Thursday, June 5, 2014

Petua : Menyimpan aneka sos dan kicap supaya tahan lama

Kome suka memasak tak? Teman nie, walau pun belum mencapai taraf master chef, teman selalu jugak turut bersama memasak kat dapur. Ok, teman nak kongsi satu tips atau petua macam mana nak bagi sos atau pun kicap tahan lebih lama. Kicap masin, kicap manis, sos ikan, sos tomato, sos cili, sos tiram dan lain-lain lagi adalah antara bahan yang biasa tersimpan di dapur. Jika tidak disimpan dengan baik, botol kicap dan sos ini akan berkulat.


Gambar ehsan blogger Cik Ina Do Do Cheng.

Cara yang betul untuk menyimpan botol-botol kicap dan sos ini adalah dengan membersihkan kesan lelehan kicap dan sos di muncung botol dengan mengunakan kertas tisu. Kemudian simpan samada di dalam peti sejuk atau di dalam almari. Jika disimpan didalam almari, pastikan ianya tidak lembab dan mempunyai pengudaraan yang baik.

Jangan diguna jika kicap atau sos itu berubah warna, berbuih, berubah kelikatannya atau berubah aromanya.

2 comments :

  1. selain dari tahan lama, membersihkan lelehan sos/kicap tu juga boleh membuatkan botol itu boleh ditutup dengan rapi...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...