Thursday, October 2, 2014

Petua : Untuk mencerahkan kulit

Kebanyakkan orang impikan kulit yang cerah dan berseri. Namun tak semua yang memilikinya. Orang lama mempunyai pelbagai petua kecantikkan yang diamalkan turun-temurun. Dalam entry petua kali ini, teman nak kongsikan satu petua untuk mencerahkan kulit dengan mengunakan beras pulut.


Gambar ehsan blogger Kina's Zone.


Caranya tak lah susah sangat. Mula-mula dapatkan beras pulut dan rendam sehingga lembut. Kemudian tumbuk sehingga lumat. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras pulut yang telah di tumbuk ini. Biarkan seketika dan kemudian gosok atau sental kulit anda perlahan-lahan. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Untuk hasil yang terbaik, amalkannya 2 kali seminggu.

Selamat mencuba.

3 comments :

  1. Nak kena cuba juga petua ni.. Terima kasih admin :-)

    ReplyDelete
  2. ohhhh... gune berat pulut ekk, hahaha! tak yah memahal beli scrub kan... gune cara tradisional, lebih baik kan...rajin2 kan diri anda yea.. hahahaha.. (nasihat kat diri sendiri)

    ReplyDelete
  3. tuan blog dah cuba ke petua nih?? harus putih2 melati nnt kan..hehehe

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...