Thursday, October 30, 2014

Petua : Mengatasi masalah gastrik

Penyakit gastrik. Biasa penyakit gastrik yang sengaja di buat selalu muncul di waktu bulan ramadhan. Biasa lah, mereka nie selalu mencari alasan untuk tidak berpuasa. Tapi bagi mereka yang betul-betul mengalami masalah gastrik nie, hanya mereka saja yang tahu bagaimana sengsaranya penyakit ini. Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali. Jangan pula makan makanan yang bersifat asid seperti buah limau tu.

Gastrik

Gambar ehsan Google.

Dalam entry petua kali ini, teman kongsikan beberapa makanan yang dapat membantu kome yang mengalami masalah gastrik ni.

Pisang
Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi. Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik. Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik

Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut. Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik. Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik

Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik. Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut. Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.

Ok, selamat mencuba ye. Teman harapkan info yang di kongsikan ini memberi manfaat kepada semua.

Petua : Mengubat bisul

Kome pernah kena bisul tak? Apakah bisul dan macam mana bisul itu terjadi, kome boleh klik disini untuk maklumat lebih lanjut. Penyakit bisul nie tak kenal usia, baik kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa terdedah kepada jangkitan bisul. Apa yang penting, kebersihan diri perlulah di utamakan. Ok, dalam entry nie, teman kongsikan beberapa petua yang boleh di cuba.


Gambar ehsan Google.

Kome boleh cuba petua-petua kat bawah nie ye.

  • Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.

  • Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tempek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.

  • Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

  • Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

Ok, selamat mencuba ye.

Monday, October 27, 2014

CPUV : Transitions Optical

Transitions Optical. Alhamdulillah, blog apakehei nie masih lagi mendapat tempat di Nuffnang. Ini adalah CPUV yang sembilan belas dari Nuffnang untuk bulan Oktober, 2014 nie. Dapat 3 CPUV sekali gus untuk promote Transitions Optical nie. Kalau nak tahu lebih lanjut apa sebenarnya Transitions Optical nie, rajin-rajin lah melawat web site mereka. Klik kat sini yer.


Transitions Optical nie adalah syarikat yang berpengkalan di Pinellas Park, Florida, United States. Untuk maklumat lanjut berkenaan Transitions Optical nie, kome boleh juga layari Wikipedia. Transitions Optical terkenal dengan produk lensa mereka.


Apa pun terima kasih Nuffnang untuk 3 CPUV nie.

Sunday, October 26, 2014

Kuliah : Aib orang

Aib berkait rapat dengan maruah atau boleh juga aib disama ertikan dengan maruah. Pernah tak dengar, ulama berkata 'Jangan buka aib orang, jangan dedah aib sendiri'. Kita di larang mencari-cari aib saudara sesama Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda,

Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, Allah s.w.t akan menutup aibnya pada hari kiamat (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Aib

Saturday, October 25, 2014

Kuliah : Sabda Rasulullah s.a.w tentang anak

 Nabi s.a.w pernah bersabda,


  1. Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.
  2. Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.
  3. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.
  4. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.
  5. Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan mambawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.
anak-anak muslim

Gambar ehsan Google.

Friday, October 24, 2014

CPUV : Win a 3 Days 2 Night Trip to Macau

Trip to Macau. Alhamdulillah, blog apakehei nie masih lagi mendapat tempat di Nuffnang. Ini adalah CPUV yang ke enam belas untuk bulan Oktober 2014. CPUV kali ini adalah kempen "Win a 3 Days 2 Night Trip to Macau". Macam best je kalau dapat pergi Macau free. Siapa nak bagi kan? Tetiba nak buat entry pasal angan-angan kalau dapat pegi ke Macau. Apa yang best kat Macau tu yer. Nanti lah, ada masa nanti teman buat entry nie.


Untuk CPUV Win a 3 Days 2 Night Trip to Macau, Nuffnang bagi 3 CPUV sekali gus. Baiknya lah hati Pakcik Nuffnang nie. Kalau hari-hari macam nie, kan ke best.

Free trip to Macau

Experience in Macau

Experience in Macau

Experience in Macau

Apa pun, thanks to Pakcik Nuffnang kerana masih sudi lagi memberikan CPUV kepada blog teman yang tak seberapa nie.

Thursday, October 23, 2014

Petua : Senyuman menawan dengan gigi putih

Macam mana nak dapatkan gigi putih bersinar? Senyuman akan pasti lebih menarik dan menawan dengan gigi putih tersusun rapat. mmm... hari nie teman nak kongsikan petua pasal gigi pulak. Pernah tak kome terfikir celebriti, artis-artis or sapa sapa-sapa yang bila senyum dah nampak giginya putih melepak tanpa sedikit pun kotoran. Mesti kome fikir dema tu melaburkan banyak duit untuk buat treatment untuk memutihkan gigi. Ada betul tak?

Untuk buat treatment gigi nie of course la mahal. Sekali treatment lebih kurang RM80 hingga RM150. Itu pun tahan untuk sebulan je. So, mampu ke nak buat treatment tiap-tiap bulan.

Gigi putih

Dalam segment petua untuk entry ke dua hari, teman kongsikan petua macam nak dapat gigi putih dengan hanya bermodalkan lebih kurang RM1.50 je Anggaran saja nie tau...

Ok, caranya mudah saja... Dapatkan bahan-bahan di bawah nie...

  1. Sediakan 1 sudu soda bikarbonat
  2. Lemon atau limau nipis

Macam mana nak buatnya.

Ambik 1 sudu soda bikarbonat tuu..., Kemudian, perah hirisan lemon atau limau nipis ke dalam soda bikarbonat... Gaul sehingga sebati... Perahan lemon atau limau nipis tu biarlah berpada dengan soda bikarbonat tu yer... Jangan lah terlampau banyak sangat pulak...

Bila dah sebati tu, gosokkan campuran ini pada gigi kome tu untuk 2-3 minit. Lepas tu kumur dengan air bersih. Dah pun siap. Senang jer kan.

Amalkannya untuk dua kali sehari untuk kesan yang lebih efektif. Untuk gigi yang sensitif pulak boleh cuba petua nie dua kali seminggu.

Ok, Selamat mencuba ye.

Petua : Menaikkan seri muka

Macam mana nak menaikkan seri pada wajah atau muka? Ye la, kadang-kadang, wajah nampak kusam dan tidak bermaya. Wajah bersih berseri nie merupakan impian setiap wanita. Siapa yang tak nak nampak cantik berseri? Betul. Semua wanita mesti hendak kelihatan cantik dan menawan. Sebelum nie, teman ada kongsikan petua berkenaan membersihkan wajah dengan mengunakan air beras. Klik disini jika kome hendak membacanya.


Gambar ehsan Google.

Petua nie pun tak banyak beza pun. Caranya pun sama je. Ambil air basuhan beras untuk bilasan yang kedua atau yang ketiga. Sapu pada keseluruhan muka air basuhan tersebut dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Jadikan ini amalan seharian. Mudahkan. Senang je nak amalkan petua nie. Ok, selamat mencuba ye.

Tuesday, October 21, 2014

Ohh... Pekak rupanya...

Aku Tak Dengar!! 

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran. 
"Seberapa burukkah pendengarannya? " tanya doktor. 
"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya." 

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya. " 

Kari kambing

Gambar ehsan dari blogger wheelsondbus.

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter. 

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya. 

"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit. 
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit: 

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Siapa yang pekak sebenarnya?

Moral of the story... Kita nampak kelemahan pada orang lain, tapi orang lain lebih tahu apa kekurangan pada diri kita. So, Bila orang nasihat kita, perlu lah kita fikir-fikirkan.

Monday, October 20, 2014

Wordless : Kubu tentera British di pantai Cherating, Pahang

Kubu tentera British di pantai Cherating

Sunday, October 19, 2014

Kuliah : Ayat pendinding rumah

Selamatkah bila kita di rumah? Sekarang nie banyak kejadian seperti pecah rumah. Bukan sahaja melibatkan kecurian harta benda, malah ada yang melibatkan kehilangan nyawa. Memang tak di nafikan usaha pihak berkuasa dalam membenteras kegiatan ini. Tapi kejadian pecah rumah tetap berlaku.

Ayat pendinding rumah



Dalam segmen kuliah kali ini, teman kongsikan beberapa surah yang boleh dijadikan amalan sebagai pelindung keselamatan kita di rumah. Kita hanya mampu berusaha. Allah s.w.t yang menentukan segalanya.

Saturday, October 18, 2014

Kuliah : Azab wanita di akhirat

Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, "Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."


Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakithati suami dengan lidahnya pada hari kiamatnanti Allah jadikan lidahnya sepanjang70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Friday, October 17, 2014

Spotted : WKW3

Masa buat site visit, tetiba terpandang kereta Fararri nie... perh... sporty betul... tapi malangnya, teman tak boleh nak amik gambarnya banyak-banyak...

Ferarri - WKW-3

Thursday, October 16, 2014

Petua : Untuk mengelak perut buncit atau boroi

Macam mana nak mengelak perut menjadi buncit atau boroi? Masalah perut buncit atau perut boroi nie selalunya terjadi pada golongan lelaki. Terutama mereka yang telah berkahwin. Maklumlah, makan dan minum semua tersusun dan di jaga rapi oleh isteri tercinta. Tambahan pula, isteri pandai memasak. Memang selalu sajalah menambah  bila makan tu.



Petua nie di perturunkan oleh arwah pak ngah teman. Katanya petua nie sepatutnya di jadikan amalan seharian sebelum masalah ini timbul. Petua nie senang je.

Masa makan tu, elakkan makan bersulamkan air. Amalkan meminum air sebaik-baiknya selepas 30 minit atau 3 jam selepas makan.

Untuk mereka yang berusaha mengurangkan berat badan pulak. Amalkan meminum air sebelum makan. Ini dapat mengurangkan pegambilan makanan tu nanti.

Apa pun, petua nie hendaklah di jadikan amalan harian. Teman memang dah amalkan petua nie sejak dulu lagi. Sebab itu lah masih ada lagi six pax... :d


Gambar ehsan Google.

Tapi ada pulak yang berpendapat lelaki perut boroi tu seksi, lebih penyayang dan lebih berfikiran jauh.

Perut boroi seksi


Gambar ehsan Google.

Apa pun, tak kisah teman tak kisah orang kata lelaki buncit tu lebih bahagia, penyayang atau lebih seksi dari lelaki yang ada six pax. Yang penting, kesihatan perlu di jaga. Kalau perut buncit dan mempunyai berat badan yang tidak seimbang pun nanti akan menjadi masalah kesihatan pulak kan.

Ok, kome yang tak nak buncit, jadikan petua nie sebagai amalan harian.

Wednesday, October 15, 2014

Manggis ohh.. manggis

Buah Manggis. Dalam bahasa Inggeris, depa panggil buah nie mangosteen. Kalau buah durian dikenali sebagai sebagai raja segala buah,  buah manggis pula di kenali sebagai ratu segala buah. Dalam satu pokok manggis, ada pelbagai warna buah manggis yang masak dan bagi satu pokok manggis, buahnya boleh mencapai sehingga seribu biji buah. Buah manggis nie ada yang  berwarna hitam, merah dan coklat karat.

Buah Manggis

Nie warnanya bila dah masak lah. Kalau buah manggis yang belum masak atau muda tu, warnanya ialah hijau kekuning-kuningan. Bila warna pink pula tandanya buah manggis nie sudah mula hendak masak. Orang kampung teman panggil buah yang berwarna pink nie "darah ikan". Unik bukan buah manggis nie.

Buah Manggis

Teman memang sangat suka makan buah manggis nie. Teman nie kalau setakat 50 biji tu, biasa jer. Nie baru rasa jer tau... Tapi, dalam banyak-banyak buah manggis tu hanya buah manggis yang berwarna merah dan coklat karat saja yang menjadi favourite teman.

Apa yang teman nak kongsikan disini, macam mana kome ambil buah manggis nie? Pertanyaan nie hanya untuk orang yang ada pokok manggis saja. Kalau orang yang tak ada pokok manggis nie, confirm lah depa pegi beli kat kedai kan. Teman pulak,  kalau nak makan manggis nie panjat je pokok manggis kat dusun tu.

Buah Manggis

Buah Manggis

Buah Manggis

Actually, ada macam-macam cara untuk mengambil buah manggis nie. Salah satunya, petik je buah manggis tu dengan tangan. Kalau rendah tak payah panjat. Kalau tinggi kena lah panjat atau pun ambil dengan galah.

Ada setengah orang tu panjat pokok manggis dan kemudian  di gegar atau di goncangnya dahan manggis itu untuk menjatuhkan buah manggis itu. Cara ini sebenarnya merosakkan buah manggis dan mengakibatkan buah manggis itu tidak tahan lama. Buah manggis yang jatuh ke tanah menyebabkan isinya, kemerahan dan buah manggis itu akan menjadi keras seperti batu.

Teman memang suka memanjat pokok manggis nie. Masa teman remaja dulu, seronok ke main bila dapat panjat pokok manggis nie. Masa panjat naik ikut batang pokok manggis tu. Bila turun pulak, teman ikut dahan je. Ada dua tiga pokok manggis kat rumah nie yang rendang je. Pokok-pokok nie yang teman suka sangat panjat. Kalau kome nak tahu, pokok manggis nie dahan nya agak liat dan tidak mudah patah.

Buah Manggis

Saat  memanjat pokok manggis nie yang paling best bila sampai ke puncak pokok dan tubuh kita boleh keluar di hujung puncak pokok manggis tu. Pokok manggis pula berbuai-buai kiri dan kanan ditiup angin. Best sangat duduk di atas tu sambil ditiup angin. Sambil duduk diatas tu, sambil makan buah manggis. Seronok betul, hehehehe...

Kalau buah manggis tu jauh sangat untuk dicapai dengan tangan, boleh lah guna galah untuk mengambilnya. Galah untuk mengambil buah manggis nie ada bakul khas yang teman anyam untuk memudah dan menghindar buah manggis dari jatuh ke tangan. Senangkan... Hasil dari kreativiti ini, seseorang itu boleh mengambil 3 biji buah manggis dalam masa satu minit. Rekod ini diambil di mana kedudukan buah manggis tersebut berdekatan di antara satu sama lain.

Nie galah yang biasanya teman buat untuk mengambil buah manggis yang tak dapat di capai dengan tangan. Design nie arwah datuk yang reka. Pernah juga tengok orang kampung guna penapis serbuk teh macam kat kedai mamak tu di ikatkan pada buluh yang di jadikan galah tu. Untuk design yang biasa teman guna nie, di hujung bahagian atas galah tu di belah kecil untuk di buat bakul. Kemudian di sumbatkan dengan manggis muda supaya muncung galah tu terbuka. Lepas tu belahan buluh tu di ikat dengan tali, rotan atau pun dawai. Macam kat gambar di bawah nie...

Jolok buah manggis

Jolok buah manggis

Jolok buah manggis

Agak-agaknya lah tuan tanah +Pokok Manggis Depan Rumah tu panjat pokok manggis kat depan rumah dia tak :d

Isi buah manggis ini berwarna putih bersih dan rasanya pula, masam-masam manis gitu. Kalau nak tahu macam mana rasanya, kome makan sendiri lah :)


Gambar ehsan Google.

Masa jenjalan dalam dusun tu, terjumpa pulak buah durian nie yang baru je luruh. Mujurlah sekarang nie teman sedang berpuasa. Kalau tak, confirm dah selamat buah nie masuk dalam perut teman. Nie durian kampung. Memang sedap, lemak berkrim di sukai ramai...

Durian kampung

Kat dusun nie, bukan setakat pokok manggis je yang boleh di panjat. Pokok langsat nie pun boleh di panjat. Tapi tak boleh la nak berselfy bagai kat atas pokok nie. Tu pantang larangnya. Nanti jatuh pulak. Meh tengok buah langsat muda nie. Tak lama lagi masak lah nie...

Buah Langsat

Buah Langsat

haaa... nampak tak buah langsat tu... masih hijau lagi... bila buah langsat nie dah masak, warnanya putih kekuningan. Buah langsat nie, kalau nak di petik perlu guna gunting buah. Kalau di jolok dengan galah, alamat jatuh bertaburan lah jawabnya.

Ok lah setakat nie pasal cerita buah-buahan di dusun. Kalau nak setakat nak cerita pasal buah rambutan, cempedak, nangka tu... biasa sangat. Anyway, next time bila berkesempatan, teman cerita pulak buah yang sangat rare di pasaran.

Monday, October 13, 2014

Typing error

Lately nie banyak pulak typing error... Last weekend, AbQary Kids ada menganjurkan Program Family Reading Combo. So Aisar di jempur sertai program nie. Di akhir program, dah lah dia sijil ke 2 dari AbQary untuk kecemerlangan dalam membaca. Cuma kali, readingnya dalam bahasa inggeris la pulak.

Teman tak sempat pun tengok cert dia tu. Semasa on the way balik tu, dalam kereta dia sibuk membaca sijilnya tu.

Aisar   : Papa... Perpustaan Awan tu apa?
Papa   : Mana ada perpustakaan awan? Cuba baca betul? Aisar kan dah pandai membaca...

AbQary Kidz - Sungai Buluh

Sampai kat rumah, teman pulak belek sijil tu... hehehe... betul lah apa yang Aisar tanya tu...

Macam mana la teacher AbQary nie... CEO yang menurunkan tanda tangan tu, tak baca sijil tu ker atau pun... :d mmm... malas nak cakap...

Masa dok belek-belek, whatsapp group message, dapat pulak gambar nie... Lagi teruk type nie... Kali nie typo error kat TV3 pulak... Melibatkan pemimpin negara pulak tu... Atau mereka memang saja buat macam nie...

Typo error kat TV3

Malaysia ada Perdana Menteri baru agaknya... :d

Saturday, October 11, 2014

CPUV : Zurich Insurance Contest

Zurich Insurance. Blog apakehei masih lagi mendapat tempat di Nuffnang. Syukur, alhamdulillah. Ini adalah CPUV ke tiga belas dari Nuffnang untuk bulan Oktober. Ketika ini, masih ada 16 CPUV berstatus On Going. CPUV kali ini berkenaan contest "Spend and Win with Zurich". Pertandingan ini terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.


Caranya mudah saja. Apa yang perlu kome buat hanyalah berbelanja minimum sebanyak RM50 di restoran di bawah nie...

  1. Prego, The Westin Kuala Lumpur
  2. Five Sen5es, The Westin Kuala Lumpur
  3. Qba Latin Bar & Grill, The Westin Kuala Lumpur
  4. Nook, Aloft KL Sentral
  5. The Restaurant, The Club Saujana Resort
  6. Chakri Palace, KLCC

Kemudian, dapatkan borang penyertaan dan jawab dua soalan mudah. Kemudian hantarkan borang penyertaan anda  bersama resit perbelanjaan anda di restoran tersebut ke dalam kotak yang di sediakan. Macam peraduan makan dan menang jer kan... ? Hadiah-hadiah yang di sediakan pun sangat menarik.

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik disini ye.

Thursday, October 9, 2014

Laman Grill Steak and Bar-B-Que

Tempat makan best di Shah Alam - Laman Grill Steak and Bar-B-Que yang terletak di Laman Seri Business Park, Shah Alam. Biasa lah, teman nie kalau nak pegi ke suatu tempat yang baru, teman mesti buat research sket. Sumber utama untuk mendapatkan info, mesti lah mengunakan carian Google. So, meng Google lah teman petang tu sebelum solat maghrib  tu untuk mencari lokasi kedudukan Laman Grill Steak. Dekat je rupanya lokasi Laman Grill Steak nie dari Saujana Utama. Ingatkan jauh benor. Rupanya dah selalu lalu kat area tu. Teman saja yang tak tau ada tempat makan yang famous kat dalam tu.


Laman Grill


Teman kongsikan koordinate GPSnya dibawah.


3°05'32.9"N 101°32'37.1"E

Alamatnya :
G33, Blok 5, Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13
Shah Alam, Selangor.

Phone No : 03-5523 7386

Nie teman kongsikan hasil carian Laman Grill Steak and Bar-B-Que di Google Maps. Yang best sekali, di Google Street View, kome boleh tengok dekorasi Laman Grill Steak and Bar-B-Que nie. Klik kat sini kalau kome nak cuba view guna Google Street View. Laman Grill Steak and Bar-B-Que nie menyediakan makanan berkonsepkan Itali. So, sesiapa yang nak mencuba Italian food boleh la datang ke sini. Nie pun, first time buat teman dan keluarga di restoran Itali.

Laman Grill - Google Street View

Disebabkan kunjungan di Laman Grill Steak ni bersempena hari istimewa teman, so makanan yang teman nak order pun tentu la yang paling istimewa kat sini. Bila baca review kat internet, macam-macam review yang ada. Ada yang positive dan tidak kurang juga yang negative.

Laman Grill Steak and Bar-B-Que nie adalah milik Chef Zubir, salah seorang juri untuk program Master Chef kat ASTRO tu.


Chef Zubir

Teman nasihatkan kalau kome nak datang kesini, buatlah tempahan awal. Call je no nie 03-5523 7386 dan untuk maklumat lanjut, kome boleh layari web site Laman Grill. Kome boleh like FB Laman Grill Shah Alam disini.


Laman Grill Steak and Bar-B-Que


Deco

Jom tengok menu apa yang best kat sini.


Menu

Main Fare

Main Fare

Baby Lamb

Sweat Ending

Sweat Ending

So, apa menu yang nak di pilih ye... mmm... semuanya nampak best... Ok la, teman dah buat pilihan... Teman nak cuba Australian Baby Lamb Foreshank... adinda pun buat pilihan yang sama juga... Untuk Aisar, dia lebih gemarkan pasta... So, mamanya dah pilihkan Spageti Carbonara Assorted Mushrooms in cream sauce. Maaf, teman tak share gambarnya dalam entry nie.

Manakan tidak, sampai je pinggan spageti tu, terus ngap masuk mulut Aisar :) Lapar sangat lah tu. Untuk minuman, teman orderkan Oreo Milk Shake untuk Mama dan Aisar. Teman order Strawberry jus.

Oreo Milk Shake

Strawberry jus

Secara jujurnya, Strawberry Jus nie tak berapa nak best. Nie hanyalah pendapat teman saja sebab, teman pernah minum jus Strawberry yang lagi sedap dari yang dihidangkan di Laman Grill nie. Kat bawah nie ialah Tip Bits. Teman tak order pun benda nie. Tapi pelayan tu kata nie ialah complimentary buat kudap-kudap sementara menunggu main course siap. Anggaran masa dalam 30-40 minit. Ok je la. Kalau tak tunggu, bila lagi nak merasa makan masakan chef terkenal nie. Ok la tu... tak la bosan menungu sambil mulut mengunyah Tip Bits nie...

Crispy Creep

Ok, nie la... Australian Baby Lamb Foreshank. Actually, pada pendapat teman la resepi nie telah di Malaysia kan. Actually, sayuran tu sama macam sayur campur biasa tu. Ada sayur bayam hijau, di campurkan bersama karot dan broccoli. Nampak menyelerakan, dari segi rasanya pun ok la. Tapi tak boleh lawan steak kat Tommy Roma's tu. Mungkin nie adalah cara masakan Itali kot. Cuma expectation teman tu tak sampai... dah ke laut nampaknya.

The down side hidangan nie, waktu dihidangkan makanannya tak panas. Mungkin dah lama siap dan tidak dihantar atau pun makanan disejukkan oleh air cond. Entah la... Sebab tu, expectation ke laut.


Australian Baby Lamb Foreshank

Australian Baby Lamb Foreshank

Ok, selesai sudah komen tentang main fare. Next, teman komen tentang desert pulak. Adinda pesan Sweat Potato, saja nak try katanya. Pada hal silap order hehehehehe... teman pulak pesan Warm Chocolate Cake.


Laman Grill Steak and Bar-B-Que

Laman Grill Steak and Bar-B-Que

Laman Grill Steak and Bar-B-Que


Ok, Sweat Potato tu ok la... Keledek rebus yang di lenyek... Actually rasa keledek tu manis, macam makan ubi keledek di Cameron Highland tu. Manis-manis gitu. Sebab tu namanya Sweat Potato.

Untuk Warm Chocolate Cake. Ini desert yang best. Presentationnya pun dah menarik. DI atas tu ada ais cream vanila. The best thing is, cup cake chocolate nie panas-panas gitu. Dan dalam cup cake tu, ada chocolate cair yang suam-suam gitu. Di makan pulak dengan ais cream vanila yang sejuk. Menerbitkan suatu rasa yang sangat unik. Best sangat... Menyesal pulak order satu.

Next time, kalau makan kat sini lagi mesti teman order Worm Chocolate Cake nie lagi. Apa pun, suatu pengalaman yang menarik makan disini.

Laman Grill Steak and Bar-B-Que

Ada juga pengalaman yang tak berapa best. Kalau tengok dalam resit tu, ada Tip Bits. Kata sebagai complementary. Nie charge RM2.00 pulak... Malas nak bertekak pasal RM2.00 tu... lagi pun, benda tu dah masuk dalam perut pun. Teman bayar je la... Next time kalau makan kat sini lagi... kalau bagi lagi Tip Bits nie, teman tolak dari awal lagi... Kalau kat Tony Roma's, depa bagi roti, tak charge pun kat customer. Tak kisah la depa charge ke tak... tapi benda tu tak appear kat dalam bil.

Next time datang sini lagi nak order Warm Chocolate Cake. Sedap sangat.... hehehehehe... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...