Monday, June 30, 2014

Movie Review : Transformers - End of Extinction

Dah pegi menonton Transformer End of Extinction tak? Minggu lepas, teman ada dapat beberapa jemputan dari Carrier partner dan satu jemputan dari boss yang belanja staffnya untuk menonton movie nie. Tapi, satu pun teman tak dapat pegi. Transformer End of Extinction nie mula di tayangkan pada 26 Jun hari tu. Teman, 25 Jun hari tu dah start bercuti. Cuti duduk rumah jer, bukan ke mana pun. Actually,  25 Jun hari tu Aisar ada trip tadika nya ke Planetarium Negara dan Muzium Islam. Itu sebabnya teman bercuti untuk menghantar dan ambil Aisar.


Gambar ehsan Google.

Ok, back to entry. Nie sepatutnya entry kedua teman pasal movie review, tapi first entry untuk movie review nie masih terperosok kat dalam draft. So, biar dulu la. Mood nak menulis pasal movie tu tak dek sekarang nie.

Untuk filem Transformers nie, bermula dari sequel pertama sampai lah yang terbaru teman menontonnya di pawagam. Kesemuanya teman menonton bersama family tersayang. Teman booking tiket untuk movie 3 dimensi (3D), baru best sket. Kali ini teman menonton di panggung GSC Setia City Mall. Teman booking tiket secara online pada hari Khamis. Lepas tu terus collect di kaunter. Kalau nak menonton baru beli tiket,  memang tak dapat la sebab tiket tayangannya cepat habis.

Transformer End of Extinction

Teman kongsi kan beberapa tayangan promo yang teman download dari apps Nokia Trailers. Filem ini mengambil masa 165 minit tayangan mengisahkan sambungan pertarungan di antara Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime dan Decepticon yang di ketuai oleh Megatron. Ini merupakan filem Transformers yang ke empat yang diarahkan oleh Michele Bay.

video

video

Dalam sequel yang lepas Megatron telah berjaya dimusnahkan, dan End of Extinction ini merupakan sambungan dari sequel yang lepas. Tapi melalui sequel End of Extinction, sambungannya agak goyang sedikit di mana Optimus Prime juga turut ditewaskan dan Autobots menjadi buruan oleh Black Ops team yang di dalangi oleh Lockdown.

Transformer End of Extinction

Transformers - End of Extinction

Lockdown ini merupakan robot dari Cybertron iaitu dari planet asal Transformers nie. Kumpulan Black Ops ini telah bekerjasama dengan firma robotic iaitu Kinetic Solution Incorporation (KSI) untuk menghasilkan generasi robot baru yang telah dinaik taraf untuk membantu manusia. KSI telah membangunkan teknologi robotic dengan mengambil data yang di download dari database Megatron.

Transformer End of Extinction

Transformer End of Extinction


Di sinilah bermulanya bagaimana Megatron berjaya memanipulasikan manusia untuk kesinambungan dan kewujudan semula Megatron baru yang dikenali sebagai Galvatron yang telah dinaik taraf dan bermulalah peperangan di antara Autobots dan Decepticon.

Transformer End of Extinction

Agak kurang berkesan juga filem Transformer yang terbaru ini, sebab pasukan pertahanan bumi langsung tidak terlibat dalam peperangan di bumi di mana melibatkan banyak kemusnahan dan kerosakan bangunan. Tidak seperti filem sebelum ini di mana pasukan pertahanan bumi akan bekerjasama dengan Autobots untuk memerangi Decepticon.

Transformers - End of Extinction

Dalam End of Extinction kali ini dipertontonkan dengan kemunculan Dinobots (Transformers dalam bentuk dinosor) dan kumpulan robot dinosor ini pun tidak lah jinak dan mereka hanya bertindak jika mereka diancam. Kalau mengikut Dinobots dalam siri kartun, robot dinosor ini boleh bertukar menjadi robot dan mereka boleh bergabung untuk menjadi robot yang besar. Tapi ini tidak terjadi dalam filem kali ini. Mungkin, filem Transformers yang akan datang kita akan dapat menyaksikan kumpulan Dinobots ini bergabung dan menjadi robot yang besar. Apa pun, nntuk mengetahui filem ini lebih lanjut, saksi lah sendiri di pawagam berhampiran. Lagi best kalau kome menonton dalam version 3 dimensi (3D) sebab boleh merasai betapa gayatnya berada di bangunan tinggi seolah-olah diri kita berada disitu.

Secara keseluruhannya Transformers - End of Extinction nie best, penuh dengan aksi dan ada juga terselit aksi lucu seperti dalam cerita Mr. Bean. Next time, kalau ada filem Transformer terbaru, pasti teman ke panggung untuk menontonnya.

8 comments :

  1. tunggu husband download je la....walau ada juga berbunyi nak menonton tu...hehhehhee

    ReplyDelete
  2. review macam nie yang membuatkan nafsu saya membuak-buak nak menonton cerita ini...ada yang kata sedikit hambar dan ada yang kata best..kena tengok sendiri untuk tentukan ini....hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. dah tgk jugak! mmg terbaik! :)

    ReplyDelete
  4. teman pun dh tgk..mmg awesome cter dia...cpt je rasa dlm panggung tu..

    ReplyDelete
  5. nak tengok... tapi dah puasa pulak... ;(

    ReplyDelete
  6. Em buat pembetulan sikit bleh tak, dinobots memang takpernah bercantum masa cerita kartunnya dulu. Movie ni memang peranannya sebegitu.. tapi info yang menarik ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh ye ke... mungkin saya silap... lagi pun dinobots tu selalu berkelahi sesama sendiri... lepas berbaik semula... robot yang boleh bergabung tu dari Decepticon, construction robot tu...

      Delete
  7. dah tengok jugak... hehehe.. nt transformer akan dtg , galvatron pulak jd penjahat..btw, awak tersenarai dalam list nuffnangers saya..singgah..

    http://aisyahambris.blogspot.com/2014/07/thanx-nuffnangers.html

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...