Thursday, April 17, 2014

Petua : Mengatasi kulit kering dan bertompok

Kome ada masalah kulit kering dan bertompok-tompok tak. Nie ada satu petua untuk merawat masalah nie. Petua nia agak menarik sedikit. Kome boleh buat losyen sendiri untuk menyegarkan kulit kering atau bertompok.

Gambar ehsan Google.

Bahan-bahan yang diperlukan;
  1. Kulit pisang masak. (tak kisah pisang apa pun. Janji pisang tu dah masak)
  2. Setengah cawan susu segar


Caranya macam nie. Kupas pisang tu. Isi pisang tu boleh le kome makan. Kome hanya perlu gunakan kulit pisang tu jer. Kulit pisang tu kome potong kecik-kecik cukup dan bersesuaian dengan setengah cawan susu segar tu. Kemudian masukkan kulit pisang yang telah dipotong ke dalam bekas yang berisi susu segar tu. Campuran susu segar dan kulit pisang nie kome kisar sehingga sebati. Kemudian masukkan kedalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk.

Gunakan sebagai losyen untuk menyegarkan kulit kering atau bertompok. Amalkan setiap hari.

Selamat mencuba!

4 comments :

  1. Ooo... macam mudahh jer petua nie...

    ReplyDelete
  2. owh...mudah sangat petua nie...thanks bro... :D

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. owh...mudah sangat petua nie...thanks bro... :D

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. menarik kan mesti rasa sejuk gitu
    terima kasih share :)

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...