Saturday, May 31, 2014

Kuliah : Tanda kiamat semakin hampir

Marilah tonton hayati dan renungkan. Semoga kita mendapat iktibar darinya.

video

Friday, May 30, 2014

Kejohanan Tarik Tali

Tempat lain ada tak kejohanan tarik tali macam nie? Teman tak pasti la, kejohanan nie dapat sambutan atau tidak? Teman ambil gambar nie pun dah lama, cuma tak sempat nak publishnya. Baru-baru buat clearance memory hand phone. Tu yang terjumpa gambar nie. Tahun 2012 tu... lama bebenor gambar nie duduk bersarang kat dalam memory hand phone teman tu... Apa pun, teman nak jugak buat entry pasal gambar nie.


Teman pun baru jer tau di negeri Selangor nie ada persatuan khusus untuk game tarik tali nie. Kalau kome rajin, boleh lah klik kat sini dan baca pasal persatuan ini. Persatuan nie dikenali sebagai Selangor Tug of War (STWA) gitu. Teman tak pasti lah persatuan nie aktif atau tidak.

Gambar ehsan Google.

Bila agaknya kome last main game tarik tali nie. Teman nie pun tak ingat dah bila kali terakhir main game nie. Seingat teman, masa sekolah dulu ada la sekali dua join game nie. Apa pun, nie adalah sukan rakyat. Mungkin boleh di popularkan suatu hari nanti. At least melalui sukan, rakyat dapat disatukan hati mereka dan merapatkan jurang perselisihan.

Thursday, May 29, 2014

Petua : Khasiat air embun

Embun biasa muncul di waktu awal pagi. Kalau berjogging awal pagi di padang, kasut kome mesti dibasahi dengan air embun. Kalau tak hujan diwaktu malam sebelumnya la... Actually, air embun nie banyak khasiatnya. Orang tua-tua dahulu ada yang mengamalkan mandi air embun nie. Air embun nie sebenarnya baik untuk tubuh.

Gambar ehsan Google.


Antara yang biasa orang-orang tua dahulu amalkan ialah dengan mengembun air semalaman. Air yang di embunkan ini biasanya lebih sejuk dan segar. Antara khasiatnya ialah melawaskan usus. Untuk mereka yang mengalami masalah sembelit akan mudah membuang air besar selepas meminum air embun ini.

Ada juga yang mengamalkan air embun ini untuk merawat masalah kulit wajah yang berjerawat dan berminyak dengan hanya menyapu air embun ini ke wajah. Ada juga yang mengatakan air embun ini mempunyai kandungan oksigen yang lebih tinggi hingga baik untuk kesihatan kulit.

Macam mana nak dapatkan air yang diembunkan ini? Mudah saja. Sediakan air di dalam sebuah bekas kemudian biarkan ia di luar kawasan terbuka semalaman. Apa pun pastikan air tersebut tidak di cemari dengan debu, air hujan atau apa-apa kotoran supaya ia bersih.

Wednesday, May 28, 2014

Spotted : WBW 1

Masa dok jalan-jalan kat area Petaling Jaya hari tu, tiba-tiba terspot pulak kereta bernombor plat WBW 1 nie. Ohsem betul plat nombor kereta nie. Keretanya pun rare type. Jarang-jarang sekali terserempak dengan kereta macam nie. Melalui research di internet, kereta ini adalah dari jenis Maserati, model Maserati Coupe tahun 2010. Bunyinya namanya pun dah pelik. Kalau ikutkan model Maserati yang terbaru, harga pasarannya dalam MYR1.3 juta gitu. So, teman nie hanya mampu bermimpi untuk drive kereta macam nie.


Nie teman sempat snap gambarnya semasa mengekor kereta nie dari belakang. Apa macam? Cantik tak?



Gambar kat bawah nie ehsan dari FB Gurpal Singh yang dia share kat FBnya. Rupanya ada jugak orang lain yang sama hobi dengan teman nie suka ambik gambar super car and kereta yang unik kat Malaysia nie :) 




*psss... at least ada jugak orang lain yang sama hobi dengan teman... idak lah hobi teman nie rare :d

Tuesday, May 27, 2014

Sinar Harian main belasah je publish berita

Kome selalu tak baca Sinar Harian? Baru-baru nie, teman adalah terbaca nie satu berita berkenaan satu kemalangan yang berlaku di lebuhraya utara selatan. Tajuk beritanya "MPV melambung, berpusing kelaluan bertentangan".



Dalam berita tu mengatakan, MPV tersebut melambung dan merempuh sebuah bas ekspress di laluan bertentangan. Teman dok imagine MPV tu macam gambar kat bawah nie. Ada macam-macam jenis MPV lagi kat Malaysia nie. Gambar yang teman tempek kat bawah nie prototype MPV Proton.

Gambar dari Harian Daily.

Multi Purpose Vehicle (MPV) direka sebagai kenderaan pelbagai guna. Biasanya di Malaysia, MPV macam nie diguna oleh mereka yang berkeluarga besar dan mereka yang mementingkan keselesaan. Laju bebenor pemandu tu pandu. Baca-baca punya baca, dimaklumkan kenderaan yang melambung tu Nissan X-Trail. Citt Nissan X-Trail MPV ker?


Gambar ehsan Harian Metro.

Nampak tak dalam gambar tu. Kereta tu tercucuk kat cermin hadapan bas tu. Klik kat sini kalau nak baca berita penuh dari Harian Metro bertajuk SUV Terbang.

Mungkin pemberita kat Sinar Harian tu tak kenal MPV tu macam mana dan SUV tu macam mana. Sepatutnya, sebelum publish berita tu buatlah research dulu. Jangan lah main belasah je. Untuk pengetahuan, Nissan X-Trail tu ialah sebuah Sport Utility Vehicle (SUV). Kome boleh tengok je kat web site Nissan Malaysia. Kalau berminat boleh la beli satu :d


Wordless : Good morning

Good morning. Today is Tuesday, 27 May, 2014.


Sunday, May 25, 2014

Kuliah : Hormati insan bernama IBU

Marilah tonton hayati dan renungkan. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua insan bernama ANAK.

video

Saturday, May 24, 2014

Kuliah : Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda

Untuk perkongsian dan renungan bersama.



  1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan
  5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
  6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.
  14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
  22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
  24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.

Thursday, May 22, 2014

Petua : Merawat kulit berkedut

Kulit berkedut? Biasanya bila dah berumur, kulit semua akan berkedut. Bila usia meningkat, kedutan akan muncul. Namun ada banyak petua yang boleh diamalkan untuk melambatkan masalah ini. Salah satunya adalah dengan mengunakan lobak merah atau karot. Ok, amalkan petua, dapatkan bahan-bahan ini ;

  • Lobak merah @ karot (sebatang)
  • Satu sudu tepung jagung
  • Sebiji telur ayam (kuning telur sahaja)

Gambar ehsan Google.

Ambil sebatang lobak merah. Lobak merah ini perlulah dibersihkan terlebih dahulu dan kemudian parut halus. Lobak merah yang telah diparut ini kemudiannya dicampur dengan satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Gaul sehingga sebati dan kemudian disapukan pada kulit sekali sehari. Jadikan ini amalan.

Ok, selamat mencuba.

Wednesday, May 21, 2014

Restoran Ali Cham - Daging naik bukit

Tempat makan best di Saujana Utama Sungai Buluh. Ali Cham Restoran, satu lagi restoran yang baru beroperasi di bandar Saujana Utama. Rostoran Ali Cham menyediakan pelbagai jenis makan berkonsepkan makanan Thailand dan melayu kemboja seperti tomyam dan sebagainya. Bagi mereka yang sedang berdiet dan suka makan sayur-sayuran, sesuatu yang unik menanti anda disini.


Satu yang unik dan mungkin susah untuk menikmatinya di tempat lain ialah Daging naik bukit. Menu ini dikatakan amat popular di Cambodia. Dari namanya sahaja dah dengar macam pelik saja. Itu belum lagi untuk menikmatinya. Boleh dikatakan daging naik bukit ini adalah satu menu yang sangat bagus untuk kesihatan. Bahan utamanya ialah daging dan sayur-sayuran segar. Inilah masakkan popular masyarakat Champa kat Cambodia tu.

Harga satu set daging naik bukit nie adalah RM10.00 berserta 100g daging yang telah di perap dengan ramuan rahsia dan dihidangkan bersama sayur-sayuran seperti karot, terung, kangkung dan sawi Pak Choy. Bagaimana pun sebagai pilihan kome boleh order daging mengikut jumlah yang dikehendaki. Daging tersebut telah di perap dengan ramuan khas yang memberikan rasa kenikmatan tersendiri apabila dimakan. Dalam mangkuk kecil ada sos khas untuk di makan bersama daging yang telah di masak.





Kenapa menu ini dinamakan daging naik bukit? mmm... inilah bukitnya... mungkin disebabkan periuk yang digunakan itu melengkung ke atas. Mungkin lebih jelas jika kome tengok gambar nie. Di bahagian atas lengkungan itu diletakkan planta atau margarine untuk membakar daging tu. Di keliling lengkugan itu terdapat sup air rebusan istimewa untuk memasak sayur-sayuran tersebut.


Nak makan makanan nie pun kena ada caranya. Macam makan steam boat. Kome kena masak sendiri. Letakkan susun daging tu di atas puncak bukit tu dan kat dalam sup tu, letakkan sayur-sayuran tu. Macam dalam gambar di bawah nie.







Bila daging tu dah masak, angkat, lepas tu celup kat dalam sos khas tu dan terus masuk ke mulut... nyam, nyam, nyam... sodap... :) Sayur tu, bila dah masak, tak payah la celup dalam sos tu. Bila sayur tu masak, terus angkat dan masuk mulut. Lepas tu, nyma, nyam, nyam lagi... memang best untuk orang yang suka makan sayur. Rasanya sangat unik. Memang best la. Tapi teman tengok, tak ramai orang suka makan sayur. Hehehehe... itu lah pasal depa nie tak sihat.

Teman nie memang suka sangat makan sayur :d Lagi satu menu yang sangat best sini ialah masakkan ikan masam manisnya. Memang sedap, macam masak kat rumah pulak.



Tengok tu, banyak betul bahan-bahannya, sampai ikannya pun dah tenggelam. Ikan dalam gambar tu, ikan kembung jer. Seekor je pun, cukuplah untuk kami tiga beranak nie.


Kedudukan restoran nie betul-betul menghadap Restoran Ruen Thai. Jika ada kesempatan, jemput lah makan-makan disini yer. Teman saja tolong promote, sekurang-kurangnya teman membantu sesama Islam untuk mereka berniaga.

Ok, untuk sesiapa yang berminat berkunjung dan makan-makan disini teman kongsikan koordinate GPSnya dibawah nie.



3.203662, 101.487080

Restoran nie dekat juga dengan Warisan Anggoi Cafe yang menu bestnya Pisang Goreng Cheese. Nak baca entry tu, klik kat sini ye.

Monday, May 19, 2014

Vote sambil beribadah - Jom Wakaf

Jom bersama kita vote sambil beribadah. Entry hari teman tujukan khas untuk membantu komuniti Saujana Utama 3 untuk mengumpul dana bagi kegunaan surau baru yang masih lagi dalam pembinaan. Mengikut jadual, surau baru ini ada dapat digunakan menjelang bulan Ramadan nanti. Harapan teman semoga penduduk Saujana Utama 3 akan dapat mengerjakan solat Terawih di surau baru mereka nanti. Klik disini bersama vote dalam DIGI wwwow award.


Oleh itu, sama-samalah kita memberi sokongan kepada mereka. Sekurang-kurangnya usaha kita itu dapat menyumbang dan membantu komuniti Saujana Utama 3 mengumpulkan dana untuk surau baru mereka.

Klik disini untuk ke blog Saujana Utama 3 dan melihat status terkini pembinaan surau tersebut.

Jom klik disini untuk sama-sama beribadah dan memberi sokongan kepada mereka. Semoga usaha ini diberkati dan dipermudahkan Allah s.w.t.

Jom WAKAF!

Sunday, May 18, 2014

Kuliah : Doa untuk menyembuhkan penyakit Batu Karang

Penyakit Batu Karang. Nie teman kongsikan satu doa untuk menyembuhkan penyakit Batu Karang. Boleh dijadikan amalan seharian.


Saturday, May 17, 2014

Kuliah : Doa supaya pulangkan barang yang dicuri.

Pernah tak kome kehilangan barang atau kecurian. Dalam kuliah kali ini, teman kongsikan satu doa semoga barang yang dicuri itu dipulangkan kembali kepada tuannya.



Friday, May 16, 2014

Wordless : Friday morning without word

Thursday, May 15, 2014

Petua : Untuk mengenali madu lebah asli

Macam mana nak kenal madu tu madu lebah asli? Kita selalu jumpa orang jual madu lebah, tapi kita tak tahu macam mana nak kenal madu lebah tu asli atau telah dicampurkan dengan bahan lain. Bila kita tanya, confirm orang yang menjual madu tu kata madu yang dijual itu asli. Ok, teman kongsikan tips untuk mengenali madu lebah asli.


  1. Permukaan madu mempunyai buih-buih halus
  2. Madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya.
  3. Celupkan lidi atau kayu kecil ke dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika terbakar, ianya madu asli.
  4. Madu tidak membeku jika disimpan di dalam peti sejuk.
  5. Jika di titiskan di atas tapak tangan, madu akan membulat (tidak meleper) walau pun sedikit.
  6. Madu asli tidak akan dikerumuni / di hurung semut. Tetapi jika madu tiruan yang bercampur gula, ianya akan dikerumuni / di hurung semut.
  7. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur itu masak tetapi tidak bagi madu tiruan.

Petua : Untuk menghilangkan parut

Kesan parut kadang-kadang tu menganggu penampilan. Teman pasti, setiap orang mesti ada kesan parut pada tubuh. Mungkin ada di antara kome yang hendak menghilangkan kesan parut tu. Boleh lah mencuba petua yang teman kongsikan hari nie.


Gambar ehsan blogger honeyelissa


Petua untuk menghilangkan kesan parut nie hanya mengunakan asam jawa dan sedikit air. Ambil asam jawa tu dan campurkan dengan sedikit air. Kemudian ramas. Jangan terlalu cair.

Lepas tu, sapukan asam jawa nie pada tempat yang berparut tu. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.

Ok, selamat mencuba.

Saturday, May 10, 2014

Kuliah : Detik Pembukaan Pintu Kaabah

Thursday, May 8, 2014

Petua : Untuk menghilangkan kesan minyak pada pakaian

Macam mana nak hilangkan kesan minyak pada pakaian? Kena pulak pada pakaian yang berwarna cerah. Mesti ketara sangat kesan minyak tu. Nie bukan kesan minyak hitam kat kereta tu. Kesan minyak nie lebih kepada minyak makanan tu. Kalau guna peluntur, kesan minyak nie memang boleh hilang. Tapi, lama kelamaan, pakaian akan nampak lusuh.

Gambar ehsan Google.

Ok, macam mana nak menghilangkan kesan minyak nie? Senang jer. Kome ambil margerin atau nama yang lebih popular Planta :) kat dapur tu. Kemudian, sapukan sedikit pada pakaian yang terkena minyak tu, biarkan seketika. Kemudian, basuh seperti biasa. Mudahkan.

Sebenarnya, kat dapur tu... Selain untuk memasak, banyak juga barang yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah seharian selain menyelesaikan masalah kelaparan tu.

Ok, selamat mencuba ye!

Petua : Untuk mengatasi rambut bercabang atau berbuah

Ada masalah rambut bercabang atau berbuah? Tentu kome sayang nak potong rambut tu. Jangan risau, kini ada penyelesaiannya. hehehe... dah macam iklan D'Herb terlajak laris la pulak... Ok, kali nie teman nak kongsikan satu petua untuk mengatasi masalah ini.

Gambar ehsan Google.

Bagaimana caranya? Mula-mula dapatkan bahan-bahan ini;
  • Daun pinang
  • Garam kasar
  • Air

Dapatkan daun pinang, dan asingkan daun dari batang yang keras tu. Kemudian, masukkan daun pinang ini kedalam bekas yang berisi air dan sedikit garam kasar. Setalah itu, ramas daun pinang ini. Setelah itu, biarkan seketika dan sapukan pada rambut.

Biarkan selama 30 minit dan selepas itu, bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

Selamat mencuba.

Sunday, May 4, 2014

Kuliah : Doa untuk mengurangkan bengkak kaki

Suatu perkongsian untuk pengetahuan bersama. Jika anda yang sedang mendapat rawatan untuk mengurangkan bengkak kaki, anda boleh baca kombinasi doa-doa ini untuk membantu mengurangkan sakit tersebut, Insya-Allah.

Baca Surah al-Fatihah



Baca selawat syifa'

Selawat Syifa


Baca doa di bawah ini ;

Gambar ehsan FB Anugerah Quran

Saturday, May 3, 2014

Kuliah : Tidur yang melemahkan akal

Perkongsian hari ini berkisar kepada jenis tidur yang boleh melemahkan akal.

Gambar ehsan Google.
  1. Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi.
  2. Tidur selepas Asar.
  3. Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.
  4. Terlalu banyak tidur.
Pakar Perubatan Islam tidak menyukai tidur terutamanya selepas Subuh dan Asar kerana dipercayai boleh melemahkan akal dan pengamalnya akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf. Anda mungkin pernah mengalami, selepas terbangun dari tidur pada waktu senja, otak anda menjadi bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja.

Friday, May 2, 2014

10 Tabiat yang merosakkan otak

Kome tahun antara tabiat yang boleh merosakkan otak kome tu. Kalau tak tahu, nie yang teman nak kongsi nie.


1. Tidak mengambil sarapan pagi.
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

So, pastikan kome mengambil sarapan pagi

2. Terlebih makan.
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ia berkata Rasulullah saw bersabda: 

“Orang muslim itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir dengan tujuh perut”. 
H/R Malik, Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan selainnya 

Dalam riwayat Bukhari disebutkan dengan lafal: 

“Ada seorang lelaki kafir yang makannya banyak sekali, lalu ia pun masuk Islam. Setelah itu, makannya menjadi sikit. Hal itu diberitahukan kepada Rasulullah saw. Maka beliau bersabda: ““Sesungguhnya orang muslim itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir dengan tujuh perut”. 
H/R Bukhari

3. Perokok.
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'. Tidakkah kamu tahu bahawa, rokok itu merupakan satu racun merbahaya. Klik disini untuk membaca berkenaan perkara ini.

4. Penggunaan gula yang berlebihan.
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat dan membahayakan kesihatan.


5. Pencemaran udara.
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. Asap rokok sangat merbahaya kepada kesihatan jika terdedah dalam tempoh yang berpanjangan.

6. Terlebih tidur.
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur.
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi.
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir.
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Fesyen dan jubah bogel oleh wanita bertudung

Menutup aurat adalah tuntutan agama Islam kepada kaum lelaki mahu pun kaum wanita. Terutama pada golongan wanita, pelbagai fesyen pakaian telah tercipta oleh ramai pereka fesyen. Pelbagai jenis fabrik telah di ketengahkan. Tidak ketinggalan juga kepada pereka fesyen Islam. Tidak dinafikan fenomena ini menjadi bagai satu cetusan budaya rakyat Malaysia.

Actually, kesedaran menutup aurat nie bagus. Lagi pun ianya tuntutan dalam Islam untuk memelihara kesucian dan kehormatan golongan wanita itu sendiri. Apa yang teman ingin ketengahkan adalah berkenaan pemilihan jenis fabrik pakaian tersebut. Bukan apa, mungkin wanita terpesona dengan corak dan design pakaian tersebut mereka terlepas pandang jenis fabrik tersebut yang nipis sehingga membolehkan orang lain melihat tubuh yang ingin dilindungi itu. Tolong lah... Wahai golongan wanita, peliharalah aurat kamu... Ketahuilah kamu, bahawa sesungguhnya "Wanita adalah golongan majoriti penghuni neraka". Klik disini untuk membaca entry tersebut. Link ini adalah dari pautan blogger lulur-hati.



Baru-baru ini, seorang celebrity pulak yang berpakaian sebegini. Namanya dah cukup cantik. Tapi.... mmm... malas nak cakap...


Gambar ehsan Google.


Banyak kali teman terserempak dengan wanita berpakaian jubah seperti ini. Tapi teman tak tergamak untuk ambil gambar mereka nie, dengan niat tidak mahu memalukan mereka. Cukuplah sekadar carian di Google. Adakah mereka sengaja berpakaian seperti ini? Atau pun mereka tak sedar? Entah la...


Gambar ehsan Google.


Pernah juga terlihat sepupu sepapat teman berpakaian seperti dalam gambar diatas. Mereka nie dah bergelar isteri orang. Nak tegur, serba salah. Tak tegur pula, nampak macam bersubahat. Berbalik kepada persoalan, kome bertudung, berjubah bagai, adakah untuk menyahut seruan agama ataupun hanya untuk berfesyen?



Secara tidak sedar pakaian jubah telah ditelanjangkan oleh mereka yang memusuhi Islam. Lebih teruk lagi, golongan Islam itu sendiri yang melakukan. Tidakkah mereka tahu perbuatan mereka itu seolah-olah menghina Islam?


Kadang-kadang, terdengar jawapan apabila di tegur "Aku tidak menutup aurat, itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!"


Mungkin mereka terlupa, tak tahu atau pun buat-buat tak tahu. Jika seorang wanita itu membuat maksiat dan tidak menutup aurat, mereka turut mengheret puluhan yang lain bersama mereka yang akan menanggung dosa di akhirat nanti. Siapakah mereka itu?

Mereka-mereka inilah :
  • Ayahnya
  • Suaminya
  • Saudara-saudara lelakinya
  • Anak lelakinya


Oleh itu, sedarlah wahai wanita! Teman harap entry di pagi Jumaat ini mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka. Klik disini untuk membaca artikel golongan yang menanggung dosa wanita disini.

Teman doakan semoga mereka mendapat hidayah dan keinsafan untuk berubah. Semoga ianya dipermudahkan buat mereka. Amin.

Thursday, May 1, 2014

Petua : Untuk menguruskan badan

Ramai wanita mengimpikan tubuh badan yang slim dan sexy. Bila tubuh berisi sedikit, mereka mula risau. Mungkin disebabkan mereka tidak dapat memakai pakaian yang mereka sukai bila tubuh mereka berkembang.


Untuk itu, teman kongsikan dua tips atau petua untuk menguruskan badan.

  1. Ketika kome memilih piring makanan, ambil piring yang rata dan bukan piring yang cengkung. Ambil sayuran dahulu kemudian baru nasi. Dan yang terakhir barulah di penuhkan dengan lauk lain seperti ikan, ayam atau daging. Jika ingin menambah, hanya sayuran sahaja yang boleh di ambil.
  2. Makankanlah di meja makan dan jangan makan di tempat lain. Jangan makan sambil menonton TV, sebab semakin menarik rancangan TV, semakin banyak makanan yang kome akan habiskan.

Ok, Selamat Mencuba! dan Selamat menguruskan badan :)

Petua : Untuk membuang lemak didalam badan

Ramai orang mengalami masalah lemak berlebihan didalam tubuh badan. Di zaman moden ini pelbagai cara moden telah digunakan untuk membuang lemak yang tidak di kehendaki ini. Ada cara yang menyakitkan dan ada juga cara yang tidak menyakitkan. Pokok pangkalnya duit. Ada duit semua boleh buat.



Dalam entry ni, teman akan kongsikan petua melayu lama untuk membuang lemak yang berlebihan ini. Untuk mengamalkan petua ini, kome hanya memerlukan 3-5 biji putik buah delima. Putik buah delima ini dibasuh sehingga bersih dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian, perah airnya dan minum pati perahan putik delima itu tanpa mencampurkan bahan lain.

Amalkan setiap hari diwaktu pagi dan malam selama sebulan.

Selamat mencuba!

Petua : Untuk melebatkan rambut

Impikan rambut yang lebat? Sebelum nie teman pernah kongsikan beberapa petua untuk mendapat rambut yang lebat. Kome boleh klik disini dan disini. Kali ini, teman kongsikan satu lagi petua untuk mendapatkan melebatkan rambut.



Petua kali ini mengunakan bahan-bahan seperti dibawah;

  1. Daun bunga raya (beberapa helai)
  2. Sebiji telur ayam kampung
  3. Madu lebah

Caranya mudah saja. Mula-mula ramaskan daun bunga raya yang telah dibersihkan itu sehingga keluar lendirnya. Kemudian campurkan dengan sebiji ayam kampung dan satu sudu madu lebah. Gaulkan sehingga sekata dan kemudian sapukan pada rambut kome. Setelah itu balut rambut kome tu dengan tuala selama lebih kurang 10 minit.

Kemudian cuci dan bilas rambut kome seperti biasa. Amalkan 2 kali seminggu.

Selamat mencuba!

Petua : Untuk mengempiskan perut

Ramai yang ada masalah perut buncit. Baik lelaki mahu pun wanita. Tetapi ada yang berpendapat, lelaki  berperut buncit atau boroi itu tandanya bahagia. Klik disini kalau nak baca entry tu. Mungkin disebabkan itu golongan lelaki tidak kisah sangat perut mereka buncit. Bagi wanita pun, memiliki perut buncit seolah-olah satu bencana besar buat mereka. Manakan tidak, ini akan menjejaskan penampilan dan cara mereka berpakaian.


Slim

Hari nie kongsikan satu petua untuk mengempiskan perut yang boleh dijadikan amalan. Caranya, didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Setelah pekat, sejukkan sehingga suam-suam kuku dan lumurkan pada bahagian perut. Kemudian balut perut dengan memakai bengkung.

Jadikan ia amalan supaya kome dapat tengok hasilnya.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...