta nie. Kat kedai mana lah agaknya owner kereta nie buat nombor plat tu ye?

Viva WTE 3792


Tapi kat kereta tu ada kesan kemek sket... Mungkinkah pada asalnya kedudukan nombor plat normal, tapi bila kena langgar nombor tu jatuh ke bawah... nampak macam kartun sangat lah pulak :d kan... Saiz huruf dan nombor pun tak sama...

Tak kisah la... agak-agaknya kedudukan nombor plat macam nie, JPJ saman tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...