Thursday, December 4, 2014

Petua : Menghilangkan bau tandas

Bau tandas busuk. Biasanya di kampung masih ada lagi yang mengunakan tandas curah, maksudnya tiada pam air untuk flush bahan buangan tu. Jangan lah kome bayangkan pulak benda tu... :) Ok, kadang-kadang terdapat situasi di mana terdapat bau yang kurang menyenangkan datang dari tandas nie. Kita boleh beli pewangi yang banyak di pasaraya dan letak dalam tandas tu. Tapi, cara nie tidak membantu sangat.

Entry hari teman akan kongsikan satu petua, macam mana nak hilangkan bau yang tak menyenangkan nie. Biasanya orang kampung sangat suka kan minuman kopi. Tak kisah lah kopi cap kapal api ke, kopi Hang Tuah ke... janji kopi yang berserbuk tu... bukan kopi instant 3 in 1 tu...

Serbuk kopi

Gambar ehsan Google.

Apa yang di perlukan disini, hampas kopi yang telah digunakan itu jangan di buang pula. Ambil hampas kopi nie, kemudian masukkan kedalam lubang tandas tu. Biarkan untuk seberapa lama yang boleh dan kemudian siram.

Insyaallah, bau yang tidak menyenangkan itu akan hilang.

1 comment :

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...