Wednesday, July 16, 2014

Memancing di bulan puasa

Jom pergi memancing. Teman nie pun dah lama bebenor tak pegi memancing nie. Pergi memancing pulak dengan family. Pergg... meriah betul. Dapat ikan seekor pun ke mainlah suka, menjerit pun ada, terlompat-lompat pun ada. Cuma tak dek yang sampai masuk kolam ikan tu. Last time teman memancing, mata kail tersangkut kat kolar baju Abang Lang :d. Nasib baik tak sangkut kat hidung tu... itu lah dia pengalaman teman yang tak seberapa pandai memancing nie.

Inilah dia hasil memancing kurang dari 1 jam. Pergi dah tengahari. So, memang tak boleh nak lama-lama sangat la. Terbakor teman dek matahari tu. Terbakor lagi tekak nie minta di sirami dengan sekurang-kurangnya sirap ais.


Ikan Talapia

Ikan nie pun satu hal. Dari 13 ekor ikan talapia tu, hanya 3 ekor jer yang berjaya teman pancing. 10 ekor lagi tu, semuanya acu Aisar yang pancing. Ikan nie pun pandai memilih juga kot. Kalau anak dara yang memancing, dia makan umpan. Kalau teman nie, idok dema sudi pun.

Atau mungkin jugak, yang 3 ekor ikan yang teman tangkap tu ikan betina. Yang lain tu semuanya ikan jantan. Sebab tu lah depa pegi makan umpan pancing acu Aisar jer.

Apa yang penting, ikan talapia nie teman bakor jer jadi juadah berbuka puasa hari tuh. Cicah dengan air asam pun sodap. Lupa pulak nak ambik gambor ikan talapia bakar tu. hehehehe... kalau tak, boleh jugak teman tempek kat entry post hari nie.

7 comments :

  1. kalau dah hobi ye..bulan puasa pun jalankan juga hobi tu..untung juga tak payah beli ikan untuk dimasak buat berbuka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak jugak... nie pun memancing sebab nak ambik ikan dalam kolam tu... selepas lebih 10 tahun, baru teman pegang balik batang joran nie...

      Delete
  2. Waaaa. ..bestnya mancing dpt ikan banyak mcm ni....SA suka ikan tilapia...sedapnya....

    ReplyDelete
  3. Suka makan ikan tapi tak suka memancing.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Memancing nie memerlukan kesabaran yang tinggi..apa2 pun tahniah bro kerana dpt bawak naik beberapa ekor ikan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...