Friday, May 30, 2014

Kejohanan Tarik Tali

Tempat lain ada tak kejohanan tarik tali macam nie? Teman tak pasti la, kejohanan nie dapat sambutan atau tidak? Teman ambil gambar nie pun dah lama, cuma tak sempat nak publishnya. Baru-baru buat clearance memory hand phone. Tu yang terjumpa gambar nie. Tahun 2012 tu... lama bebenor gambar nie duduk bersarang kat dalam memory hand phone teman tu... Apa pun, teman nak jugak buat entry pasal gambar nie.


Teman pun baru jer tau di negeri Selangor nie ada persatuan khusus untuk game tarik tali nie. Kalau kome rajin, boleh lah klik kat sini dan baca pasal persatuan ini. Persatuan nie dikenali sebagai Selangor Tug of War (STWA) gitu. Teman tak pasti lah persatuan nie aktif atau tidak.

Gambar ehsan Google.

Bila agaknya kome last main game tarik tali nie. Teman nie pun tak ingat dah bila kali terakhir main game nie. Seingat teman, masa sekolah dulu ada la sekali dua join game nie. Apa pun, nie adalah sukan rakyat. Mungkin boleh di popularkan suatu hari nanti. At least melalui sukan, rakyat dapat disatukan hati mereka dan merapatkan jurang perselisihan.

4 comments :

  1. teman pun dah lama x tgk org main skan ni..

    ReplyDelete
  2. akak last main masa kerja kat mardi dulu thn 2003..

    ReplyDelete
  3. skrg dah mcm xde sangat game ni...

    ReplyDelete
  4. uiks...aku pun dah lama tak dengar ade pertandingan macam nie...biasa kalau ade pun time family day atau kat majlis sukan sekolah jer..hehehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...