Sunday, December 28, 2014

Kuliah : Kelebihan solat subuh

Sekadar perkongsian untuk maklumat semua.



Gambar ehsan Google.

Dari Riwayat:  Muslim

Hadith:
Daripada Jundab bin Abdillah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan sembahyang subuh nescaya dia berada di dalam lindungan Allah, oleh itu janganlah sampai Allah menuntut daripada kamu sesuatu daripada tanggungannya (zimmah) nescaya Dia (Allah) dapatkannya kemudian Dia (Allah) menyembamkan mukanya ke dalam api neraka”.



Gambar ehsan Google.

Huraian Hadith:
Umat Islam di suruh menunaikan sembahyang fardhu dalam waktunya terutama bagi sembahyang subuh. Allah akan memberi perlindungan kepada hambanya yang menunaikan sembahyang subuh pada waktunya Sesiapa yang menyakiti orang yang taat kepada Allah maka akan di humbankan ke dalam api neraka. Seperti firmannya (dalam hadis qudsi) yang bermaksud : “Sesiapa yang menyakiti kekasihku akan aku iklankan perang terhadapnya.”

Disebutkan sembahyang subuh secara khusus sedangkan empat waktu yang lain iaitu zuhur, asar, maghrib dan isyak juga di tuntut dengan tuntutan fardhu yang sama. Ini kerana sembahyang subuh adalah yang paling berat waktu di tunaikan. Oleh itu apabila seseorang itu sanggup bangun menunaikan sembahyang subuh lebih-lebih lagi dalam berjemaah, sepatutnya sembahyang-sembahyang lain dia lebih berkesungguhan.

Hadis ini juga menunjukkan kelebihan sembahyang subuh berbanding waktu-waktu yang lain(walaupun kesemuanya mempunyai kelebihan). Ini kerana sembahyang subuh disaksikan bersama oleh malaikat siang dan malaikat malam yang menguasainya manusia (seperti yang tersebut dalam hadis yang lain).

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...