Monday, August 11, 2014

Di tangkap duduk berdua-duaan di injin kereta

Tetamu tidak diundang di hari raya. Sampai je ke rumah dari kampung nampak pasu bunga dah tertonggeng dan pokoknya dah hancur bersepai. Habis semuanya bertaburan. Bau busuk kencing kucing pulak menusuk hidung. Tension dibuatnya. Tapi tak nampak pulak kucingnya. Kat manalah kucing - kucing nie menyorok ye. Esok paginya, masa nak menghantar Aisar ke Abqary kidz, teman nampak kucing - kucing tu dok bergurau senda dengan adik beradiknya di bawah kereta. Baru je teman datang dekat, berdesup semua hilang sekelip mata saja. Cari punya cari tak jumpa juga. So, teman pun drive hantar Aisar ke Abqary kidz. Lepas tu terus balik rumah, nampak pula jiran sebelah.

Sembang - sembang sambil beraya. Sambil - sambil tu ada teman tanya juga la kalau - kalau itu kucing dia. Rupanya bukan kucing dia. Ok lah tu. Senanglah nak setelkan kucing - kucing tu. Tengah dok bersembang tu tetiba nampak ekor kucing terjulur di bahagian dalam bumper depan kereta tu.

Kucing dalam injin kereta

Apa macam, nampak tak kucing putih tu? Teman cuba nak halau, tapi susah juga nak tangkap si kecil nie. Ligat ke main. Yang nie pulak si kucing hitam tu.

Kucing dalam injin kereta

Hampir setengah jam mencuba akhirnya teman mengalah. Macam nak keluarkan kucing - kucing nie? Last - last teman dapat satu idea yang baik punya.

Kucing dalam injin kereta

Kucing dalam injin kereta

Kucing tak suka air kan... Apa lagi, terus bawak kereta ke kedai cuci kereta. Teman minta tukang cuci tu lebihkan pancutan air di bahagian depan dan bawah bumper. Siap pancut air, bukak bonet nampak si comel hitam duduk di bahagian atas injin. Apa lagi, sepantas kilat teman tangkap kucing tu. Nasib baik la kucing tu basah sket je. Teman letak kucing tu di atas lantai, zupp terus lari tak sempat nak main - main dengan si kecil tu. Yang seekor warna putih tu tak tahu ke mana hilangnya. Ikut mat Bangla tu, dia pun nampak 2 ekor kucing tu masa dia pancut air tadi. Tapi tak nampak pulak kucing warna putih tu keluar.

Teman check juga bahagian tu. Memang tak nampak kat mana kucing tu. Lama juga la teman cari, tapi tak juga jumpa. So, teman anggap kucing tu dah lari masa bahagian depan kereta tu di pancut air. Kiranya misi teman tu berjaya la...

5 comments :

  1. idea yg bijak cuci kereta..hehehhe..kucing degil ni...xnak kuar²..kan dah kena

    ReplyDelete
  2. tak panas ke dia duduk kat enjin kereta?

    ReplyDelete
  3. Jalan penyelesaian terakhir.. syukur kucing tu tak mati kat dalam bahagian tu..

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...