Thursday, January 2, 2014

Petua : Untuk menyimpan ikan supaya tahan lama

Macam mana nak simpan ikan supaya tahan lama? Untuk segmen petua pertama 2014, teman akan kongsikan satu tips untuk menyimpan ikan supaya tahan lama. Ikan yang disimpan lama akan hilang kesegaranya. Bahan yang diperlukan untuk mempraktikkan tips ini amat mudah diperolehi iaitu hanya perlukan surat khabar dan plastik bag yang bersesuaian.


Gambar ehsan blogger ikanlaut

Untuk menyimpan bekalan ikan, ikan tersebut perlulah disiangkan terlebih dahulu kemudian dibersihkan. Kemudian biarkan ikan itu kering dengan mengelapkan dengan mengunakan kertas tisu. Masukkan ikan tersebut kedalam bag plastik dan kemudian balut dengan surat khabar lama. Masukkan ikan tersebut kedalam peti sejuk dibahagian sejuk beku.

Senangkan! Ok, selamat menguna petua ini.

7 comments :

  1. petua yg menarik sbb lieya jenis beli stok barang basah tuk seminggu...so boleh laa guna care nieh...fresh sikit kan ....

    alamak tgk pic ikan merah ni, terbayang2 plak ikan merah masak sup heheehheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu lagi petua yang teman praktikkan... nanti teman share dalam next entry petua... teman pun selalu load stok ikan banyak-banyak... paling lama 3-4 bulan sekali...

      Delete
  2. bagus petua ni, biasanya buh lam plastik je..

    ReplyDelete
  3. selalu saya buat siang & kunyitkan siap2.. btw, tips ni pon baguih jugak. tikiu.. (:

    ReplyDelete
  4. Boleh cuba nanti. tapi takut juga surat khabar lekat kat isi ikan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan tu dimasukkan terlebih dahulu kedalam bag plastik... kemudian baru dibalut dengan surat khabar lama... jadi, tiada masalah surat khabar tu melekat pada isi ikan...

      Delete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...