Thursday, June 19, 2014

Petua : Masak telur ikan supaya tidak mudah hancur

Siapa suka makan telur ikan? Sila angkat tangan ye... Telur ikan nie, boleh di pelbagaikan masakkannya. Tapi yang paling teman gemar, bila telur ikan nie di masak asam pedas. Teman suka telur ika terubuk saja. Asam pedas kan favourite teman :d Kali nie teman nak kongsikan satu petua macam mana nak masak telur ikan nie supaya tidak mudah hancur.


Gambar ehsan blogger cikmot

Ok, macam nie caranya. Telur ikan tu sebelum di masak, basuh bersih-bersih. Jangan guna sabun pulak. Cukup sekadar membersihkannya dengan mengunakan air saja. Lepas tu, rendamkan telur ikan nie di dalam air kapur selama 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih dan rebus seketika sebelum dimasak.

Hasilnya, telur ikan ini tidak mudah hancur dan rasanya lebih sedap. Cuba lah try test tengok :d

3 comments :

  1. basuh guna sabun lain jadi nya...hehehhehe

    ReplyDelete
  2. aku tak makan telur ikan..tapi tengok kuah masak lemak tu buat aku tetiba lapar plak...aku dah laa penggila kuah masak lemak...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...