Thursday, March 6, 2014

Petua : Menghilangkan hanyir hati ayam

Kome suka tak makan hati ayam? Kalau suka tu, mesti lah kome pernah buat persiapan untuk memasak hati ayam nie kan. Macam mana nak hilangkan bau hanyir hati ayam nie? Teman kongsikan petuanya disini.


Bahan yang diperlukan teman senaraikan dibawah;


  • Sedikit tepung gandum (bergantung pada jumlah hati ayam yang hendak dimasak)
  • Limau nipis
  • Satu sudu garam
Gambar ehsan Google

Untuk membuang bau yang kurang enak pada hati ayam, letakkan tepung gandum bersama satu sudu garam pada hati ayam tersebut. Kemudian perahkan limau nipis. Gaul sehingga rata dan hati ayam ini sudah sedia untuk digoreng.

Dengan mengunakan petua ini, hati ayam tu bukan saja tidak berbau hanyir, malah lebih enak di makan.

Selamat mencuba!

No comments :

Post a Comment

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...