Thursday, November 20, 2014

Petua : Untuk mengatasi masalah migraine

Masalah migraine. Ada ramai di antara kita mengalami masalah migraine. Bezanya cuma non-critical dan critical saja. Bagi mereka yang critical mengalami masalah migraine, memang menyeksakanlah. Dalam entry nie teman nak kongsikan beberapa petua untuk meredakan kesakitan migraine nie. Kome boleh cuba petua-petua yang teman kongsikan disini.

Migraine

Gambar ehsan Google.

1. Merendam tangan dalam air dingin

Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.


2. Berada di dalam bilik gelap

Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.


3. Mengambil sedikit kafein

Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.


4. Carikan bahan-bahan berikut;

~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.


Selamat mencuba.

3 comments :

  1. Dulu xde migrain..tetapi sekarang tanda² dah ada....faktor usia barangkali...huhuuhuhu

    ReplyDelete
  2. apa kaitan dia yea kacang hijau, lada hitam dan garam
    btw yang penting ikhtiar :)

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba cara no.4 ni. Macam senang nak buat.

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...