Thursday, October 16, 2014

Petua : Untuk mengelak perut buncit atau boroi

Macam mana nak mengelak perut menjadi buncit atau boroi? Masalah perut buncit atau perut boroi nie selalunya terjadi pada golongan lelaki. Terutama mereka yang telah berkahwin. Maklumlah, makan dan minum semua tersusun dan di jaga rapi oleh isteri tercinta. Tambahan pula, isteri pandai memasak. Memang selalu sajalah menambah  bila makan tu.



Petua nie di perturunkan oleh arwah pak ngah teman. Katanya petua nie sepatutnya di jadikan amalan seharian sebelum masalah ini timbul. Petua nie senang je.

Masa makan tu, elakkan makan bersulamkan air. Amalkan meminum air sebaik-baiknya selepas 30 minit atau 3 jam selepas makan.

Untuk mereka yang berusaha mengurangkan berat badan pulak. Amalkan meminum air sebelum makan. Ini dapat mengurangkan pegambilan makanan tu nanti.

Apa pun, petua nie hendaklah di jadikan amalan harian. Teman memang dah amalkan petua nie sejak dulu lagi. Sebab itu lah masih ada lagi six pax... :d


Gambar ehsan Google.

Tapi ada pulak yang berpendapat lelaki perut boroi tu seksi, lebih penyayang dan lebih berfikiran jauh.

Perut boroi seksi


Gambar ehsan Google.

Apa pun, tak kisah teman tak kisah orang kata lelaki buncit tu lebih bahagia, penyayang atau lebih seksi dari lelaki yang ada six pax. Yang penting, kesihatan perlu di jaga. Kalau perut buncit dan mempunyai berat badan yang tidak seimbang pun nanti akan menjadi masalah kesihatan pulak kan.

Ok, kome yang tak nak buncit, jadikan petua nie sebagai amalan harian.

2 comments :

  1. Perkogsian yang berguna. Boleh amalkan cara ni nak elak buncit kan.

    ReplyDelete
  2. jika buncit itu sihat..ye machoo...hehehheheh

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...