Thursday, November 20, 2014

Petua : Mengatasi masalah senggugut

Masalah sengugut pada kaum wanita. Hari nie teman nak kongsi lagi beberapa petua untuk wanita yang mengalami masalah ini. Kadang-kadang sebahagian wanita mengalami kesakitan sengugut ketika datang bulan. Untuk mengatasi masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini ;


Petua 1

Buah pinang

Gambar ehsan Google.

Petua nie agak pelik sket... Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinang bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2

Halia

Gambar ehsan Google.

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

Petua 3

Pokok Jarum Mas

Gambar ehsan Google.

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4

Serbuk halia

Serbuk lada hitam

Gambar ehsan Google.

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

Petua 5

Teh O Kosong


Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.


Sebelum nie, teman ada juga kongsikan beberapa petua mengenai cara untuk mengatasi masalah senggugut nie. Ada yang mengunakan limau nipis, klik disini untuk membacanya. Dan ada juga petua yang mengunakan asam jawa, klik disini untuk membacanya.

Apa pun, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

1 comment :

  1. petua 3 mana nak cari rumput tu....petua 5 paling mudah....senang...hehehhe

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...