Sunday, December 7, 2014

Kuliah : Kelebihan amalan zikir selepas solat

Abu Hurairah melaporkan: “Pada suatu hari beberapa sahabat Nabi Muhammad yang miskin dan berasal dari Makkah berkata kepada utusan Allah itu: "Wahai Rasulullah, orang kaya berpeluang mati dengan membawa darjat yang tinggi-tinggi dan mendapat nikmat yang kekal dalam syurga”. 


Nabi Muhammad bertanya: Mengapa saudara berkata begitu? Mereka menjawab: Mereka sembahyang macam kami sembahyang. Mereka berpuasa macam kami berpuasa. Mereka juga dapat bersedekah, sedangkan kami tidak mampu bersedekah. Mereka juga dapat membebaskan hamba-hamba sedangkan kami tidak dapat. 

Rahsia amalan 

Nabi Muhammad menjawab: “Mahukah saudara semua jika saya terangkan satu amalan yang membolehkan saudara dapat mendahului orang selepas saudara? Tiada ada sesiapa dapat mengalahkan kedudukan saudara itu kecuali mereka yang mengamalkan apa yang saudara amalkan. Sahabat menjawab: Mahu wahai Rasulullah. Kata Nabi Muhammad: “Bacalah Subhanallah tiga puluh kali, Alhamdulillah tiga puluh kali dan Allahuakbar tiga puluh kali, apabila selesai sembahyang.


Tidak lama selepas itu mereka datang semula berjumpa Nabi Muhammad dan berkata: “Orang kaya itu sudah mengetahui apa yang kita amalkan, jadi mereka melakukan apa yang kami lakukan. Nabi Muhammad menjawab: “Itulah kelebihan yang Allah berikan kepada sesiapa saja yang dipilih-Nya.” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim) 


Sumber: Riyadus Solihin Taman Orang Soleh

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...