Tuesday, August 12, 2014

Berjimat di hari raya dengan recycle

Berjimat di hari raya. Di hari raya nie, mesti ramai yang memperuntukkan sejumlah wang untuk pemberian duit raya. Bila nak bagi duit raya, mesti perlu letak dalam sampul duit raya kan. Kalau tak dimasukkan dalam sampul, macam tak best la pulak. Dalam berbelanja di hari raya nie, perlu lah berjimat cermat sket. Kalau tak beringat, lepas berhari raya nanti pokai lah jawabnya. Mula lah nak meminjam sana sini. Mana yang dah berkeluarga dan ada anak, confirm duit raya anak menjadi sasaran. Jangan kome buat macam tu. Tak baik tau. Amalkan jimat cermat dalam perbelanjaan tu dan janganlah boros dalam perbelanjaan tu.

Duit raya

Antara yang boleh di jimatkan semasa di hari raya ialah dengan mengunakan sampul raya recycled. Walau pun sampul raya nie murah dan kadang - kadang boleh didapati dengan percuma, tapi ada masanya sukar juga untuk mendapat sampul duit raya dengan percuma. Kalau dapat pun, ianya tidak mencukupi. Niat untuk bersedekah tu baik, tapi janganlah sampai membazir. Satu cara untuk berjimat ialah dengan mengunakan sampul duit raya recycled. Budak - budak sekarang nie, bukannya kisah sangat tentang sampul duit raya tu. Bagi mereka, yang penting isi dalam sampul tu. Jadi, dari membazir duit untuk membeli banyak sampul duit raya, lebih baik duit untuk membeli sampul duit raya tu digunakan untuk bersedekah. Ada juga faedahnya. 

3 comments :

  1. betul..kadang masih elok lagi...boleh je digunakan semula..

    ReplyDelete
  2. Boleh simpan untuk kemudian hari pula sampul lama-lama ini akak.

    ReplyDelete
  3. sayang kan nak buang..sume elok2 lagik..

    btw, salam ziarah ;)

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...