Thursday, January 30, 2014

Petua : Melembutkan ayam kampung

Jom makan ayam goreng kampung kat Veledrom Cheras. Time lunch hour, kadang-kadang sampai ke Cheras teman jalan-jalan cari makan. Bukan apa, bosan jugak kalau selalu makan ditempat yang sama je. Kalau dimasak gulai ayam kampung atau dibuat rendang, sodap jugak tu. Cuma ayam kampung nie kalau tak betul cara memasaknya, akan liat lah daging ayam kampung tu.

Gambar ehsan Google.


Kali ini, teman akan kongsikan petua macam mana nak melembutkan ayam kampung semasa memasaknya. Tak lah susah sangat nak membuatnya.

Gambar ehsan Google.

Kome cuma perlu dapatkan kurma sebanyak 4 biji saja. Bukan serbuk kurma tau. Nanti jadi lain pulak masakkan kome tu. Ok, kemudian campurkan buah kurma nie kedalam masakkan. Dengan cara ini, daging ayam kampung akan cepat lembut dan akan mempercepatkan proses memasak.

Mudahkan!. Selamat mencuba yer.

Tuesday, January 28, 2014

Drive sambil main dengan anak.

Sayang anak ke kalau buat macam nie? Entah apa-apa ye tajuk entry hari nie. Bukan apa, petang semalam semasa on the way balik dari office, jalan jem, sesak sana sini. Maklumlah banyak sangat projek pembangunan di buat. Tag linenya "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Betullahkan? Pembangunan yang di bina untuk kesenangan bersama di masa hadapan.

Di sebabkan jem sana-sini, sampaikan nak masuk dan keluar dari plaza tol NKVE Subang pun tersumbat. Teman tersasar perjalanan balik melalui Subang Airport. Sama je keadaannya, tapi laju la sket. Ada tempat-tempat tertentu je yang jemnya.

Masa dok jem tu, tetiba ada satu kereta MyVi nie dok menyodol kereta teman dari sebelah kiri. Kereta teman nie memang dah berada di lorong paling kiri sekali. Mamat MyVi nie buat lorong sendiri di sebelah kiri lagi dan menghimpit kereta teman yang memang dah berada di lorong paling kiri. Teman toleh kiri nak tengok sapa yang drive macam tu. Tetiba nampak driver tu memandu sambil main anak dengan dia di duduk pemandu. Pergghhh.... tak sayang nyawa anak betul... Disebabkan itu, teman buat entry di hari Jumaat yang mulia ini... supaya orang lain tak buat macam nie.... Tak percaya, cuba tengok gambar kat bawah nie...


Nampak tak kepala anak dia di tempat pemandu... Kalau eksiden, confirm anak dia jadi air bag bapak dia... Since dia asyik dok menghimpit, teman bagi la dia jalan dulu. Lepas terus amik gambar keretanya bersama nombor plat. Bukan apa, teman sekadar mengingatkan sahaja. Kalau jadi apa-apa, kesian sangat lah kat anak tu.


Kalau driver tu baca entry nie, harap next time jangan lah buat macam nie lagi yer. Teman nie sekadar mengingatkan sahaja.

Thursday, January 23, 2014

Petua : Untuk mudah kopek kerang

Suka makan kerang tak? Kerang nie, boleh di masak dengan pelbagai cara. Ada yang suka makan kerang rebus, ada pulak yang suka makan kerang bakar. Kerang juga boleh dibuat kerabu atau sambal kerang. Apa pun, sebelum masak tu, kulit kerang tu perlu dibuang dulu. Kecuali lah jika hendak di buat kerang bakar, tak perlu di buang kulitnya.


Gambar ehsan blogger Yhu2nk401

Biasanya, bila nak makan kerang nie, kulit kerang tu perlu di buka baru boleh dikeluarkan isi kerang tu. Inilah masalahnya. Kadang-kadang tu, agak susah sket nak buka kulit kerang tu. Teman akan kongsikan satu petua mudah supaya kulit kerang tu senang dibuka.

Macam mana caranya? Ok, semasa kome hendak rebus kerang tu campurkan sedikit minyak masak dalam anggaran satu sudu makan. Dengan cara ini, kulit kerang itu akan terbuka sedikit dan mudahlah kome mengopek dan mengeluarkan isi kerang tu.

Ok, Selamat mencuba! Selamat makan kerang... :d

Saturday, January 18, 2014

Kuliah : Surah Yassin sebagai doa pelindung

Hari ini, teman nak kongsikan petikkan ayat dari surah Yassin yang boleh kita amalkan untuk melindungi diri dan keluarga dengan izin Allah s.w.t




Potongan ayat diatas ehsan dari blogger Pinky Roses

Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua.

Thursday, January 16, 2014

Petua : Untuk menyimpan ikan supaya tahan lama

Macam mana nak menyimpan ikan, udang, ketam dan sotong supaya tahan lama? Teman biasanya kalau berkunjung ke pasar Pasir Penambang, pasti akan membeli ikan, udang, ketam dan sotong dalam kuantiti yang banyak. Cukup untuk bekalan 2 hingga 3 bulan, penuh 2 kotak polisterin tu. Klik disini jika kome hendak membaca entry berkenaan pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor nie. Ada beberapa entry yang teman kongsikan berkenaan ikan-ikan di Pasir Penambang. Boleh juga klik disini kalau rajin nak membaca aktiviti teman di Pasar Pasir Penambang tu.


Kenapa teman sanggup ke Kuala Selangor untuk membeli ikan? Mudah sahaja. Sebab ikan-ikannya segar. Perkara pertama sebelum guna teman nie, pastikan ikan yang dibeli itu segar. Kalau ikan itu dah tak segar, macam mana nak disimpan lama, betul tak?

Kebiasaanya, teman akan minta tokey ikan tu buang sirip dan ekor je. Bergantung kepada jenis ikan, jika ikan itu kome plan hendak di bakar, usah lah kome buang sisiknya.

Sampai je kat rumah, ikan dalam box tu di bilas dengan air bersih. Tak payah disiang ikan tu. Kemudian masukkan kedalam beg plastik dan disimpan terus kedalam peti sejuk di bahagian beku. Sama juga processnya untuk udang, sotong dan ketam, bilas sedikit dan kemudian terus simpan dibahagian sejuk beku.

Bila hendak masak, keluarkan ikan yang hendak di masak itu saja. Teman biasanya akan keluarkan awal ikan yang hendak dimasak tu, pindahkan dari bahagian beku ke bahagian sejuk. Bila balik dari kerja ikan tu dah tak keras lagi. Senang lah nak menyiangnya.

Ikan yang disimpan akan masih segar dan terasa kemanisannya. Untuk pengetahuan kome, teman buat perbandingan jika beli ikan di pasar borong dengan ikan yang dibeli terus dari pasar Pasir Penambang nie. Memang jauh beza rasanya ikan yang segar nie. Sebab itulah, teman sanggup pegi jauh untuk membeli ikan.

Paling lama stok ikan jika ikut petua nie boleh bertahan sehingga 3 bulan lebih. Bukan apa, dalam 3 bulan tu, stok ikan teman dah habis :d

Wednesday, January 15, 2014

Wordless : Kedai Daging Tidak Halal

Tiada keraguan lagi dan tidak perlu logo halal JAKIM untuk mengesahkan ketidak halalnya. Apa pun tabik pada tokey kedai nie yang prihatin membuat board macam nie.



Monday, January 13, 2014

Tampal road tax kereta

Benda nie setahun sekali je teman buat. Kalau ada pun hanya dua kali setahun je. Tapi, biasanya teman renew road tax untuk setahun. Disebabkan setahun sekalilah benda nie timbul. Apa masalahnya? Nak menanggalkan road tax lama dan bersihkan kesan gam. Itulah masalahnya.

Selepas road tax ditanggalkan, ada pulak kesan gam dicermin kereta. Macam mana nak hilangkan kesan kotoran gam tu? Mudah saja. Kome jangan panik pulak. Kome pegi ke dapur, ambil sedikit minyak masak. Sikit je tau. Lepas tu, kome lumurkan pada kesan gam di cermin kereta kome tu. Guna kertas tisu je. Sental perlahan-lahan sehingga kesan gam tersebut hilang. Guna pembersih cermin atau sedikit sabun pencuci pinggan mangkuk untuk menghilangkan kesan minyak di cermin tu dan lapkan cermin kereta sehingga kering.


Sebagai pilihan alternative, kome tak payahlah tampal terus road tax kereta tu ke cermin. Guna je plastik sticker yand banyak dijual di kedai aksesori kereta tu. Harganya pun murah je, tak sampai pun MYR 5. Tampal je road tax kereta tu pada sticker, kemudian tampal sticker tu ke cermin kereta. Next time bila nak tukar road tax baru, tanggal jer sticker nie. Mudahkan.

Sunday, January 12, 2014

Kuliah : Sabda Rasulullah s.a.w tentang anak

  1. Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga
  2. Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk kedalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.
  3. Barang siapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjat bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuhnya.
  4. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat disyurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.
  5. Barang siapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah s.w.t dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.

Saturday, January 11, 2014

Kuliah : Kita mudah lupa

Sebagai peringatan. Kadang-kadang terlupa bahawa kita mempunyai tangungjawab kita sebagai anak, sebagai suami, sebagai isteri.

Thursday, January 9, 2014

Petua : Untuk mengekalkan udang supaya segar

Macam mana nak menyimpan udang supaya tahan lama? Biasanya kalau ke pasar, mesti kome beli lebih bahan mentah seperti udang, ikan, sotong untuk dibuat stok di rumah. Masalahnya, macam mana nak mengekalkan kesegaran bahan mentah nie supaya kekal segar? Petua yang teman nak kongsikan ialah untuk mengekalkan kesegaran udang supaya segar.


Gambar ehsan blogger anishoney.

Tak susah untuk melakukan petua nie. Mula-mula, bersihkan udang tersebut dan masukkan ke dalam bekas bersama sedikit air. Kemudian campurkan sedikit gula dan simpan udang tersebut ke dalam peti sejuk bahagian beku.

Mudahkan! Selamat mencuba...

Wednesday, January 8, 2014

Minyak petrol naik lagi

Terima message dari Whatsapp mengatakan minyak naik lagi. Kali ini melibatkan RON97. Betul ke berita nie? Teman isi minyak pun seminggu sekali. Itu pun teman isi RON95 jer. Tapi info ini disertakan sekali dengan surat arahan dari kementerian kewangan. Kali ini RON97 akan dinaikkan kepada 5 sen seliter menjadikan harga RON97 menjadi RM2.80 seliter berkuatkuasa 8 Januari.


Tuesday, January 7, 2014

Spotted : SS55U

Teman ter spot kereta BMW bernombor plat SS55U nie di Saujana Utama Sungai Buluh. Masa tu terfikit SU1, SU2 or SU3 jer. Maklumlah, nombor mengikut kawasan perumahan. Apa pun nombor plat memang unik.


Monday, January 6, 2014

2013 blog apakehei performance

Nie pun kira azam tahun baru jugak. Setiap tahun akan muncul azam tahun baru. Perlu ke azam pada setiap permulaan tahun baru? mmm... terpulanglah kepada pendapat masing-masing. Pada pendapat teman, tak perlu pun. Cuma kalau start buat azam pada setiap permulaan tahun baru, senang nak ingat dan tengok macam mana pencapaiannya. Itu ajee.. :)

So, apa azam teman pada tahun 2014 nie? Azam baru teman lebih kepada blog teman yang tidak seberapa nie. Inilah harapan teman pada blog apakehei yang tidak seberapa nie. Azam tahun baru yang lain, biar lah rahsia yer... Tak boleh nak kongsi ngan kome :d

Di penghujung December, 2014 teman harapkan page view blog apakehei akan mencapai 1,000,000 @ lebih pelawat. Agak-agak boleh tercapai tak? Di penghujung December 2013 yang lepas, blog apakehei mencatatkan 436,053 page view @ visitor yang telah berkunjung ke blog apakehei nie. Ok nie yang pertama.



Yang kedua pula, teman harapkan daily pages view akan melepasi 1,000 visitor sehari dan unique visitor pula akan melepasi catatan 600 visitor sehari.


Berdasarkan pengiraan teman, pages view apakehei akan hanya berada pada tahap 800K page view saja di penghujung December 2014 nanti. Perg, memang mencabar betul untuk melepasi 1,000,000 pages view nie.

Untuk pengetahuan kome laa, teman dah configure counter pages view tu supaya tidak mengira atau merekodkan access teman sendiri ke blog teman tu. Kiranya figure tu memang genuine la merekodkan pelawat ke blog apakehei :)

Apa pun ini adalah cabaran teman untuk melepasi 1,000,000 pages view di penghujung December 2014 nanti. Sama-samalah kita tengok macam mana pencapaiannya nanti ye...

Sunday, January 5, 2014

Kuliah : Doa memohon keturunan baik-baik

Selalunya kita berdoa kepada Allah s.w.t untuk mendapatkan zuriat. Hari ini, teman kongsikan doa untuk memohon supaya dikurniakan zuriat keturunan yang baik-baik.

Beginilah doanya.

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik-baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.

(Surah Ali Imran ayat 38)


Kuliah : 11 orang yang mendapat doa malaikat

Hari ini segmen kuliah akan berkongsi berkenaan 11 golongan yang mendapat doa malaikat.

  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
  3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
  4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
  5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah
  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
  7. Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah
  8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
  9. Orang yang membelanjakan harta (infak)
  10. Orang yang sedang makan sahur
  11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Saturday, January 4, 2014

Kuliah : Ayat Pengerak (Doa yang wajar diamalkan)

Ayat Pengerak adalah doa yang sangat wajar di amalkan. Ianya satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


Klik disini untuk mendengar bacaan doa diatas (Darussyifa).


Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut; 


1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah 

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan; 

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang. 


Keberuntungan beramal dengan doa ini 

Terhindar Daripada Bahaya 

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut; 
  • Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita. 


Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita. 


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati. 


Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau. 

Pengalaman admin berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat admin itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman. 

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain. 


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita. 


Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah. 

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga. 


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Thursday, January 2, 2014

Petua : Untuk menyimpan ikan supaya tahan lama

Macam mana nak simpan ikan supaya tahan lama? Untuk segmen petua pertama 2014, teman akan kongsikan satu tips untuk menyimpan ikan supaya tahan lama. Ikan yang disimpan lama akan hilang kesegaranya. Bahan yang diperlukan untuk mempraktikkan tips ini amat mudah diperolehi iaitu hanya perlukan surat khabar dan plastik bag yang bersesuaian.


Gambar ehsan blogger ikanlaut

Untuk menyimpan bekalan ikan, ikan tersebut perlulah disiangkan terlebih dahulu kemudian dibersihkan. Kemudian biarkan ikan itu kering dengan mengelapkan dengan mengunakan kertas tisu. Masukkan ikan tersebut kedalam bag plastik dan kemudian balut dengan surat khabar lama. Masukkan ikan tersebut kedalam peti sejuk dibahagian sejuk beku.

Senangkan! Ok, selamat menguna petua ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...