Sunday, September 7, 2014

Kuliah : Hukum memakan belangkas dan telurnya

Belangkas. Hari tu semasa berkunjung ke Kota Tinggi, adalah ternampak kedai makan yang menyediakan belangkas sebagai menu istimewa mereka. Teman tak ingat la pulak apa nama kedai tu. Tapi, teman tak berapa bernafsu nak makan belangkas nie. Apa pun, info nie teman kongsikan untuk makluman semua.

Belangkas

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

- Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan (HALAL).

4 comments :

  1. owhh kisahnyeee..penah gak dulu2 try mkn belangkas nih..skang nk jumpe belangkas pun payah..pasangan yg ala2 belangkas yg senang nk jumpe..ahaks!

    ReplyDelete
  2. Huhuhu... tak pernah teringin pun nak cuba... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la... tak terliur pun nak makannya. Hari tu, tengok dalam Majalah 3 darah belangkas tuh ada nilai perubatan. Sebab tu ada orang ternak belangkas untuk tujuan tu.

      Delete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...