Monday, April 28, 2014

Tips untuk mengenali lelaki menerusi gerak laku ketika berbicara

Pasti saat berbicara dengan lelaki, ada kala wanita keliru dengan beberapa jenis gerak laku atau reaksi yang diperlihatkan. Malah akibat disalah tafsir perbualan menjadi dingin dan hubungan mula sukar difahami.

Gambar ehsan Google.

Seperti wanita, lelaki turut mempunyai alasan terhadap sebarang tindak balas fizikal saat membicarakan sesuatu hal. Berikut panduan berguna bagi mengenali sikap lelaki melalui gerak laku atau reaksi mereka saat berbicara.

Tutup mulut ketika berbicara
Tindakan ini membayangkan lelaki kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucapkan.

Berpeluk tubuh ketika berbicara
Lelaki jenis ini memperlihatkan satu sikap yang defensive. Dia tidak menerima pandangan orang lain. Tindakan ini juga menggambarkan lelaki ini sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama. Gerak laku yang sedemikian juga menunjukkan lelaki berkenaan berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan anda.

Mata tidak fokus
Apabila seseorang lelaki memperlihatkan gerak laku seperti ini, sebenarnya dia tidK berminat pada perkara yang diucapkan. Kalaulah anda baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan lelaki itu tidak benar-benar berminat pada diri anda.

Dahi berkerut-kerut
Reaksi ini menandakan dia berminat dengan apa yang ada ucapkan tapi tidak percaya apa yang anda ceriyakan padanya.

Mata berkedip lebih laju daripada biasa
Gerakkan ini menandakan lelaki tersebut adalah seorang pendusta. Awas, kata-kata yang keluar dari mulutnya memang tidak boleh dipercayai.

Pandang tepat ke mata
Andai si jejaki mempunyai gerak laku seperti ini, ia menunjukkan dia amat berminat dengzn isi percakapan anda. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan anda secara lebih dekat.

Bersandar ketika berbicara
Andai lelaki mempunyai reaksi seperti ini pada saat anda sedang bercakap dengannya, ia menunjukkan dia bersikap negatif kepada anda. Kemungkinan dia sedang berasa bosan, menyampah atau memandang rendah kemampuan diri anda.

Mencekak pinggang
Lelaki yang melakukan reaksi seperti ini adalah orang yang bersikap bersiap sedia. Mereka selalunyaa mempunyai objektif dan cita-cita jelas. Dia juga biasanya memiliki cita rasa yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.


Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini. Klik disini untuk membaca tips untuk memikat hati lelaki.

2 comments :

  1. ada benarnya..sebab salah satu ciri yang berpeluk tubuh ketika berbicara..mmg kena sekali...

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...