Monday, March 31, 2014

Kome ada masalah rambut gugur tak atau gangguan makhluk halus?

Pernah tak dengar 101haircare? Kalau kome ada masalah rambut gugur yang kronik, boleh la berkunjung kesini untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan. Disini, mereka mengunakan kaedah rawatan herba. Kebiasaannya diperingkat awal, perunding 101haircare akan membuat pemeriksaan kesihatan kulit kepala dan memberi nasihat dan langkah-langkah pencegahan sebelum keadaan bertambah lebih buruk lagi. Maksudnya, kome akan kehilangan lebih banyak rambut lagi dan berkemungkinan besar akan botak. 10 helai rambut gugur sehari adalah normal. Tetapi jika jumlah rambut gugur lebih dari itu, lebih baik lah kome mendapatkan rawatan sebelum menjadi botak. Baik lelaki atau perempuan, rambut adalah mahkota dan perlulah dijaga sebaik mungkin.



Kome boleh mendapatkan voucher 101haircare yang bernilai RM30 sahaja. Macam mana dapatkan voucher nie? Dengan voucher percuma ini, kome dapat membuat pemeriksaan kulit kepala dan akar rambut dengan percuma. Consultant Hair Care akan memberi penerangan terperinci dan cadangan hasil dari keputusan pemeriksaan kulit kepala. Rawatan selanjutnya akan dikenakan bayaran. Terpulang kepada kome samada untuk meneruskan rawatan atau pun berhenti setakat itu sahaja. Mungkin ini adalah salah satu strategi pemasaran mereka. Tapi, apa pun ianya satu langkah yang bagus.


Gambar ehsan portal MyHealth.

Hasil pemeriksaan kulit kepala kome mungkin terdapat satu jenis makhluk halus yang dikenali sebagai "Demodex". Rupanya macam gambar dibawah nie. Consultant 101haircare akan mengambil sampel dari kulit kepala dan memeriksanya dibawah mikroskop untuk mengesan kehadiran "Demodex" tu.


Gambar ehsan Wikipedia.

Makhluk ini akan mendiami dibawah lapisan kulit kepala kome. Ia akan mengakibatkan kulit kepala gatal-gatal. Makhluk ini akan bertelur di liang-liang rambut rambut tu. Nak tahu pasal "demodex" nie, klik disini untuk membacanya dengan lebih lanjut lagi.

Melalui pemeriksaan kulit kepala juga, kome dapat mengenal pasti jenis kulit kepala kome sama ada ianya normal atau kulit berminyak. Kulit kepala yang berminyak akan mengakibatkan liang-liang rambut tersumbat dan menyebabkan anak-anak rambut tidak dapat tubuh dengan subur. Lebih teruk lagi liang-liang rambut yang tersumbat ini akan menghalang terus anak-anak rambut untuk tubuh dan mengakibatkan kebotakan. Kome boleh melihat sendiri keadaan kulit kepala kome tu, melalui kamera mikro yang disambungkan kepada monitor. Teman tak boleh nak kongsikan gambar tu sebab confidential dan mereka tidak memberi salinan gambar tersebut kepada pelanggan mereka. Hehehe... nasib baik teman tak ada masalah macam nie.

Sample gambar pemeriksaan kulit kepala macam gambar dibawah nie. Kalau kulit kepala kome tu sihat, ianya akan kelihatan bersih tanpa tempelan minyak.


Gambar ehsan Google.




Kos keseluruhan rawatannya agak mahal juga. Tetapi jika tidak membuat rawatan awal, kome berisiko besar kehilangan rambut kome tu. Bayaran ansuran 0% turut disediakan bagi penguna kad kredit. Jadi kome bolehlah membuat bayaran ansuran dengan mudah. Apa pun pastikan kome tiada masalah untuk membuat bayaran ansuran tu. Kalau tak, nanti hutang kome bertambah pulak.


Tiada keraguan lagi. 101haircare memang telah memiliki sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM. Mereka mempamerkan sijil halal di ruang pendaftaran sebagai rujukan kepada pelanggan beragama Islam. Lagi pun bahan yang digunakan adalah berunsurkan herba dan tidak mengandungi bahan dari unsur haiwan.

Consultant 101haircare terdiri dari lelaki dan perempuan. Jadi kome boleh pilih consultant yang bersesuaian. Berdasarkan pengamatan teman, rawatan rambut di 101haircare nie berkesan. Mampu mengatasi masalah keguguran rambut dan berkesan dalam mengatasi masalah kebotakkan.

Setelah beberapa kali menjalani rawatan, anak-anak rambut akan mula kelihatan tumbuh. Setiap liang rambut akan mempunyai sehingga 3 helai rambut untuk setiap liang rambut. Mengikut nasihat consultant 101haircare kita tidak digalakkan untuk mencabut rambut, uban atau sebagainya. Ini disebabkan kemungkinan yang amat besar rambut tersebut putus di pangkal liang rambut dan berpotensi untuk menghalang kemunculan anak-anak rambut yang baru.

So, kalau ada masalah macam nie. Jangan lah tunggu lama-lama. Nanti terlewat sapa yang susah. Betul tak.

Sunday, March 30, 2014

Kuliah : Ganjaran untuk ISTERI yang solehah

Berusahalah untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Sesungguhnya ganjaran syurga menanti mu di akhirat nanti.

Ganjaran untuk isteri

Saturday, March 29, 2014

Kuliah : Ucapkanlah

Ucapkanlah : "Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah"



Friday, March 28, 2014

Jom bersama PADAMKAN LAMPU

Earth Hour 2014 muncul kembali. Jom bersama kita beri sokongan dengan hanya memadamkan lampu dari pukul 8.30 hingga 9.30 malam esok (29 March 2014)


Jangan lupa ye. Bersama kita duduk dalam gelap selama sejam jer... :d

Thursday, March 27, 2014

Petua : Untuk menghalau lalat

Kome ada masalah dengan lalat tak? Macam mana nak menghalau lalat nie? Dulu teman pernah singgah di satu kedai makan di sekitar Segari, Perak. Saja singgah lah. Perghh... tengok-tengok banyak betul lalat. Kat merata-rata penuh lalat. Sampaikan orang yang makan kat situ semuanya di hurung lalat. Di jendela pun penuh lalat. Bak kata, di sana-sini penuh lalat berterbangan. Bila teman tengok lalat, semuanya sihat-sihat belaka. Maklumlah, lalat tu besor-besor belaka. Terus tak jadi singgah makan.

Gambar ehsan Google.

Ok, dalam entry nie teman akan kongsikan beberapa petua sebagai pilihan untuk menghalau lalat nie. Kome pilih lah yang mana bersesuaian dan mudah untuk mendapatkan bahan petua nie.



Gambar ehsan blogger Engineer Muslimah.

Pilihan 1: Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. Lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.


Gambar ehsan blogger OldTrafford.

Pilihan 2: Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.


Gambar ehsan blogger Pyejal.

Pilihan 3: Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda.

Gambar ehsan Google.

Pilihan 4: Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet, dapur memasak atau tempat lain yang anda rasa perlu. Lalat pasti akan berkurangan.

Gambar ehsan Google.

Pilihan 5: Ambil 2 batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. Lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.



Petua : Menghilangkan bau kapur pada mee

Sapa suka makan mee? Sila angkat tangan? Pernah tak kome makan me yang ada bau kapur? Bila ada bau macam nie, mesti hilang selera nak makan. Betul tak? Ok, jangan risau. Teman akan kongsikan petua macam mana nak hilangkan bau kapur nie.



Gambar ehsan Google

Kome hanya perlukan sedikit gula. Mula-mula mee itu di rendam dengan air. Kemudian masukkan sedikit gula. Anggaran gula dalam satu sudu untuk satu paket mee. Biarkan seketika, kemudian buang air dan tos. Lepas tu, bolehlah kome masak ikut kehendak masing-masing. Senangkan!

Selamat mencuba!

Sunday, March 23, 2014

Kuliah : Persoalan wanita dan aurat di dalam dunia cyber

Dalam beberapa entry, teman ada berkongsi berkenaan wanita dan aurat. Kome boleh klik disini untuk membaca berkenaan aurat wanita. Klik disini juga untuk membaca persoalan rambut sebagai anggota aurat wanita. Kalau berminat untuk menonton video berkenaan wanita liberal mengajukan persoalan mengenai aurat dan wanita, klik disini.


Sesungguhnya, wanita yang beriman amat disayangi dan mereka mempunyai tempat mereka sendiri di sisi Allah s.w.t

Selamat beramal dan renung-renungkan.

Saturday, March 22, 2014

Kuliah : Zikir penenang hati

Sekadar perkongsian. Semoga ianya memberi ketenangan dan menghindari perasaan gemuruh dalam diri.


Friday, March 21, 2014

Dara Vs Janda

Entry ke laut di hari Jumaat. Actually, entry nie ditujukan kepada lelaki. Persoalan "Jodoh". Dara vs Janda yang mana menjadi pilihan kome. "Kenapa Lelaki Suka Janda". Ini soal hati. Boleh ke buat pilihan macam nie? Entah lah, teman no komen sangat bab nie. Apa yang teman pasti, teman sudah ada pilihan. Dan pilihan teman tu akan teman genggam sampai akhir hayat.


Basically, issue nie tak timbul pun soal dara atau janda. Soal cinta nie memang pelik sikit. Cinta kepada wanita adalah sesuatu yang sangat unik. Ianya suatu anugerah. Anyway, info nie telah dikongsikan ke FB teman. So, teman memanjangkan perkongsian ini untuk tatapan bersama. Mungkin antara info yang dikongsikan disini dapat memberi tips kepada kome dalam mewarnai dan mensensasikan hubungan suami isteri dan menceriakan kehidupan rumahtangga.


Ok, jangan lupa berikan senyuman kepada pasangan kome tu setiap hari. :)

Teman nak pi goda isteri teman laaaa... hehehehehehehehehe.... :d

Thursday, March 20, 2014

Petua : Untuk melicinkan perut yang berkedut

Perut berkedut. Nie first time teman terbaca petua nie. Ada ke orang perut berkedut? Mmm, mungkin untuk wanita yang baru melahirkan anak. Entah lah, teman tak arif pasal perut berkedut nie. Kat perut teman nie cuma ada six pax jer. Tak nampak pulak kedutnya tu :)


Anyway, teman nak kongsikan petua nie untuk faedah bersama. Mula-mula kome kena sediakan bahan-bahan yang diperlukan di bawah nie;
  • Ambil 1 sudu/sendok kecil air perahan limau nipis.
  • Kira-kira 20 titik minyak kayu putih.
  • 1 sudu/senduk kecil air kapur sirih.
Campurkan semua bahan tersebut dan sapukan pada bahagian perut. Amalkan selama 2 minggu berturut-turut, setiap pagi dan petang selepas mandi. Teruskan sehingga kome benar-benar puas hati dengan hasilnya.

Ok, Selamat mencuba ye. Nanti kalau kome dah mencubanya kongsikanlah pengalaman kome tu di ruangan komen. Boleh jugak visitor lain buat rujukan.

Petua : Mengelak sotong kecut apabila dimasak

Kome suka makan sotong tak? Sotong nie boleh dimasak bermacam cara. Di buat sotong goreng tepung boleh. Buat sambal sotong pun boleh, nak dimasak berkuah pun boleh. Tapi pernah tak kome buat sotong goreng? Ada tak sotong yang digoreng tu mengecut? Haa, hari nie teman nak kongsikan satu petua untuk mengelakkan sotong yang di goreng tu kecut.


Gambar ehsan blogger Que Tasya's Story


Mudah je caranya, bukannya susah pun. Kome hanya perlukan cuka masakkan. Caranya, tuangkan cuka pada sotong tersebut. 

Gambar ehsan Google.

Gaul sehingga rata dan kemudian biarkan seketika. Selepas itu, toskan airnya dan masak lah mengikut resepi kegemaran kome tu.

Selamat mencuba!

Psst, teman suka sotong goreng tepung :d

Wednesday, March 19, 2014

Japanese Village, Bukit Tinggi, Pahang

Tempat-tempat menarik di Pahang. Japanese Village, Bukit Tinggi telah di bangunkan oleh Berjaya Group. Japanese Village ini terletak bersebelahan dengan Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Klik disini untuk membaca entry berkenaan Colmar Tropicale. Bagi kome yang suka berpossing bolehlah mencuba pakaian Jepun kat sini, dan boleh bergambar di persekitaran berkonsepkan taman Jepun. Silap hari bulan, orang yang tak tahu boleh kata kome pergi berjalan kat Jepun.

Kalau berniat hendak kesini, pastikan stamina kome kuat. Sebab, tempat nie berada di atas bukit. Kena memanjat tangga dulu, atau berjalan naik ke atas melalui laluan kereta tu untuk sampai di atas. Parking diatas adalah sangat terhad. Adalah lebih baik kome parking dibawah saja.


So, apa yang menarik disini. Teman kongsikan sedikit gambar yang sempat teman ambil. Disini ada Japanese Tea house. Tapi teman tak masuk pun kat dalam. Cuma bergambar di luar saja. Bukan apa, Aisar nie suka berjalan. Kalau masuk juga ke dalam nie, confirm Aisar ajak keluar :).

Nama jer berada di 3,500 kaki dari aras laut. Tapi tak dek la rasa sejuk pun. Tak tahu lah, mungkin disebabkan perubahan cuaca kot.


Di Japanese Village nie, kome boleh melawat rumah tradisional Jepun. Cantik dan comel aje rumah mereka nie.



Sebab dah agak lewat, teman tak sempat nak menjenguk ke souvenir shop tu. Tak tau souvenir apa yang dijual di situ. Selepas nie, teman nak ke Colmar Tropicale pulak.

So, untuk masa yang terhad nie, teman hanya sempat berkunjung ke Japanese Garden dan Botanical Garden saja. Seni hiasan taman di sini berkonsepkan masyarakat Jepun. Sangat menarik.

Antara landmark yang menarik di sini ialah kolam ikan Koi nie. Seronok bila tengok ikan-ikan berenang bebas di kolam tu.



Air dialirkan melalui buluh. Memang menarik. Teman tahu apa namanya batuan bulat tu. Macam kolam kecil jer. Tapi menarik. Teman agak nie antara seni kraf orang Jepun.


Ok lah. Ini saja yang dapat teman kongsikan buat masa ini. Ada masa nanti, teman berkunjung lagi disini. Tak sempat lagi nak berkunjung ke Rabbit Park and Horse Trail tu.

Thursday, March 13, 2014

Petua : Mudah untuk membersihkan kerang

Kome suka makan kerang tak? Hari tu, teman ada kongsikan satu petua untuk mudah kopek kulit kerang. Nak tahu macam mana. Klik disini untuk membaca entry tu.


Hari nie teman nak kongsikan satu petua macam mana senang membersihkan kerang tu. Biasanya, sebelum kerang tu di rebus, kulitnya akan diberus dan dibersihkan satu per satu kan. Tak begitu.


Gambar ehsan Google.

Ok. Kalau guna petua nie untuk membersihkan kerang tu senang jer.


Gambar ehsan Google.

Mula-mula, kerang tu dibilas dengan air bersih. Lepas tu, rendamkan kerang itu didalam air bersih. Kemudian, masukkan beberapa biji cili padi yang telah dibuangkan tangkainya. Biarkan seketika. Selepas beberapa ketika, bilas kerang tersebut dengan air bersih.

Mudahkan! Selamat mencuba.

Dulu dan sekarang

Tikar terbang. Zam zam ala ka zam.... bushhh... ingatkan cerita Aladin dan cerita Laksamana DoReMi jer yang ada tikar terbang. Rupanya, di zaman teknologi serba canggih nie ada lagi rupanya yang dok terbang dengan tikar terbang. Yang bestnya tu, siap landing di KLIA tu... :d






Tuesday, March 11, 2014

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Tempat menarik di Pahang. Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang merupakan sebuah bangunan atau pun sebuah bandar kecil yang diadaptasikan dari sebuah bandar di Perancis. Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bandar Colmar di France. Colmar Tropicale ini di bangunkan oleh Berjaya Group. Ini pun kunjungan pertama teman kesini. Teman singgah kesini pun semasa on the way balik dari urusan pertunangan sepupu teman di   Pantai Sepat, Kuantan.

Semasa menyusur keluar dari lebuhraya Karak, jalan ke Bukit Tinggi agak sunyi juga. Amat jarang sekali berselisih dengan kenderaan lain. Kami tiba di Bukit Tinggi dalam pukul 2.30 petang dan bermulalah kunjungan teman bersama keluarga disini.

Untuk berkunjung kesini, bayaran masuk dikenakan di pintu masuk utama sebanyak MYR12.00 untuk dewasa dan MYR8.00 untuk kanak-kanak. Bayaran masuk ini adalah untuk Colmar Tropicale itu sendiri, Japanese Garden dan juga Botanical Garden. Bagaimana pun jika menginap di Colmar Tropicale atau di Le-Chevalier, bayaran masuk ini boleh di tuntut semula sewaktu mendaftar keluar.

Apa yang menarik di Bukit Tinggi nie? Sebenarnya, tak ada apa-apa pun selain menikmati panorama kehijauan, bangunan bercirikan seni bina Eropah berserta landskap yang menarik.


Bangunan berbentuk istana lama ini dikenali sebagai Le-Chevalier merupakan sebuah hotel mewah. Jika kome ada duit lebih, bolehlah menginap disini. Nak tau ratenya, sila klik disini. Cantikkan! 

Tapi itulah, bangunannya cantik tapi bendera Malaysia yang koyak rayak mereka terlepas pandang. Kebetulan pulak, waktu itu negara kita baru saja menyambut kemerdekaan yang ke 56. Klik disini untuk membacanya.




Untuk pengetahuan, pengunjung yang tidak menginap di Colmar Tropicale tidak dibenarkan membawa kereta ke dalam. Ruang parking khas, telah disediakan dihadapan dan pengunjung ada pilihan samada berjalan kaki ke dalam atau mengunakan perkhidmatan buggy.





Selepas menempuh Le-Chevalier, barulah sampai ke Colmar Tropicale nie.




Sebenarnya jalan masuk ke pintu kota kecil ini ialah sebuah jambatan. Dibawahnya terdapat kolam kecil menempatkan beberapa ekor angsa jenis swan berenang-renang bermain air. Nampak jinak je kan...





Berhampiran dengan pintu masuk utama, ada jam nie, Tour De L'Horloge Clock Tower. Ramai pengunjung dok possing amik gambar kat sini, so kena tunggu turn la...



Di kiri dan kanan pintu masuk berhampiran dengan jambatan tu ada replika kuda. Melihat pada susuk tubuh kuda tu, teman agak nie replika kuda lumba kot...






Bertentangan dengan Tour De L'Horloge Clock Tower tu ada Berjaya Hill Bukit Tinggi site map. Boleh plan nak start lawatan kat mana dulu. Rabit Park terletak diluar Berjaya Hill nie... So, boleh lah plan masa hendak balik... Kalau menginap di Colmar nie, masa masuk di pintu utama tak perlu bayar entry charge tu. Cukup sekadar menunjukkan bukti yang kome menginap disitu.



Sebenarnya, teman mulakan lawatan di Japanese Village dulu kemudian baru menjelajah Tropicale nie. Kenapa ye... haaa sebabnya, Japanese Village tu di bahagian atas sedikit. So, drive lah ke sana... Parking tak ada masalah sangat... Boleh parking di bawah atau drive atas, tetapi parking terhad... Nak baca entry berkenaan Japanese Village, klik kat sini ye...

Ok, sambung balik pasal Colmar Tropicale nie...



Kalau suka naik basikal boleh lah sewa basikal nie... boleh berkayuh berdua pusing-pusing Bukit Tinggi nie. Teman check pulak kadar sewanya. Next time kalau ke sini lagi teman kongsikan.

OK, teman kongsikan gambar-gambar di Colmar Tropicale nie. Satu-satunya fountains yang terdapat disini. Boleh juga duduk berehat di tepi fountains ini.




Ini pula adalah Wishing Wele. Mereka yang berhajat boleh menyampaikan niat dan hajat mereka di perigi nie. Nie perkara khurafat kan, boleh pulak berhajat dan berdoa di perigi... Bila dah berniat tu, kena masukkan duit siling kat dalam tu.




Disini juga ada pertunjukkan tarian kebudayaan antarabangsa yang dipersembahkan pada waktu-waktu tertentu. Kalau berminat boleh tonton tengok macam mana mereka menari. Penari-penari nie didatangkan khas dari luar. Jom layan tengok macam mana mereka nie menari.



Jom kita jelajah Colmar nie. Apa lagi yang ada disini yer...



Gambar nie di ambil dari tower. Kome boleh tengok seluruh Colmar dari atas nie.


Dari atas tower, kome boleh tengok Colmar hotel :)




Sebelum balik, ambil gambar lagi.




Masa nak balik nie, kereta dah tak banyak masuk ke dalam. Lagi pun, waktu lawatan dah hampir tamat. So, teman drive masuk ke dalam untuk ambil family yang menunggu di bas stop tu.

Maaf la, gambar yang last nie tak susah pulak nak di rotatekan :d

Tamatlah sudah lawatan ke Colmar Bukit Tinggi nie. Cuma first time visit nie, teman tak sempat nak bawa Aisar main dengan rabbit di Rabbit Park and Horse Trail tuh... Insyaallah di lain waktu yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...