Thursday, February 27, 2014

Petua : Atasi masalah sakit tekak

Kome sakit tekak? Maklumlah cuaca sekarang nie tak menentu. Sakit tekak nie selalunya berpasangan pulak si batuk tu. Apa pun, hari nie teman nak kongsikan satu petua untuk merawat masalah sakit tekak nie dengan hanya menggunakan biji timun.

Gambar ehsan Google.

Caranya mudah saja. Ambil sedikit biji timun (dihancurkan) dan kemudian dicampur dengan sedikit garam. Lepas tu kumur. Lakukan ini beberapa kali dalam sehari. Dengan petua ini juga, boleh mengembalikan suara yang hilang.

Khidmat mencari jodoh

Pernah tak kome terfikir nak dapatkan perkhidmatan mencari jodoh? Bila dah bercouple lama tu kadang-kadang tak kemana pun. Putus di tengah jalan. Mungkin ada yang tak kisah parent pilihkan calon suami atau isteri untuk mereka, macam dalam cerita "Projek Memikat Suami" tu.


Gambar ehsan FB Taman Astakona

Apa pun, hari teman nak kongsikan satu service yang dikendalikan oleh Ikhtiar Jodoh Islam Malaysia atau IJIM. Kalau hendak tahu lebih lanjut follow FB mereka di sini atau layari portal IJIM di sini.




Ok, selamat mencuba dan semoga bertemu jodoh yang baik dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sekadar perkongsian.

Thursday, February 20, 2014

Petua : Untuk mengatasi masalah bayi kerap menangis

Sekadar perkongsian dan boleh dijadikan amalan untuk mereka yang mempunyai anak kecil. Sekiranya bayi kerap menangis pada waktu malam atau pada bila-bila masa, usap kepala bayi sambil membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali.


Sunday, February 16, 2014

Kuliah : Doa menaiki kenderaan

Perkongsian doa amalan harian. Doa menaiki kenderaan.


Friday, February 14, 2014

Wordless : Pullman Hotel and Resort Putrajaya Lakeside

Dah namanya pun wordless... so, kurangkan menaip :) nie gambar yang diambil semasa teman menghadiri workshop di Pullman Hotel and Resort Putrajaya Lakeside.










Next time, teman plan nak overnight kat sini pulak.

Sunday, February 9, 2014

Kuliah : Fadhilat surah Thoha untuk melembutkan hati anak supaya mendengar kata

Segmen kuliah hari ini akan berkongsi fadhilat surah Taha ayat 1 hingga 5. Sebagai amalan, ibubapa di sarankan membaca surah ini dari ayat 1 hingga ayat 5 sebanyak 3 kali pada telinga anak semasa mereka sedang tidur. Lakukan ini selama 7 hari berturut-turut. Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal. InshaAllah.



Saturday, February 8, 2014

Kuliah : 10 golongan manusia yang menzalimi diri sendiri

Thursday, February 6, 2014

Petua : Untuk menghilangkan kedutan diwajah atau di bahagian mata

Penampilan wajah merupakan asset terpenting kebanyakkan orang. Betul tak statement nie? Manakan tidak, sebelum keluar rumah, mesti belek wajah di cermin. Sebelum keluar kereta pun ada jugak yang sempat membelek wajah mereka di cermin. Kalau pergi toilet pulak, sebelum keluar mesti tengok cermin dulu, betul-betulkan rambut dan sebagainya.


Sebab itu ada yang sangat risau bila kedutan muncul di wajah. Nak buat macam manakan, setiap orang pasti akan meningkat usia mereka. Bila usia meningkat, pasti akan ada perubahan berlaku pada diri. Disini teman nak kongsikan kompilasi petua untuk masalah kedutan di wajah. Cegah sebelum parah, maksudnya kalau wajah dah berkedut tu, tak dapek la teman nak membantunya... :)

Teman kongsikan beberapa pilihan untuk kome amalkan.



Pilihan 1: Minyak Kelapa - Urut wajah anda dengan minyak kelapa sebelum tidur. Cara ini terbukti cukup efektif untuk mencegah timbulnya kedutan.





Pilihan 2: Krim Campuran - Buat krim campuran yang terbuat dari madu, minyak zaitun dan krim, lalu sapukan ke wajah anda. Ia dipercayai efektif untuk menghilangkan kedutan di wajah.

Pilihan 3: Lemon - Sapukan sari jeruk lemon ke kulit wajah beberapa kali sehari. Selain menghilangkan kedutan, ia juga dapat membantu menghilangkan bintik hitam di wajah.


Pilihan 4: Nanas - Haluskan nanas kemudian sapukan pada wajah anda. Biarkan selama 5 - 10 minit. Cara ini dapat membantu mengatasi kedutan yang mengganggu penampilan.



Pilihan 5: Tepung Kunyit - Buat pasta dengan mencampurkan tepung kunyit dan air tebu. Kemudian sapukan pada wajah anda. Cara ini dapat membantu mencegah munculnya kedutan di wajah.



Pilihan 6: Jus Campuran - Sapukan jus campuran nanas hijau dan epal ke wajah anda setiap hari. Cara ini boleh membersihkan muka dari garis-garis halus dan kedutan.

Gambar ehsan Google.

Selamat mencuba ye.

Klik disini untuk membaca rahsia menegangkan kulit.

Petua : Untuk mudah bersalin

Mudah bersalin. Mengandung, bersalin dan mempunyai anak merupakan detik-detik yang dinantikan oleh wanita yang bergelar isteri. Bukan sahaja isteri, tetapi suami juga taksabar-sabar untuk menimang cahaya mata. Hari ini, teman hendak berkongsi satu petua melayu lama untuk memudahkan bersalin.

Gambar ehsan Google

Petua ini memerlukan amalan sepanjang proses kehamilan hinggalah disaat hendak melahirkan anak. Ikutilah petuanya seperti dibawah;

  1. Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
  2. Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus.
  3. Amalkan minum air lebihan suami.
  4. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
  5. Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
  6. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
  7. Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
  8. Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
  9. Minum 1 sudu teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
  10. Untuk mendapatkan kulit bayi yang putih/bersih, amalkan memakan buah epal dan minum susu atau air soya.

Tuesday, February 4, 2014

Wordless : House of Horror, I-City Shah Alam

Saturday, February 1, 2014

Kuliah : Tips atau amalan surah supaya perkahwinan berkekalan

Suami anda ada wanita lain? Dalam segmen kuliah hari ini, teman nak kongsikan amalan ayat-ayat Al-Quran supaya perkahwinan berkekalan, bahagia dan mendapat keredhaan Allah s.w.t




  1. Baca surah Ali Imran ayat 200 tiga kali dan tiup pada dada suami anda seminggu sekali sampai bila-bila. Niatkan supaya suami anda setia pada anda.
  2. Berniat agar perkahwinan sentiasa berkekalan dan berdoa agar Allah s.w.t. sentiasa membantu.
  3. Rajin-rajinlah solat tahajud, mudah-mudahan Allah s.w.t. mencantikkan rupa anda.
Doa ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak-anak supaya mereka dengar kata @ nasihat ibu bapa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...