Tuesday, June 10, 2014

Kacang Pool Haji

Orang kata, kalau pegi Johor tak sah kalau tak makan kacang pool. So, mengigih la teman mencari, meng Google bagai mencari lokasi kedai Kacang Pool nie. Nasib baik ada Waze, kalau tak berlangsat la jawabnya sesat merata ceruk mencari kedai Kacang Pool Haji nie. Sanggup tak lunch semata-mata nak makan Kacang Pool Haji.

Sebelum check in kat Lotus Desaru Resort and Spa di Kota Tinggi, teman singgah dulu kat Kacang Pool Haji di Larkin. Nampak tak, berapa jauhnya tersasar dari laluan asal dari Shah Alam nak ke Kota Tinggi nie. Kalau ikut distant Google maps, jarak dari Lotus Desaru ke Kacang Pool Haji di Larkin nie sejauh 73km (lebih kurang sejam lebih drive). Kenapa sanggup drive jauh-jauh. Berbaloi kah? well... tepuk dada tanya selera... kalau nak mencuba Apa salahnya kan...😆 kalau tak pegi, bila lagi nak rasa Kacang Pool Haji nie.

Kalau bab makan nie, teman tak kisah sangat. Sekurang-kurangnya kena sekali mencuba. Kenapa perlu cari Kacang Pool Haji nie sehingga ke Larkin. Sebabnya kat sini la kedai asal Pak Haji nie. Kedai Pool Haji nie terletak di Medan Selera Bomba Larkin. Teman kongsikan koordinate GPS kat bawah nie...

1.485763, 103.749965

Selain Kacang Pool, ada juga di jual tauhu bakar, mee rebus. Untuk try makan-makan di gerai Haji nie, teman order tauhu bakar dan kacang pool...


Kacang Pool Haji


Kacang Pool Haji

Well, memang tak rugi untuk mencuba sesuatu yang unik. Kacang pool yang original nie memang tak boleh dapat kat tempat lain. Kebetulan waktu teman singgah makan kat sini, isteri Tn Haji pelakon terkenal tu... Wan Maimunah, pun ada sekali membantu suami dia... Maleh teman nak curi-curi snap gambarnya... tak pasal-pasal pulak nanti kena saman,... hahahahaha...

Apa pun, kome kalau datang ke Johor nie, jangan lupa try Kacang Pool Haji nie... Must try food kalau ke Johor.

Ok, teman nak check in ke Lotus Desaru Resort and Spa.

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Setiap komen yang di tinggalkan disini akan di kunjung balas ke blog tuan-tuan sebagai tanda terima kasih... Sudi-sudilah tinggalkan komen kome kat sini ye... Terima kasih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...