Thursday, September 4, 2014

Petua : Untuk menyegarkan taugeh

Macam mana nak pastikan taugeh sentiasa segar? Biasanya sayur taugeh nie di rendam saja di dalam air untuk memastikan kesegarannya. Inilah yang selalu di praktikkan oleh kebanyakkan orang. Ada juga yang rendam sayur taugeh ini dan di masukkan kedalam peti sejuk. Tapi, kalau guna cara ini lama kelamaan taugeh ini akan lebam juga.

Tahan lama

Gambar ehsan Google.

Ok, dalam entry nie teman akan kongsikan satu cara untuk memastikan taugeh ini segar dan tahan lebih lama. Caranya lebih kurang sama saja. Rendamkan taugeh di dalam bekas berisi air. Kemudian, perahkan sedikit limau nipis ke dalam air rendaman taugeh tersebut. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Untuk memastikan taugeh ini tahan lebih lama, tukarkan air rendaman taugeh tersebut setiap hari dan lakukan petua ini.

Ok, selamat mencuba ye.

1 comment :

  1. ohh perah limau ek .. okey2, nnt saya try la....

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...