Friday, November 28, 2014

Wordless : 28 November, 2014

Area Shah Alam, hujan lebat nampaknya petang nie...

Hujan di waktu petang

Thursday, November 27, 2014

Petua : Untuk memutih dan menguatkan gigi

Gigi amat penting dalam penampilan seseorang. Gigi putih, bersih dan kuat menjadi pemanis dalam setiap senyuman. Macam mana nak jadikan gigi supaya sentiasa putih, bersih dan kuat. Mestilah perlu gosok setiap hari. Sebelum ini, teman ada kongsikan petua untuk penjagaan gigi. Klik disini untuk membacanya.


Gambar ehsan Google.

Dalam entry hari nie teman akan kongsikan satu lagi petua berkenaan penjagaan gigi supaya sentiasa putih dan bersih.


Gambar ehsan Google.

Mula-mula dapatkan sepotong halia dan satu sudu garam kasar. Kedua-dua bahan ini hendaklah di tumbuk sehingga halus. Untuk mengunakannya, tambahkan sedikit air dan bancuh sehingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas mengosok gigi sebelum dan selepas bangun tidur.

Amalkannya setiap hari. Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi.

Sunday, November 23, 2014

Kuliah : Perbualan di antara Rasulullah s.a.w dan Iblis

Segmen kuliah kali ini adalah petikan dari ceramah Ustaz Azhar Idrus...


Gambar ehsan blogger islamavailable.blogspot.com

Katanya...
Kita relax and baca ni Perbualan antara Rasulullah & iblis..

Rasulullah bertanya : “Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?”
Iblis menjawab : “aku merasa panas dingin dan gementar”
Rasulullah : “kenapa?”
Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”
Rasulullah : “jika seorang umatku berpuasa?”
Iblis : “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”
Rasulullah : “jika ia berhaji?”
Iblis : “aku seperti orang gila”
Rasulullah : “jika ia membaca Al-Quran?”
Iblis : “aku merasa meleleh laksana timah diatas api”
Rasulullah : “jika ia bersedekah?”
Iblis : “itu sama saja org tersebut membelah tubuhku dengan gergaji”
Rasulullah : “mengapa boleh begitu?“
Iblis : ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu :

1. Keberkatan dalam hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka.
4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.

Rasulullah : “apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis : “suara kuda perang di jalan Allah.”
Rasulullah : “apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis : “taubat org yang bertaubat”
Rasulullah : “apa yang dapat membakar hatimu?”
Iblis : “istighfar di waktu siang & malam”
Rasulullah : “apa yang dapat mencoreng wajahmu?”
Iblis : “sedekah yg diam-diam”
Rasulullah : “apa yang dapat menusuk matamu?”
Iblis : “solat fajar”
Rasulullah : “apa yang dapat memukul kepalamu?”
Iblis : “solat berjemaah”
Rasulullah : “apa yang paling mengganggu mu”
Iblis : “majlis para ulama”
Rasulullah : “bagaimana cara makanmu?”
Iblis : “dengan tangan kiri dan jariku”
Rasulullah : “dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?”
Iblis : “dibawah kuku manusia”
Rasulullah : “siapa temanmu wahai iblis?”
Iblis : “penzina”
Rasulullah : “siapa teman tidurmu?”
Iblis : “pemabuk”
Rasulullah : “siapa tamumu?”
Iblis : “pencuri”
Rasulullah : “siapa utusanmu?”
Iblis : “tukang sihir (dukun)”
Rasulullah : “apa yang membuatmu gembira?”
Iblis : “bersumpah dengan cerai”
Rasulullah : “siapa kekasihmu?”
Iblis : “org yang meninggalkan Solat Jumaat”
Rasulullah : “siapa manusia yang paling membahagiakan mu?"
Iblis : “org yngg meninggalkan solatnya dengan sengaja”


"PlNJAM 59 SAAT " HASBl RABBl JALALLAH MAAFl QALBl GHAlRULLAH . NUR MUHMMAD SALALLAH . LAlLAHAlLLALLAH"

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Saturday, November 22, 2014

Kuliah : Dua rakaat

Di riwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: 

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya". 

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini: 

"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia." 

Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.



Gambar ehsan portal mushlihin.com

Thursday, November 20, 2014

Petua : Untuk mengatasi masalah migraine

Masalah migraine. Ada ramai di antara kita mengalami masalah migraine. Bezanya cuma non-critical dan critical saja. Bagi mereka yang critical mengalami masalah migraine, memang menyeksakanlah. Dalam entry nie teman nak kongsikan beberapa petua untuk meredakan kesakitan migraine nie. Kome boleh cuba petua-petua yang teman kongsikan disini.

Migraine

Gambar ehsan Google.

1. Merendam tangan dalam air dingin

Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.


2. Berada di dalam bilik gelap

Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.


3. Mengambil sedikit kafein

Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.


4. Carikan bahan-bahan berikut;

~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.


Selamat mencuba.

Petua : Mengatasi masalah senggugut

Masalah sengugut pada kaum wanita. Hari nie teman nak kongsi lagi beberapa petua untuk wanita yang mengalami masalah ini. Kadang-kadang sebahagian wanita mengalami kesakitan sengugut ketika datang bulan. Untuk mengatasi masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini ;


Petua 1

Buah pinang

Gambar ehsan Google.

Petua nie agak pelik sket... Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinang bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2

Halia

Gambar ehsan Google.

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

Petua 3

Pokok Jarum Mas

Gambar ehsan Google.

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4

Serbuk halia

Serbuk lada hitam

Gambar ehsan Google.

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

Petua 5

Teh O Kosong


Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.


Sebelum nie, teman ada juga kongsikan beberapa petua mengenai cara untuk mengatasi masalah senggugut nie. Ada yang mengunakan limau nipis, klik disini untuk membacanya. Dan ada juga petua yang mengunakan asam jawa, klik disini untuk membacanya.

Apa pun, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Wednesday, November 19, 2014

Wordless : 19 November, 2014

Monday, November 17, 2014

CPUV : INTI 2015 Cycle 1 Degree

INTI International University and Colleges. INTI 2015 Cycle 1 Degree. Nie adalah CPUV ke dua untuk November, 2014. Alhamdulillah, syukur. Blog apakehei masih lagi dalam senarai penerima CPUV NuffnangINTI International University & Kolej (INTI) adalah salah satu daripada pusat pendidikan tinggi swasta yang menawarkan pendidikan berkualiti dalam pelbagai jurusan pendidikan. INTI telah ditubuhkan sejak 25 tahun dahulu dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai INTI, kome boleh layari web site mereka disini.



Untuk CPUV INTI, nie Nuffnang beri 3 CPUV sekali gus. Bestnya kalau dapat macam nie selalu. Untuk bulan November nie, blog teman nie dah dapat 6 CPUV yang sedang rancak berdondang sayang. In total CPUV sekarang nie ada 9 CPUV yang sedang rancak counting.


Apa pun, terima kasih Nuffnang untuk 3 CPUV INTI nie.

Friday, November 14, 2014

AbQary Kidz Ihtifal 2014

Tahniah buat AbQary Kidz Saujana Utama Sungai Buluh atas penganjuran AbQary Kidz Ihtifal 2014 untuk meraikan anak-anak yang akan menuju ke alam persekolahan di darjah 1. Untuk pengetahuan, AbQary Kidz yang berpengkalan di Saujana Utama Sungai Buluh. bukan pusat didikan kanak-kanak biasa atau "play school". Di AbQary Kidz. mereka menitik beratkan program 'rangsangan Right Brain' kepada anak-anak dari umur 3 tahun lagi. Program yang dibangunkan oleh Wan Noorasromei Mohd Noor yang merupakan pengasas atau founder dan memerangkap CEO AbQary Kidz Sdn Bhd.

AbQary Kidz Ihtifal 2014

Perbezaan Abqary Kidz dengan tadika lain ialah mereka menggunakan teknik otak kanan dalam penglibatan sesebuah kelas. Dan perbezaan yang ketara ialah mereka mengintegrasikan elemen Islam dalam pembelajaran harian. Program ini akan 'kenaikan' keupayaan otak kanan anak-anak untuk merebut input maksimum dan untuk 'menarik diri' potensi penuh mereka agar mereka menjadi pelajar 'super' untuk persediaan mereka untuk darjah 1. Dikalangan pelajar-pelajar AbQary Kidz, Wan Noorasromei Mohd Noor lebih kenali sebagai Teacher Romei. Glamor gitu... Manakan tidak, beliau nie seorang yang sangat mesra dengan anak-anak... :)

Teacher Romei

Gambar ehsan FB Teacher Romei

Alhamdulillah, Aisar sudah mula boleh membaca dan menghafal surah-surah lazim sejak berumur 4 tahun lagi walaupun tak sampai 6 bulan belajar di AbQary Kidz. Syukur sangat berkat usaha gigih mama nya dan juga pihak AbQary Kidz, Aisar kini sangat rajin membaca buku. Tahun depan Aisar memasuki alam persekolahan baru. Tak sabar rasanya hendak menunggu saat itu.

Teman terfikir juga, ketika teman berumur 6 tahun, apa la agaknya pencapaian teman pada pada waktu itu. Sudah pandai membaca dan mengira ke? Sudah hafal surah lazim ke? Tak ingat pulak teman... mmm... Apa pun harapan papa dan mama Aisar sangat tinggi... kami doakan semoga Aisar menjadi anak yang solehah, berjaya didalam kehidupan di dunia dan di akhirat serta dapat memanfaatkan ilmu yang ada pada dirinya untuk orang lain... Aminnn...

AbQary Kidz

Untuk AbQary Kidz, teman doakan semoga mereka berjaya mengembangkan AbQary Kidz ke seluruh negeri. Insya Allah... aminn.

Thursday, November 13, 2014

Petua : Bayi kembung perut

Masalah bayi kembung perut. Baby biasa kalau ada masalah mesti menangis. Bila baby menangis, mak bapak tak senang duduk. So, sebagai parent kenalah peka dan prihatin dengan signal yang anak kecil mereka beri. Dalam entry nie teman kongsikan beberapa petua tips berkenaan anak kecil... Baby lah tuh...

Baby kembung perut

Gambar ehsan Google.

Apabila anak kecil menangis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya..sebaik-baiknya dukunglah dia..untuk menghilangkan kembung perut, ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi..Biarkan dan tepuk belakang badan bayi.

Sebaik-baiknya ialah kita elakkan masalah kembung terjadi pada bayi kita..”BURPING” adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang.


Satu lagi petua ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, masukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya.. Ini adalah petua kampung yang saya perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda...


Cara pertama :

Sapu sedikit minyak angin, minyak Mestika Bayini (minyak telon), minyak Telon pada perut, tapak kaki, betis dan bahagian belakang bayi. Gosok perlahan-lahan sambil meniarapkan bayi. Bayi akan kentut atau pun sendawa. Setelah angin keluar, bengkung bayi spt biasa dan jauhkan drp kipas yang dipasang laju atau pun air-cond atau bersiar di tempat yang anginnya dingin atau anginnya kuat.


Cara kedua :
Kome juga boleh bengkungkan perutnya sahaja dan bukan seluruh tubuhnya. Pastikan bayi tak berpeluh kuat atau terlalu panas (overheat) dengan banyak pakaian atau pakaian terlalu tebal.

Cara ketiga :
Apabila basuh baju bayi, jangan rendam dgn air paip, tapi terus basuh dgn sabun, bilas dan sidai hingga kering di bawah matahari. Jika anda rendam dgn air sejuk, fibre meresap hawa sejuk. Bila bayi pakai pakaian yang telah direndam, maka bayi akan mengalami kembung perut. Sebelum anda pakaikan bayi bajunya, pastikan bajunya itu berasa suam atau benar-benar kering, bukan lembab atau berasa sejuk.

Cara keempat :
Bila bayi anda menangis kerana lapar atau kencing/berak, jangan biarkan ia menangis terlalu lama kerana lagi lama ia menangis, lagi banyak udara ia menelan, dan ia akan jadi lagi kembung.

Cara kelima :
Anda juga boleh dakap bayi pada badan anda, tutupkan badan bayi dgn kain nipis atau selimut ringan dan biar ia merasa panas hawa badan anda sambil mengurut betis dan tapak kakinya – dgn cara begini bayi akan kurang kembung dan lebih selesa. 

Cara keenam :
Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi. Kemudian ambil jintan manis dan bunjutkan, panaskan atas api lilin, kemudian tekapkan di ari-ari bayi. Pastikan tidak terlalu panas. Nanti melecur pula :)

Ok, setakat nie je info yang dapat teman kongsikan. Harap ia dapat memberi manfaat kepada semua.

Petua : Menghindari masalah senggugut

Masalah senggugut. Hari nie teman nak kongsikan petua kewanitaan. Bagi wanita yang sering mengalami senggugut, boleh amalkan petua ini. Sebelum ini, teman ada juga kongsikan petua untuk mengatasi masalah senggugut ini. Kome boleh klik disini untuk membacanya.


Gambar ehsan Google.

Petua kali ini mengunakan asam jawa dan gula merah. Ambil asam jawa dan  gula merah, secukup rasa dan rebus sehingga mendidih.


Gambar ehsan Google.

Apabila air telah suam, minum air tersebut. Jika diamalkan selalu, insyaAllah senggugut akan hilang.

Selamat mencuba.

Friday, November 7, 2014

Lelaki

LELAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda.

Lelaki soleh

Gambar ehsan Google.

Dia korbankan coklatnya.. untuk adik beradik perempuannya.
Dia korbankan impian.. hanya untuk melihat orang tua nya tersenyum.
Dia membelanjakan kesemua duit untuk beli hadiah untuk gadis .. yang dia cinta.. hanya untuk melihat dia tersenyum
Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri dan anak2.. dengan bekerja lewat malam tanpa sebarang keluhan.
Dia bina .. masa depan meraka sekelurga dengan membuat pinjaman daripada bank dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.
Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu, isteri dan boss.

Kehidupan Dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan orang lain

Kalau Dia keluar rumah, jadi dia lalai
Kalau dia duduk dirumah, jadi dia malas
Kalau Dia marah anak2, jadi dia raksaksa
Kalau dia tak marah, jadi dia lelaki yang tak bertanggungjawab
Kalau dia tak benarkan isteri daripada bekerja, jadi die seorang yang mengongkong
Kalau dia benarkan isteri bekerja, jadi dia adalah orang yang hidup dibawah pendapatan isteri
Kalau dia dengar cakap emak, jadi dia anak emak
Kalau dia dengar cakap isteri, jadi die hamba isteri



Hargai setiap lelaki dalam hidup anda.Anda tidak akan pernah tahu apa perngorbanan yang sudah dilakukan buat anda.

Tetiba rasa nak menyanyi pulak...


Kasih
Kenanganku ingatan saat-saat dulu
Kasih
Apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke manapun hendakku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan ke manapun arah
Angin ku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini
Yang selalu mencintamu
Selalu tanpa ragu
Lelaki ini
Yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertahta dalam sanubariku
Sanubariku ooo...
Aku yang mencinta kamu
Hanya dirimu
Oh...
Kerana cintaku
Tak berbatas waktuku
Kerana cintaku
Tak mengenal jemu hatimu
Hatimu oo...
Yang bertahta dalam sanubariku


Wanita ada hari Wanita Sedunia... untuk lelaki tiada hari khas untuk LELAKI... Siapa lah LELAKI untuk mempunyai hari mereka tersendiri...

Wordless : 7 November 2014

Hujan akan turun di awal pagi. Gambar nie ambil pada pukul 8 pagi, 7 November, 2014.

Nak hujan

Thursday, November 6, 2014

Petua : Menegangkan kulit dan menghilangkan kedutan di muka

Macam mana nak menegangkan kulit muka? Mungkin kome ada masalah ini. Terutama bagi wanita, penampilan wajah amat di titik beratkan. Faktor penambahan usia juga mungkin menyumbang kepada faktor kulit muka kendur. Dalam entry kali ini, teman akan kongsikan satu petua untuk menegangkan kulit wajah.

Kulit muka berkedut

Gambar ehsan Google.

Caranya mudah saja, dapatkan bahan-bahan di bawah ini;

  • Sebiji atau dua biji telur (diambil putih telur sahaja)
  • Sedikit tepung sagu
  • Timun yang telah di parut / blender


Cara nak buatnya macam nie. Putih telur itu dipukul hingga kembang dan dibancuh dengan sedikit tepung sagu. Kemudian, lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman. Pastikan kome tidur sorang-sorang. Bukan apa, takut nanti ada yang terjun katil lari... :)

Keesokkannya, setelah banguntidur, bilas muka dengan air bersih dan kemudian lumur dengan timun yang telah diparut (seelok-eloknya disejukkan sebentar dalam peti sejuk). Biarkan selama sejam dan kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

Selamat mencuba ye.

Tuesday, November 4, 2014

Pam tandas rosak

Macam mana nak baiki pam tandas yang rosak? Kalau kome ada masalah macam nie, agak-agaknya apa yang kome akan buat? Takkanlah nak biarkan saja, nanti membazir air pula dan dah tentu bil air akan meningkat. Kalau nak ditutup dan buka punca air, macam menyusahkan pula. Jalan yang paling mudah, ialah dengan membaiki kerosakan tersebut. Macam mana nak baiki, kome boleh pilih sama ada nak panggil tukang paip untuk membaikinya atau pun baikinya sendiri.


Tandas

Kalau panggil tukang paip, paling kurang kome akan dikenakan RM100 untuk upah dan alat ganti. Kali ini, teman nak kongsikan macam mana nak baiki pam tandas jenis duduk.


Pam tandas

Perkara pertama sebelum mula membaiki ialah dengan mencari alat gantinya. Alat ganti boleh di dapati di kedai hardware. Harganya dalam RM2+.++ je. Yang ini jenis biasa saja. Untuk membaiki kerosakan pam tandas nie, teman dapatkan alat ganti di kedai menjual peralatan bilik mandi. Teman dapatkan alat ganti dari jenis yang elok. Harganya dalam RM50 dari jenis Roy. Entah jenis pam apa nie pun teman tak tahu lah... Apa yang teman tahu,  tokeh tu yang rekemen jenama nie. Lagi pun hanya jenama nie jer yang di jual di kedai tu. Dia kata, nie je stock yang ada. Tinggal satu jer pun. Tokeh tu kata lagi, ramai yang telah beli pam nie. Teman hanya mengiyakan je lah kata-kata tokeh tu.

Ok, next kome kena ada tool. Apa jenis tool yang perlu kome ada? Tool yang penting ialah spana boleh laras dan gergaji besi atau pisau.


Adjustable Spana

Langkah pertama. Tutup punca air yang masuk,  ke dalam tangki. Kemudian buka penutup tangki tersebut. Lepas itu, tanggalkan saluran air masuk ke tangki.


Pam tandas

Ini lah pam tandas yang rosak tu. Actually, pam tak lah rosak. Cuma seal dekat tapak bawah tu dah keras dan menyebabkan air dalam tangki nie meleleh keluar. Kalau di biarkan, mau naik bil air setiap bulan.


Pam tandas rosak

Selepas itu, tanggalkan skru pengikat tangki di dinding dan juga di body tandas itu. Selepas semua skru pengikat tangki itu di buka, angkat tangki seramik itu dengan berhati-hati dan letakkan di atas lantai. Terlangkup kan tangki tersebut untuk membuang baki air yang tinggal. Ok, selepas itu tanggalkan pelampung untuk memudahkan kerja-kerja menukar pam tersebut. Untuk menanggalkan pam, buka pengikat utamanya yang terletak di bahagian bawah (luar).


Tandas duduk

Tangki air

Tangki air

Nie pam yang rosak tu. Kalau nak repair... mungkin boleh... tapi kena ambil masa sket... nak kena cari bahan getah yang sesuai... Silap hari bulan bocor balik... Kiranya kalau nak repair pam nie macam try and error lah... Kos nya pula, mungkin sama je kalau gantikan dengan pam baru...

Pam air tandas

Selepas pam yang rosak itu ditanggalkan, boleh mulakan pemasangan pam baru. Kemudian, pasang punat tekan pam di penutup tangki. Laraskan ketinggian punat tekan pam dengan memotong spillway paip slit yang tidak diperlukan seperti di dalam gambar yang teman kongsikan di bawah nie. Punat tekan pam boleh di laras dengan adjusting skru.

Adjustable skru


Pam air tandas

Pam air tandas

Ok, sudah siap pasang... adjustable skru masih lagi tak di pasang... Nie baru pasang pam saja... Selepas ini, tangki air ini boleh lah di pasang semula pada tempatnya.



Selepas tangki air ini siap di pasang pada tempatnya, masukkan air untuk memastikan tiada kebocoran dan segalanya berfungsi dengan baik.


Tutup semula penutup tangki. Dah siap. Senang saja kan. Bukannya susah pun. Tak sampai satu jam pun teman mengodek-godek benda nie...

Tandas duduk

Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. So, rajin-rajin la yer... Ringan-ringan tangan kome tu membuat sendiri atau membaiki sendiri kerosakkan di rumah. Selain dari menjimatkan duit, kome juga boleh asah skill kretiviti kome tuh... tak gitu... :d

Monday, November 3, 2014

CPUV : Mah Sing - Avenue Street Mall

Mah Sing - Avenue Street Mall. Nie adalah CPUV dari Nuffnang yang pertama untuk bulan November nie. Alhamdulillah, blog teman yang tak seberapa nie masih lagi mendapat tempat di Nuffnang. Teman pun tak berapa tahu sangat Mah Sing - Avenue Street Mall nie. Biasanya bila dengar nama Mah Sing nie selalunya berkaitan developer. Dapat 3 CPUV sekali dari Nuffnang.

CPUV - Mah Sing Avenue Street Mall

Avenue Street Mall merupakan antara projek yang di bangunkan oleh kumpulan Mah Sing. Untuk maklumat lebih lanjut, kome boleh klik disini. Teman banyak sangat info berkenaan projek Avenue Street Mall yang di bangunkan oleh kumpulan Mah Sing nie. Tapi berdasar maklumat yang ada mungkin Mah Sing juga mengikut jejak langkah SP Setia Group yang membangunkan kawasan perumahan perniagaan seperti Setia Alam and Setia City Mall yang lengkap hypermall dan pusat hiburan seperti TGV dan GSC.

Mah Sing - Avenue Street Mall

Sunday, November 2, 2014

Kuliah : Soal tidur

Apakah itu hailulah , Qoilulah dan a'ilulah ?

Hailulah ialah tidur selepas solat subuh(orang yang tak bangun solat subuh juga termasuk) hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.



Qoilulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat malam).

A'ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pada badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Teman harap, perkongsian ini dapat memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan terhadap orang yang lalai.

Saturday, November 1, 2014

Kuliah : 12 amalan pembuka pintu rezeki

Sama-samalah kita beramal, semoga pintu rezeki terbuka luas buat kita. Insyaallah.


Amalan pembuka pintu rezeki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...