Sunday, July 27, 2014

Kuliah : Wanita akan menarik 4 golongan lelaki bersamanya ke NERAKA

Pada hari akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu..


Siapakah mereka ini? Mereka adalah:

AYAHNYA.
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

SUAMINYA.
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindakan isterinya. Bergaul bebas memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak pernah ditinggalkan, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

ABANGNYA.
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang2nya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

ANAK LELAKI NYA.
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, ghibah, menggunjing dan sebagainya maka anak itu akan ditanya dan di pertangung jawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya.


Saturday, July 26, 2014

Kuliah : Doa anak pandai belajar

Zone kuliah hari ini adalah sekadar perkongsian untuk mendoakan anak supaya pandai belajar. Ilmu yang perlu lah di manfaat dan di kongsikan bersama. Doa oleh ibubapa kepada anak-anaknya adalah sebahagian dari dari doa yang mustajab.

Sama-samalah kita doakan anak kita supaya menjadi orang yang berguna apabila mereka besar nanti.

Doa anak pandai belajar

Friday, July 25, 2014

Potong kuku mengikut sunnah nabi

Hari nie mesti ramai yang dah merancang untuk balik ke kampung berhari raya. Jalam pun dah mula sesak. Hari Jumaat, sunat untuk memotong kuku kan. Apa lagi, jom potong kuku sebelum pergi solat Jumaat. Nanti lupa pulak.

Nak potong kuku nie pun ada caranya. Nie teman kongsikan untuk pengetahuan kome semua. At least, setiap yang kita buat akan ada ganjarannya di sana nanti.

Potong kuku

Thursday, July 24, 2014

Petua : Rahsia untuk awet muda

Mesti ramai yang ingin kelihatan muda remaja. Tetapi fitrah manusia, ia hanya untuk sementara waktu dan tidak kekal untuk selamanya. Apabila usia meningkat, tubuh juga akan mengalami perubahannya. Inilah yang di takuti oleh kebanyakkan orang, terutamanya bagi golongan wanita. Golongan lelaki mungkin ada yang tidak kisah sangat atas perubahan ini. Bagi golongan lelaki, semakin usia meningkat, semakin matang dalam berfikir. Sebaliknya pula berlaku pada golongan wanita, semakin usia meningkat semakin mereka risaukan akan perubahan ini.


Gambar ehsan Google.

Ok, teman kongsikan petuanya disini.

  • Minum banyak air. Elakkan meminum air berkarbonat dan air berperisa seperti air kopi atau teh. Jadikan amalan untuk meminum banyak air bersih. Ini dapat memudahkan pembuangan toksin didalam tubuh, serta memberi kesihatan pada kulit dan membantu membakar kalori di dalam badan.
  • Bersenam. Jadikan bersenam sebagai aktiviti harian. Bersenam baik untuk kesihatan jasmani dan rohani.
  • Selepas bangun tidur, disiplinkan diri dengan membuat sedikit senaman regangan untuk melancarkan peredaran darah.
  • Jangan merokok. Merokok membahayakan kesihatan.
  • Cukup tidur dan jangan amalkan berjaga malam. Kurang tidur akan membuatkan diri kelihatan lebih tua dan mata lebam.
  • Jaga permakanan. Amal permakanan yang sihat. Jangan terlebih makan atau berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan.

Wednesday, July 23, 2014

Diskaun tol semasa Hari Raya

Start hari ini bermulalah diskaun untuk penguna lebuhraya. Macam teman, hari-hari gunakan lebuhraya ELITE. 30% diskaun jer... at least, jimatlah sket untuk sehari dua nie. Teman kongsikan jadual rebate / diskaun tu disini.

Kadar rebate dan diskaun highway di hari raya


Kome bila balik raya nyee...? Idok bakor lemang ke raya tahun nie? Ok la. Kome semua, hati-hati drive tu... Jangan drive macam bawa kereta racing pulak. Nanti tak beraya kome. Lagi satu, jangan pulak drive kat lorong kecemasan tu. Nanti tak pasai-pasai kena saman :d.

Wordless : Mood hari raya di office

Mood beraya sudah mari.... Kat office pun sudah berkumandang lagu-lagu raya... Theme wall pun sudah di hias... Mood kerja pun sudah ke laut... apa tah lagi mood nak buat entry...

Apa pun, "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin".

Selamat Hari Raya

Tuesday, July 22, 2014

Teman sudah

Last call for reminder... Teman sudah... Kome udah ke... Jangan lupa pulak... Zakat fitrah lebih afdal dibayar di tempat kome bermastautin. Tunaikanlah zakat fitrah kome tu sebelum terlewat.

zakat fitrah

Monday, July 21, 2014

Spotted : SD1Q

SD1Q. Cantik nombor plat kereta nie. Sekali tengok boleh tersebut SIDIQ pulak. :)

Spotted SD1Q


Kereta nie teman ter spotted semasa menapak ke parking kereta teman hari tu. Apa lagi, terus halakan lensa camera hand phone teman yang tak seberapa nie ke arah kereta nie. Maka jadilah ia tajuk entry teman untuk post entry hari nie. Sekian.

Friday, July 18, 2014

2014 - Tahun tragedi but Malaysia

Rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MAS. Kali ini melibatkan penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Takziah kepada keluarga yang terlibat dan teman doakan agar mereka tabah menerima ketentuan ini. Teman turut rasa sedih atas kejadian yang menimpa penumpang pesawat MH17 nie. Kita doakan semoga mereka di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.



Mengikut laporan dari AFP, pesawat MH17 telah di tembak jatuh mengunakan surface-to-air missile. Klik disini untuk membaca laporan tersebut.



Gambar ehsan Yahoo News

Teman kongsikan beberapa gambar yang diambil dari Google.








Mengikut AFP, kemungkinan besar senjata yang diguna untuk menembak jatuh MH17 ialah BUK atau dikenali sebagai SA-11.


Wednesday, July 16, 2014

Memancing di bulan puasa

Jom pergi memancing. Teman nie pun dah lama bebenor tak pegi memancing nie. Pergi memancing pulak dengan family. Pergg... meriah betul. Dapat ikan seekor pun ke mainlah suka, menjerit pun ada, terlompat-lompat pun ada. Cuma tak dek yang sampai masuk kolam ikan tu. Last time teman memancing, mata kail tersangkut kat kolar baju Abang Lang :d. Nasib baik tak sangkut kat hidung tu... itu lah dia pengalaman teman yang tak seberapa pandai memancing nie.

Inilah dia hasil memancing kurang dari 1 jam. Pergi dah tengahari. So, memang tak boleh nak lama-lama sangat la. Terbakor teman dek matahari tu. Terbakor lagi tekak nie minta di sirami dengan sekurang-kurangnya sirap ais.


Ikan Talapia

Ikan nie pun satu hal. Dari 13 ekor ikan talapia tu, hanya 3 ekor jer yang berjaya teman pancing. 10 ekor lagi tu, semuanya acu Aisar yang pancing. Ikan nie pun pandai memilih juga kot. Kalau anak dara yang memancing, dia makan umpan. Kalau teman nie, idok dema sudi pun.

Atau mungkin jugak, yang 3 ekor ikan yang teman tangkap tu ikan betina. Yang lain tu semuanya ikan jantan. Sebab tu lah depa pegi makan umpan pancing acu Aisar jer.

Apa yang penting, ikan talapia nie teman bakor jer jadi juadah berbuka puasa hari tuh. Cicah dengan air asam pun sodap. Lupa pulak nak ambik gambor ikan talapia bakar tu. hehehehe... kalau tak, boleh jugak teman tempek kat entry post hari nie.

T***k montok

Apa ke hei key word nie menyangkut ke blog teman nie... Macam tak percaya jer... Tak kat hit tuh banyak, idok le... Tapi, gi mana boleh dapat ke blog teman yang suci bersih nie... Tapi inilah yang teman dapat bila pagi nie saja check Nuffnang keyword analysis. Boleh percaya ke atau Nuffnang nie ada error lagi...



Atee... meh sini kome sharekan Nuffnang keyword analysis yang menyinggah ke blog kome tu....

Sunday, July 13, 2014

Kuliah : Maksud doa diantara dua sujud semasa solat

Tahukah kome maksud doa yang dibaca semasa kome duduk diantara dua sujud semasa solat? Teman kongsikan maksudnya disini.


Gambar ehsan Google.

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Saturday, July 12, 2014

Kuliah : Rahsia sujud dalam solat

Sekadar perkongsian rahsia sujud dalam solat. Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD.


Gambar ehsan Google.

Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)


Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE…

Friday, July 11, 2014

CPUV : Julies's bakes better biscuits

Dalam bulan July nie, adalah satu jer CPUV dari Nuffnang yang menempek di blog Ape Ke Hei yang tidak seberapa nie. Ok lah tu kan, daripada tak ada satu pun yang menyinggah. Actually, teman nie bukan seorang yang suka meminta-minta. Tapi jika diberi, alhamdulillah. Lagi pun teman ber blog nie, saja suka-suka untuk berkongsi info, pengalaman dan ilmu. Lagi ilmu yang ada lebih berkat jika dikongsikan. Boleh juga menambah saham di akhirat nanti.



Ok, untuk CPUV pertama July nie, Nuffnang beri Julie's x LINE New Package. Julie's nie adalah jenama biskut yang agak popular juga di pasaran. Setiap bulan pasti salah satu produk Julie's yang masuk dalam inventory list untuk dibeli. Sama ada untuk Aisar mahu pun papanya mengunyah di office.

Buiskut Julie's

Teman lebih sukakan biskut Julie's yang ada oat tu... :) sambil buat kerja di office, layan makan biskut oat tu dan di segarkan pula dengan teh O suam. Sempena hari raya nie Julie's ada membuat package edisi terhad. Untuk mengetahui lebih lanjut, klik disini ye untuk info di Facebook Julie's

Julie's Biskut

Perggghh... di bulan puasa nie apa saja boleh buat kita terliur. :d

Kebaikan kepala dan tahi ikan bilis

Kome suka tak makan ikan bilis? Teman, kalau ikan bilis itu di buat sambal atau sambal goreng memang teman suka sangat lah. Tapi, teman nie memilih sket. Kalau ikan bilis tu tidak disiang, maksud ikan bilis tu dimasak tanpa membuang kepala dan tahinya memang teman makan lah jawabnya. Sebelum nie, teman ada membuat entry pasal makan tahi ikan bilis nie. Kalau kome nak membacanya, boleh lah klik disini.


Artikel dari Majalah Mingguan Wanita. Teman tak ingat keluaran bila.

Baru-baru nie, teman ada terbaca dalam satu artikel. Katanya, kepala dan tahi ikan bilis nie boleh dicampurkan kedalam makanan ayam. Menurut artikel tu, kepala dan tahi ikan bilis nie memberi zat tambahan pada ternakan. Kalau kepala ikan bilis tu, teman bagi kucing makan. Kucing kan suka makan ikan.

Menurut artikel itu lagi, kalau kepala dan tahi ikan bilis itu direndam dalam air boleh digunakan untuk menyiram tanaman. Boleh jadi baja agaknyalah. Mesti gemuk pokok-pokok nie.

Thursday, July 10, 2014

Petua : Untuk menghilangkan bau cat

Macam mana nak menghilangkan bau cat? Kebanyakkan orang, sebelum masuk ke rumah baru pasti ramai yang memikirkan untuk membuat renovation kat rumah baru mereka tu. Ada yang buat minor renovation dan ada jugak yang membuat major renovation sehingga tak nampak lagi design asal rumah yang dibeli tu. Bila dah renovate rumah tu, mesti lah kena cat baru kan. Kebiasaanya dinding yang baru di sapu cat akan meninggalkan bau yang mungkin sesetengah orang tidak sukakannya. Tapi, ada juga cat yang di meninggalkan bau langsung.


Gambar ehsan Google.


Ok, back to entry hari ini. Bagi mereka yang tidak bau cat tersebut, boleh lah mencuba petua ini. Tak susah pun caranya. Letakkan besen berisi air yang dicampurkan dengan garam di ruang yang bermasalah itu dan biarkan semalaman. Bau cat yang kurang menyenangkan itu akan hilang perlahan-lahan.

Senang jer kan. Ok, selamat mencuba yer.

Petua : Masak daging supaya empuk

Macam mana nak masak daging supaya cepat empuk? Selain ikan dan ayam, daging juga merupakan sumber protein utama kepada manusia. Walau pun sekarang nie harga daging semakin meningkat naik, tetapi masih juga mendapat tempat di hati pelanggan. Teman pun gemar juga makan daging nie. Terutamanya daging segar semasa Hari Raya Korban. Best betul. Masak biasa jer pun dan cukup menyelerakan.


Gambar ehsan Google.


Ok, berbalik kepada tajuk entry teman hari nie, macam mana nak bagi daging nie mudah empuk. Senang saja. Semasa merebus daging nie, masukkan beberapa helai daun nangka kedalam rebusan daging tu. Dengan cara ini, daging tidak liat dan boleh masak seperti biasa.

Senang kan. Ok, selamat mencuba.

Petua : Untuk menyegarkan tubuh dan kekal langsing

Kebanyakkan wanita mengimpikan tubuh yang langsing. Berat yang berlebihan juga merupakan mimpi buruk bagi kebanyakkan wanita. Betul tak kenyataan ini? Kalau tak mengaku, tak apa la. Dalam entry nie, teman kongsikan satu petua untuk kekal langsing dan sentiasa segar.


Gambar ehsan Google.


Mudah je caranya. Tak susah mana pun. Kome hanya perlu dapatkan sebuku asam jawa kemudian ramaskan bersama segelas air. Selepas itu, simpan didalam peti sejuk. Jus asam jawa ini boleh dijadikan sebagai minuman selepas makan tengahari atau pun selepas makan malam. Amalkannya setiap hari.

Kome akan dapati tubuh kome semakin segar bertenaga dan semakin langsing. Ok, selamat mencuba.

Petua : Menghilangkan kesan lebam atau hitam di bawah mata

Ada masalah kesan lebam atau hitam di bawah mata? Kewujudan tanda hitam dibawah mata ini menjadikan penampilan kurang bermaya. Bagi mengembalikan kepada seperti sediakala, teman kongsikan petua yang boleh kome cuba.

Gambar ehsan Google.

Cara pertama, dengan mengunakan lemon. Dapatkan air perahan lemon dan campurkan dengan sedikit air suam. Kemudian, sapukan ke bahagian bawah mata. Lakukan ini untuk dua kali sehari.

Cara kedua pula, dengan mengunakan minyak sapi. Sapukan sedikit minyak sapi pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan kemudian bilas sehingga bersih. Petua ini seeolok-eloknya dilakukan pada sebelah malam sebelum masuk tidur.

Selamat mencuba ye!

Sunday, July 6, 2014

Kuliah : Doa Taubat

Bulan Ramadhan adalah sebaik-baik bulan untuk kita sebagai umat Islam untuk memperbanyakkan amal ibadat. Disini, teman kongsikan doa taubat. Teman harapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.


Saturday, July 5, 2014

Kuliah : 4 kunci zuhud

Semoga perkongsian ini memberi faedah kepada follower dan pembaca blog ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...