Wednesday, April 30, 2014

Today is pay day

Huyooo hari nie dah 30 hari bulan la... Hari gaji tu... Jom kita pegi cucuk duit kat ATM. Tapi jangan cucuk kat tempat lain sudah laa...


video

Wordless : 30 Mac 2014

Tuesday, April 29, 2014

Lagi janda menjadi mangsa

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak janda menjadi. Beberapa kenalan blogger turut berkongsi mengenai perkara ini. Perkara ini semakin menjadi-jadi.


Klik untuk membaca entry blogger Strider Buzz dan blogger Rider Sejati.

Berkongsi tips untuk membeli rumah dan kereta dalam masa 5 tahun

Macam mana nak beli rumah dan kereta dalam tempoh masa 5 tahun. Seorang jutawan Hong Kong berkongsi rahsia bagaimana untuk mencapai matlamat ini. Kome boleh baca tipsnya disini.


Gambar ehsan Google.

Menurut perkongsian jutawan tersebut, katakanlah pendapatan kome RM2,000 sebulan. Kome boleh hidup dengan baik. Itu pun jika kome bujanglah. Jika kome sudah berkahwin dan dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan dan tinggal di Lembah Klang, pendapatan sebegini memang tidak mencukupi.

Tips ini mungkin berguna buat mereka yang baru memasuki alam pekerjaan. Pada tahun pertama mungkin agak perit sedikit. Tapi perlu di ingat, setiap tahun pendapatan akan meningkat di sebabkan kenaikkan gaji tahunan.

Mengikut jutawan tersebut, pendapatan kome itu perlu dibahagikan kepada 5 bahagian, iaitu RM600 (30%), RM400 (20%), RM300 (15%), RM200 (10%) dan RM500 (25%). Peratusan pembahagian tu seperti yang teman kongsikan.

Peratusan pertama sebanyak 30% itu adalah untuk perbelanjaan seharian, makan dan minum.  Dari RM600 sebulan tu atau RM20 sehari untuk makan dan minum. Agak-agak cukup tak?

Peratusan kedua sebanyak 20% adalah peruntukkan sosial. Perlukah untuk bersosial di peruntukkan sejumlah wang. Sosial nie boleh termasuk langganan broadband, belanja kawan-kawan dan segala yang berkaitan. Sebelum ini teman ada kongsikan tips untuk naik pangkat. Klik disini untuk membaca entry tersebut. Sosial menyumbang 80% kejayaan atau peluang kenaikan pangkat di sanping memberi peluang untuk menonjolkan diri.

Peratusan ketiga sebanyak 15% adalah untuk peruntukkan belajar atau menambah pengetahuan. Ini boleh dilakukan sama ada belajar secara formal atau sekadar membeli membeli majalah berkaitan untuk menambah ilmu. Dengan ilmu, seseorang itu akan lebih berkredibility serta meyakinkan dalam penampilannya.

Peruntukkan keempat sebanyak 10% simpanan atau tabungan yang digunakan untuk memberi ganjaran pada diri sendiri. Tabungan ini membolehkan kome untuk melancong atau membeli gadget impian kome.

Peruntukkan terakhir pula, sebanyak 25% digunakan untuk pelaburan. Pelaburan ini boleh jadi dalam bentuk saham amanah atau disimpan didalam akaun simpanan yang memberikan pulangan yang menarik.

Berat juga timbangan Apa Ke Hei nie

Terima kasih pada blogger RileksMinda. Sebenarnya, entry yang di post oleh blogger RileksMinda tu adalah berkenaan tips untuk menambah pendapatan Nuffnang. Klik kat sini kalau nak baca entry tu. Hari nie teman terbuka pintu hati untuk menimbang berat loading Apa Ke Hei nie. Bukan apa, sebelum nie ada juga baca blogger lain buat entry pasal nie. Tapi teman setakat baca jer la. Tak ambil pot pun. Buat dek jer... :)

Tapi bila baca entry nie, terbuka pula hati untuk try test. Teman siap buat research lagi melalui pautan link RileksMinda yang membawa teman hingga ke blogger Umikasum yang lebih glamor dengan blogger Yumida. Klik kat sini kalau nak baca entry tu. Dan akhirnya membawa pautan ke blogger solehahshamsuddin yang berkongsi java script tu. Klik kat sini kalau nak membacanya.

Nie sebelum ubah configuration tu.


At least better than nothing la. Kalau sebelum nie performance agak macam siput, sekarang nie laju la sket dari sang siput... Mmm... kenapa nak compare dengan Siput yer... Kesian cik siput... :)

Selepas menukar configuration tu, adalah improvement sket. Sikit jer pun.


Klik kat sini, kalau kome nak test page load blog kome tu. Kat portal nie pun boleh juga buat analisa. Nie first try ubah setting blog Apa ke hei nie. Tengoklah nanti macam mana performancenya. Kalau menerukkan keadaan, teman remove je setting tu. Apa pun kasi try and error dulu. Belajar dari kesilapan dan perbetulkan apa yang salah. Tak gitu :)

Monday, April 28, 2014

Tips untuk mengenali lelaki menerusi gerak laku ketika berbicara

Pasti saat berbicara dengan lelaki, ada kala wanita keliru dengan beberapa jenis gerak laku atau reaksi yang diperlihatkan. Malah akibat disalah tafsir perbualan menjadi dingin dan hubungan mula sukar difahami.

Gambar ehsan Google.

Seperti wanita, lelaki turut mempunyai alasan terhadap sebarang tindak balas fizikal saat membicarakan sesuatu hal. Berikut panduan berguna bagi mengenali sikap lelaki melalui gerak laku atau reaksi mereka saat berbicara.

Tutup mulut ketika berbicara
Tindakan ini membayangkan lelaki kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucapkan.

Berpeluk tubuh ketika berbicara
Lelaki jenis ini memperlihatkan satu sikap yang defensive. Dia tidak menerima pandangan orang lain. Tindakan ini juga menggambarkan lelaki ini sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama. Gerak laku yang sedemikian juga menunjukkan lelaki berkenaan berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan anda.

Mata tidak fokus
Apabila seseorang lelaki memperlihatkan gerak laku seperti ini, sebenarnya dia tidK berminat pada perkara yang diucapkan. Kalaulah anda baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan lelaki itu tidak benar-benar berminat pada diri anda.

Dahi berkerut-kerut
Reaksi ini menandakan dia berminat dengan apa yang ada ucapkan tapi tidak percaya apa yang anda ceriyakan padanya.

Mata berkedip lebih laju daripada biasa
Gerakkan ini menandakan lelaki tersebut adalah seorang pendusta. Awas, kata-kata yang keluar dari mulutnya memang tidak boleh dipercayai.

Pandang tepat ke mata
Andai si jejaki mempunyai gerak laku seperti ini, ia menunjukkan dia amat berminat dengzn isi percakapan anda. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan anda secara lebih dekat.

Bersandar ketika berbicara
Andai lelaki mempunyai reaksi seperti ini pada saat anda sedang bercakap dengannya, ia menunjukkan dia bersikap negatif kepada anda. Kemungkinan dia sedang berasa bosan, menyampah atau memandang rendah kemampuan diri anda.

Mencekak pinggang
Lelaki yang melakukan reaksi seperti ini adalah orang yang bersikap bersiap sedia. Mereka selalunyaa mempunyai objektif dan cita-cita jelas. Dia juga biasanya memiliki cita rasa yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.


Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Klik disini untuk membaca tips untuk memikat hati lelaki.

Sunday, April 27, 2014

Kuliah : Doa kuat ingatan

Adakah anda sukar mengingati apa yang anda pelajari? Baca doa ini. Insya-Allah anda tidak akan mudah lupa dan ingatan anda lebih kuat dari sebelumnya.


Saturday, April 26, 2014

Kuliah : Doa pendinding diri dari gangguan syaitan.

Kuliah hari ini akan berkongsi doa pendinding diri dari gangguan jin, saka dan sihir.




Cara membacanya ialah:
Baca 1 kali selepas solat fardhu atau 5 kali selepas solat Subuh atau solat Isyak setiap hari.

Friday, April 25, 2014

Lingkup sudah decoder ASTRO

Teman masih lagi bertahan menguna decoder ASTRO yang biasa tu sejak mendaftar menjadi penguna ASTRO dari tahun 2010 lagi sehinggalah April 2014 nie. Actually decoder ASTRO  yang teman guna nie adalah milik teman sendiri. Sebab teman yang membelinya sendiri. Waktu tu brand new la... So, sejak 2013 pihak menjalankan operasi untuk menukar decoder yang biasa ke decoder Beyond. Pihak ASTRO memujuk teman untuk menukar decoder tu dengan bermacam-macam pakej yang mereka tawarkan. Tapi teman menolakknya sebab tiada keperluan untuk menukarnya. Lagi pun pihak ASTRO hendak teman memulangkan decoder teman tu. Itu yang teman tak setuju, sebab decoder tu teman beli sendiri. Walaupun mereka memberi secara percuma untuk decoder Beyond yang baru tu, tetapi tetap tidak setuju sebab terdapat sedikit penambahan didalam bil. Penambahan tu tidaklah banyak sekitar RM3+.00 jer. Tetapi teman tetap tidak setuju sebab teman tak nak membayar lebih. Sekarang nie teman dok bayar RM1++.00 untuk siaran ASTRO saja. So, nak buat apa bayar lebih lagi :d


Nak dijadikan cerita, malam ahad semasa tengah seronok menonton Fear Factor Malaysia tu. Tetiba, poppppp.... gelap je.... ada sound bip...bip...bip... apa hal pulak lah tu... Teman try OFF dan ON semula. Tak ada apa-apa perubahan. So, confirm la decoder ASTRO tu dah kaput... Keesokkannya try cari decoder baru kat kedai. Perggg.... tokey tu kata decoder ASTRO tidak dijual... yang ada dijual hanyalah decoder second hand yang tidak terjamin ketahanannya. Silap hari bulan baru guna sebulan dah lingkup.

So, nak tak nak kena tukar decoder ASTRO Beyond. Pertukaran decoder tu melibatkan penambahan dalam bil sebanyak RM2+.00. Nak tak nak, kena proceed jugak. Bila dipertimbangkan balik, apa ke hei teman teman tukar decoder Beyond dan charge bulanan bertambah RM3+.00. Baik teman upgrade terus ke ASTRO Beyond HD PVR. Bayaran bulan bertambah dalam RM3+.00 jugak. Cuma untuk pertukaran disebabkan teman nak guna kabel yang sedia. Untuk pengetahuan, kalau kome nak guna ASTRO Beyond PVR. Kome perlu ada dua kabel ke ASTRO satellite dish tu. Teman nak nak guna penambahan kabel lagi sebab kabel sedia ada sudah ditanam didalam dinding. So, pihak ASTRO memberi pilihan menguna SATCR LNB dengan penambahan RM100 dan bayaran keseluruhan untuk pertukaran adalah RM150. Teman OK jer. Kalau kome nak tahu SATCR LNB tu apa, klik la kat sini, baca dan faham sendiri :d Dengan decoder baru nie, warranty dan kerosakkan decoder akan ditanggung oleh pihak ASTRO. So, penguna tak payah nak susah-susah nak beli sendiri decoder tu. Kalau nak tahu pasal ASTRO Beyond PVR klik disini.

Selain dari kabel, satellite dish juga akan di tukar kepada satellite dish beyond.



Ok, berbalik pada SATCR LNB tu... Kat SATCR LNB nie ada dua port. So, kalau kome ada dua TV and nak guna dua decoder boleh lah tab kat port nie. Tempoh pemasangan ada 30 hari. Perggg bunyi macam lama jer...  Dua tiga hari selepas teman buat panggilan ke pihak ASTRO untuk pertukaran tu, petang rabu teman dapat SMS berkenaan appointment dan hari jumaat installer datang pasang.



Inilah decoder ASTRO baru dengan sistem PVR. Hard disk dalam PVR tu lebih kurang 300G cukup untuk rakaman selama 100 jam. 




Sudah pun siap di pasang. Untuk load configuration channel yang teman subscribe, perlu ambil masa 4 hingga 5 jam baru selesai configure channel tu. So, sekarang nie tak main la tengok HBO 411... :d  Mudah sangat untuk guna fungsi record nie. Cuma ikut saja arahan yang diberi. Mudahkan, cuma tekan button R jer kat remote control decoder tu. Kome boleh atur sendiri rancangan yang kome nak tengok. Record, kemudian tinggalkan. Kalau ada rancangan ditayangkan serentak, kome boleh rakam rancangan satu lagi tu sambil menonton rancangan yang kome nak tonton tu. Maksimum rakaman dalam satu masa adalah dua channel saja.

Kalau nak tau apa channel yang ada bila kome melanggan pakej ASTRO HD, klik disini.

Thursday, April 24, 2014

Petua : Masak lemak supaya tidak pecah minyak

Hari nie Master Chef tak bertauliah nie nak berkongsi satu petua. Walau pun teman nie idok la pandai sangat dalam bab memasak nie. Tapi teman nie rajin orangnya. Ada juga teman menolong bonda teman di dapur tu :d


Gambar ehsan blogger deardiary-umi

Satu hari tu, teman tolong menyibuk di dapur bersama bonda teman tu. Bonda teman kata, dari menyibuk di dapur meh tolong bonda kacau masak lemak nie. Teman pun ambil senduk dari tangan bonda dah start la mengacau kuah lemak tu. Teman tanya kat bonda, kenapa kacau kuah lemak nie? Tak boleh biarkan dia mendidih sendiri ke? Bonda kata, tak boleh. Kena kacau juga kuah lemak tu. Nanti pecah minyak, katanya.

Masak lemak nie kalau pecah minyak, berketul-ketul pulak nanti. Tak best. So, kome yang tak tau tu boleh lah cuba petua nie. Best tau memasak nie :d

Monday, April 21, 2014

Tips untuk mengetahui lelaki itu cemburu

Macam mana kome nak tahu lelaki itu sedang dilanda perasaan cemburu. Kalau wanita sememangnya mudah meluahkan emosi cemburu terhadap pasangannya. Tapi agak sukar menggagak hati seorang lelaki. Ego mereka terlalu tinggi untuk meluahkan perasaan cemburu yang mereka rasai. Mahu ketahui apakah reaksi lelaki yang cemburu? Jom ikuti info yang teman kongsikan disini.


Gambar ehsan blogger haslinyda-umairah.


1. Cepat marah
Tanpa sebab, si dia marah-marah pada anda. Walhal perkara yang anda lakukan itu biasa saja. Sikap sensitif yang ditunjukkan menunjukkan reaksi cemburunya. Apabila anda mahu menerangkan situasi, cepat-cepat dia membidas kerana tidak mahu ambil tahu punca cemburu yang bersarang dihatinya.

2. Berdiam diri
Kebanyakkan lelaki tidak suka membebel. Apabila mereka cemburu, mereka lebih senang mendiamkan diri dan tidak membicarakan soal cemburu kerana bimbang ia akan mengundang perasaan marah dihatinya.

3. Sukar dihubungi
Seorang lelaki yang cemburu lebih senang menjauhkan diri dari pasangannya. Selepas segalanya kembali pulih barulah dia akan mendapatkan pasangannya. Hal ini kerana, ketika fikirannya berkecamuk dia tidak dapat berfikir dengan tenang.

4. Bermasam muka
Lelaki yang cemburu gagal untuk mempamerkan senyuman di wajahnya sewaktu keluar bersama. Perasaan cemburu yang bersarang dihati membuatkan sidia malas untuk bersembang dengan anda. Barangkali dia juga kesal dengan sikap anda yang mudah melayan individu yang tidak berkenan dihatinya.

Klik disini untuk membaca tip untuk memikat hati wanita dan disini tips untuk memikat hati lelaki.

Sunday, April 20, 2014

Kulaih : Doa taubat

Doa taubat

Saturday, April 19, 2014

Kuliah - Zikir untuk isteri untuk keluarga bahagia

Friday, April 18, 2014

10 perkara yang isteri suka suami buat

Tips perkahwinan. Hari nie teman kongsikan 10 perkara yang isteri suka suami buat. Semoga tips ini akan memberi warna dan kebahagian dalam melayari kehidupan suami isteri.



  1. Isteri suka bila suaminya mencium ketika mana suami hendak keluar pergi bekerja.
  2. Isteri suka bila suami selalu memeluknya.
  3. Isteri suka suaminya memeluk dari belakang dan mencium pipi sambil berbisik-bisik di telinga.
  4. Saat isteri paling gembira apabila tangannya dipegang erat suami dan berjalan sambil berpimpin tangan.
  5. Isteri suka bila suaminya pandai membuat dirinya senyum dan ketawa
  6. Isteri sangat suka apabila suaminya selalu ucap "I Love You"
  7. Sesekali apabila suami memasak didapur akan membuatkan isteri berasa terharu
  8. Isteri suka bila suaminya senyum padanya
  9. Isteri sangat suka bila suaminya memuji dirinya
  10. Isteri suka bile suaminya selalu menghubunginya apabila berjauhan.

Thursday, April 17, 2014

Petua - Menegangkan payudara

Teman nak kongsikan satu petua kewanitaan. Hanya untuk golongan wanita sahaja. Orang lelaki, duduk jauh-jauh ye. Kepada golongan wanita yang mengutamakan penampilan mereka dan mengimpikan payudara yang menarik dan tegang bolehlah mengamalkan petua ini.


Tetek, buah dada, payudara
Gambar ehsan Google.

Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut;

  • Madu
  • Kuning telur

Bahan-bahan diatas adalah mengikut keperluan dan kesesuaian kome.

Caranya, campurkan madu dengan kuning telur dan kacau sehingga sebati. Setelah ramuan tersebut sebati sapukan ramuan ini pada keseluruhan payu dara kecuali puting. Biarkan ia kering antara 10 hingga 20 minit dan kemudian bilas dengan air bersih.

Lakukan seminggu sekali. Kome pasti berpuas hati dengan hasilnya.

Selamat mencuba!

Klik disini untuk membaca produk penjagaan payudara.

Petua : Mengatasi kulit kering dan bertompok

Kome ada masalah kulit kering dan bertompok-tompok tak. Nie ada satu petua untuk merawat masalah nie. Petua nia agak menarik sedikit. Kome boleh buat losyen sendiri untuk menyegarkan kulit kering atau bertompok.

Gambar ehsan Google.

Bahan-bahan yang diperlukan;
  1. Kulit pisang masak. (tak kisah pisang apa pun. Janji pisang tu dah masak)
  2. Setengah cawan susu segar


Caranya macam nie. Kupas pisang tu. Isi pisang tu boleh le kome makan. Kome hanya perlu gunakan kulit pisang tu jer. Kulit pisang tu kome potong kecik-kecik cukup dan bersesuaian dengan setengah cawan susu segar tu. Kemudian masukkan kulit pisang yang telah dipotong ke dalam bekas yang berisi susu segar tu. Campuran susu segar dan kulit pisang nie kome kisar sehingga sebati. Kemudian masukkan kedalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk.

Gunakan sebagai losyen untuk menyegarkan kulit kering atau bertompok. Amalkan setiap hari.

Selamat mencuba!

Petua : Elak cili giling terlalu pedas

Kome suka tak makan makanan pedas? Teman nie memang suka sangat makan sambal ikan bilis. Teman memang suka makanan pedas. Tetapi tidak terlalu pedas sangat. Sekadar pedas-pedas biasa jer :d

Gambar ehsan Google.


Teman perasan jugak, bila wife teman memasak guna cili giling tu, bubuh sikit jer... tapi kadang-kadang pedasnya melampau. Biasanya wife teman masak guna cili giling yang ready made tu. Mudah dan cepat. So, hari nie teman nak kongsikan petua untuk mengatasi pedas cili nie. Tapi, cili giling tu kome kena buat sendiri lah. Baru boleh guna petua nie.

Ok, caranya macam nie. Mula-mula cili kering tu hendak digoreng bersama minyak sekejap. Kemudian angkat cili kering tersebut dan tos minyaknya. Kemudian boleh cili kering itu digiling seperti biasa. Hasilnya, pedas cili giling tersebut akan berkurang dan cili giling tersebut akan nampak lebih menarik.

Ok, Selamat Mencuba!

***psss, teman tak cuba lagi petua nie. Kat rumah teman tak ada batu giling. Yang ada cuma pengisar biasa tu jer. Kalau ada pembaca yang mencubanya share lah hasilnya di ruangan komen yer. Tq

Wednesday, April 16, 2014

Hotel Review : Bayu Beach Resort, Port Dickson

Hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ini adalah kunjungan kedua teman di Bayu Beach Resort Hotel. Kali pertama hari tu berada di sini ketika hari keluarga PERKESO 2011 tapi tak teringat nak buat segment hotel review and teman dah lupa pengalaman menginap di Bayu Beach Resort Hotel nie. Klik disini untuk membaca entry tersebut.

Gambar ehsan web site bayu.com

So, untuk percutian kali nie teman pun booking la apartment satu bilik di Bayu Beach Resort Hotel nie. Teman check in dalam 8.30 malam gitu la. Lambat bertolak dari rumah. Sebelum check in tu teman dah siap diner di Restoran Singgah Makan, terletak tidak jauh dari Bayu Beach Resort Hotel nie. Teman tak buat review untuk Restoran Singgah Makan nie. Kalau kome nak tahu lebih lanjut, klik kat sini untuk ke FB Restoran Singgah Makan tu.


Pantai Port Dickson

Selepas check in di lobi, pihak resort telah menempatkan bilik teman di hujung sekali, di blok G, tingkat 2 dan bilik bernombor 1246. Teman ambik single room saja untuk kami tiga beranak nie. Nak ke sana, kena drive. Nasib baik, di sini parkingnya mudah. Teman parking dekat dengan lif. Senang sket nak mengangkut barang. Sebenarnya, teman tak request nak bilik macam mana pun. Janji selesa.

Berdiri saja di hadapan pintu bilik, dah rasa macam nak masuk rumah sewa jer. Ye la kan, dah nama pun service apartment, apa lagi yang boleh dijangka. Pintu grill besi tu tak berkunci pun. Jiran di sebelah, tinggal seorang lelaki  tua berbangsa india. Adalah sesekali nampak dia keluar. Teman agak dia nie suka minum arak, bau busuk beb. Anyway, lantak dia lah. As long dia tidak mengganggu kami sudah.



Basically, nielah view di dalam bilik nie. Hanya sebiji saja lampu di siling dan lampu lain di dinding saja. So, suasana di dalam apartment nie tidak berapa terang sangat. Ruang lantai pula di perkemas dengan jubin (style lama).


Nie adalah view dari dari sliding door di balkoni. Pintu dihujung tu adalah pintu masuk. Disebelah pintu masuk adalah bilik. So, view dari tingkap bilik adalah laluan di pejalan kaki. Itu yang tak bestnya.

Nie lah biliknya untuk yang mengambil single room. Tiada ada apa yang menarik. Bilik ini dilengkapi dengan air cond, ada meja solek dan almari pakaian. Ok lah tu perabut asasnya ada. Cuma komen teman pasal langsir tu, saiznya hanya cukup-cukup ruang tingkap tu jer. Sepatutnya dilebihkan sedikit. Bukan apa, di ruang yang tidak ditutupi, orang boleh nampak kita di dalam. Nasib baik tak orang tak ramai sangat waktu tu.


TV pula masih mengunakan TV kotak bukan TV flat screen tu, tiada remote pulak untuk menukar siaran dan tiada juga siaran Astro. Mengikut customer care, remote TV hanya disediakan untuk bilik tertentu saja. Ada pulak macam tu yer... Rasa sangat membosankan. Tak apa la kan, janji ada tempat tidur yang selesa. Motif utama bercuti di sini hanya untuk mandi laut. Nampak tak gambar dibelakang TV tu, sapa lah yang membuat susunan macam tu... :)



Hehehehe... ada jugak nota macam nie. Ok lah tu, kita ada remote hand untuk tolong adjust TV reception... Nasib baik reception semua siaran ok. Kalau tak, siap kome teman suruh tolong adjust kan :d.

Nie pulak ruang untuk menonton TV. Ada set sofa cukup untuk 4 orang. Ok lah tu, boleh duduk-duduk sambil tengok laut.

Apartment single room

Macam service apartment yang lain, kat sini ada juga di sediakan ruang dapur. Cuma tiada dapur untuk memasak. Turut disediakan ialah peti sejuk kecil bersama air mineral didalamnya. Pihak hotel turut juga menyediakan welcome drink. Boleh la bancuh sendiri kalau nak minum tu...



Nie ialah view bilik dari balkoni di ruang tamu. Pemandangan dihalang oleh pokok yang tumbuh meninggi. Tapi kira ok la, dari duduk di bilik dan mengadap jalan tu :). Boleh lagi nampak laut. Disini anginnya sepoi-sepoi bahasa jer. Idak lah mengganas sangat macam di pantai timur tu. Nak terbangkan layang-layang yang teman bawa pun tak boleh. So, simpan jer la.


Bayu Beach Resort, Port Dickson

Pakej bilik termasuk sekali dengan breakfast untuk dua orang. Breakfastnya di Garden Terrace. Actually, breakfast disini ala kadar saja. Menu yang dihidangkan pun ala kadar saja. Tak banyak sangat menunya.

Bayu Beach Resort

Hari pertama, menu breakfast yang ada ialah nasi lemak, nasi goreng, bihun goreng, mee goreng, roti bakar, sosej bersama baked bean, cereal dan tembikai sebagai pencuci mulut. Air pula, ada air orange, air mangga, teh dan kopi. Untuk hari kedua pula, menu breakfast nya adalah sama saja seperti hari sebelumnya. Cuma cereal tidak dihidangkan dan pencuci mulut ditukar dengan honeydew. Untuk mereka yang stay lama kat sini, menu sebegini agak membosankan lah. Anyway, teman tetap bersyukur pada apa yang ada. At least ada jugak sarapan di pagi hari nie. Tak perlu bersusah-susah nak cari sarapan di tempat lain.

Lately nie Aisar memang suka makan cereal. So, dia nak cereal jugak. So kena buat order berasingan. Satu mangkuk mix cereal ini adalah RM9.00. Disebabkan pihak cafe kekurangan coco crunch, maka mereka bagi free je breakfast untuk Aisar nie. hehehehe... nasib baik free :d


Bersebelahan dengan Garden Terrace pula terbentangnya kolam renang untuk mandi-manda. Aisar sambil makan cereal, sambil menjeling kolam kat sebelah tu... Tak sabar nak masuk dalam air lah tu.

To the beach


Teman ke kolam nie sekali jer. Itu pun pada hari pertama saja. Waktu lain habis ke laut saja. Aisar kata best lagi mandi kat laut tu. Boleh main-main pasir kat pantai. Kat kolam tu tak boleh nak main pasir. Apa-apa hal, sebelum mandi laut tu kenalah dulu sapu sun block. Kalau tak confirm kena sun burn. Tempat mandi kanak-kanak di kolam tu agak kecil.

Nie persekitaran di Bayu Beach Resort. Antara apartment yang ada. Kalau ambik bilik mengadap pool view, tak nampak lah pantai dan laut.





Nie ialah view mengadap laut selat Melaka. Nampak tenang saja kan. Angin pun sepoi-sepoi bahasa saja.

Sea view

Nie pulak deretan peti surat. Lupa pulak nak check, ada surat untuk teman :d Lorong di tepi peti surat nie jalan pintas dari block G untuk ke pantai atau pun ke cafe. Sambil jalan tu, sambil menghirup udara segar di tepi pantai.


Post box

Ok, lepas nie ke pantai pula. Kalau nak ke pantai, bukannya jauh pun. Jalan kaki je, dah sampai. Lebih kurang 5 minit berjalan jer. Dekat je... Nie antara alasan yang baik, kenapa teman pilih Bayu Beach Resort nie. Walaupun ianya tidak begitu gah sangat, tapi faktor yang best sebab Bayu Beach Resort nie dekat dengan pantai. Gambar di bawah nie view dari pantai ke apartment.

Sea view, Bayu Beach Resort

Pantainya luas. Sesuai sangat kalau nak buat family day disini. Tapi, peralatan perlu disediakan sendiri lah kalau nak buat program macam nie.

Pantai Port Dickson

Nie antara view yang sempat teman snap dengan mengunakan Samsung Tab 10.1 nie. Nie pelampung untuk disewa. Teman tak pasti berapa rate sewanya. Lagi pun, pelampung yang Aisar guna teman bawa sendiri.

Beach view

Disini ada banana boat. Kalau nak nak naik, charge nya dalam RM15 jer. Penumpang akan dibawa pusing-pusing di sekitar laut Port Dickson nie selama lebih kurang 30-45 minit setiap perjalanan. Banana bot nie akan di tarik oleh jet ski sehingga ke tengah laut tu. Jangan risau, setiap penumpang akan diwajipkan memakai jaket keselamatan. Teman tak naik pun, risau nak bawa Aisar sekali. :) Risau jatuh dalam laut. Walau pun jaket keselamatan untuk kanak-kanak ada disediakan. Tapi, teman tak berani nak ambil risiko tu.

Kalau sewa bot kecil yang muat dalam 4 orang tu, harganya dalam RM30 seorang. Bot nie pun akan ditarik sama macam banana bot tu.


Sea view, Laut Port Dickson, banana boat

Pasir di Pantai Port Dickson nie bersih. Sebagai pengunjung, kita kenalah menjaga kebersihan pantai nie. Pihak majlis dan pengurusan hotel turut bersama memainkan peranan menjaga kebersihan pantai nie.

Pantai Port Dickson
  
Selepas air laut pasang, memang seronok mandi laut kat sini. Macam-macam gaya renang boleh di cuba. Lautnya tak lah bergelora sangat. Sambil berendam boleh tengok kapal terbang lalu lalang nak landing kat KLIA tu. Waktu nie tengah heboh pasal kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370 tu. Kebanyakkan pesawat terbang rendah. So kita boleh kenal pesawat tu dari mana. Pasal MH370 tu, kita hanya mampu berdoa sajalah untuk ke semua penumpang. Teman tak buat apa-apa entry pun pasal MH370. Malas. :) Lagi pun, teman nie bukannya wartawan. Cuma hidden blogger jer.

Agak-agaknya la, penumpang dalam kapal terbang tu nampak tak kami yang tengah duduk bercanda di pasiran pantai nie :d

Nie antara keindahan alam yang tak dapat kome tengok di pantai timur. Di sepanjang pantai barat Melaysia nie, kome boleh tengok matahari terbenam. Kagum dengan keindahan alam dan bersyukur teman di atas segala nikmat yang Allah kurniakan buat kami. Sesungguhnya betapa lemahnya manusia ini jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah s.w.t.


Sunset at Port Dickson, Matahari terbenam di Port Dickson

Sunset at Port Dickson, Matahari terbenam di Port Dickson

Teman tak tunggu sampai matahari mencecah di ufuk barat tu. Malas nak tunggu, lagi pun maghrib nak masuk waktu dah. Kena prepare Aisar, mandi dan makan malam.

Ok, tamatlah sudah review untuk Bayu Beach Resort nie. Kalau kome berminat nak kesini, bawah nie kongsikan ratenya untuk tahun 2014. Untuk maklumat lebih lanjut tentang harga dan promosi terkini, kome boleh klik disini.


Bayu Beach Resort rate per night


Macam biasa, nak kongsikan bintang kepuasan dan keseronokkan menginap di Bayu Beach Resort nie.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...