Thursday, August 28, 2014

Petua : Mengatasi biskut lemau

Macam mana nak elakkan biskut dari lemau atau dengan kata lain biskut tu masuk angin? Biasanya untuk mengelakkan perkara macam nie berlaku, kita simpan biskut tu didalam bekas kedap udara. Memang ini lah caranya. Tapi, bila dah lama, dan bekas kedap udara nie selalu pulak di buka dan kadang-kadang tu bekas ini di biar terbuka lama. Biskut tu, lama ke lamaan boleh lemau atau masuk angin juga.



Gambar ehsan dari blogger syidamislan.

Dalam entry nie, teman kongsikan petua macam mana nak mengatasi masalah ini. Mudah je, tak lah susah sangat pun. Caranya macam nie. Sebelum menyimpan biskut didalam bekas kedap udara nie, mula-mula taburkan sedikit gula pasir di dalamnya. Kemudian, barulah di masukkan biskut tersebut dan di tutup 

Dengan cara ini, biskut itu tahan lebih lama dan tidah mudah lemau atau masuk angin. Tapi kalau biskut tu dah lemau atau masuk angin, memang tak boleh nak buat apa dah. Terimalah seadanya.

Ok, selamat mencuba ye.

1 comment :

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...