Tuesday, January 28, 2014

Drive sambil main dengan anak.

Sayang anak ke kalau buat macam nie? Entah apa-apa ye tajuk entry hari nie. Bukan apa, petang semalam semasa on the way balik dari office, jalan jem, sesak sana sini. Maklumlah banyak sangat projek pembangunan di buat. Tag linenya "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Betullahkan? Pembangunan yang di bina untuk kesenangan bersama di masa hadapan.

Di sebabkan jem sana-sini, sampaikan nak masuk dan keluar dari plaza tol NKVE Subang pun tersumbat. Teman tersasar perjalanan balik melalui Subang Airport. Sama je keadaannya, tapi laju la sket. Ada tempat-tempat tertentu je yang jemnya.

Masa dok jem tu, tetiba ada satu kereta MyVi nie dok menyodol kereta teman dari sebelah kiri. Kereta teman nie memang dah berada di lorong paling kiri sekali. Mamat MyVi nie buat lorong sendiri di sebelah kiri lagi dan menghimpit kereta teman yang memang dah berada di lorong paling kiri. Teman toleh kiri nak tengok sapa yang drive macam tu. Tetiba nampak driver tu memandu sambil main anak dengan dia di duduk pemandu. Pergghhh.... tak sayang nyawa anak betul... Disebabkan itu, teman buat entry di hari Jumaat yang mulia ini... supaya orang lain tak buat macam nie.... Tak percaya, cuba tengok gambar kat bawah nie...


Nampak tak kepala anak dia di tempat pemandu... Kalau eksiden, confirm anak dia jadi air bag bapak dia... Since dia asyik dok menghimpit, teman bagi la dia jalan dulu. Lepas terus amik gambar keretanya bersama nombor plat. Bukan apa, teman sekadar mengingatkan sahaja. Kalau jadi apa-apa, kesian sangat lah kat anak tu.


Kalau driver tu baca entry nie, harap next time jangan lah buat macam nie lagi yer. Teman nie sekadar mengingatkan sahaja.

5 comments :

  1. harap oran tu baca entry ni,
    silap haribulan naya kat anak tu

    ReplyDelete
  2. Ermm... nak kerja senang.. sanggup abaikan nyawa anak2...
    Kalau dah berlaku sebarang yg x diingini... sesal keluar air mata darah pun x berguna dah...

    ReplyDelete
  3. Malang tidak berbau....sebaiknya elakkan lagi melakukan perkara yg sama...better anak menangis letak tepi....sebab dia x sakit..cuma xpuas hati apa yg dia nak xdapat...dari dia sakit jika berlaku kemalangan..

    ReplyDelete
  4. hopefully ia bagi pengajaran pada kita semua..kadang2 memang nampak sweet buat camtu tapi sebenarnya ia amat merbahaya untuk anak, diri sendiri dan orang lain...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

Ada robot tak??? Sudi-sudikanlah tinggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...