Thursday, October 31, 2013

Penting ke access INTERNET?

Zaman sekarang nie INTERNET macam satu perkara yang wajib, benda yang mesti ada pada semua orang. Kalau tak ada internet, mungkin boleh dikatakan hidup jadi tak macam tak sempurna. Betul ke statement nie? Ye la, kan sekarang nie zaman IT... Kalau boleh kebanyakkan ibu bapa nak anak mereka didedahkan dengan teknologi IT nie sejak anak mereka dilahirkan. Cuba perhatikan, sekarang nie anak-anak kecil berumur dalam setahun pun dah tahu apa tu itu IPad atau pun Galaxy Tab. Kecik lagi kanak-kanak ini dah tahu macam mana nak kendalikan gadget nie. Cuba kome bagi gadget nie pada orang tua kome, confirm mereka simpan je benda nie.


Bila dah ada gadget canggih macam nie, mesti nak ada access ke internet. Sama ada guna 3G, WIFI atau pun guna kabel. Kalau guna 3G, banyak pilihan yang ada. Cuma access ke 3G nie tak berapa stabil dan terhad pengunaannya. So, untuk penguna tegar, mereka guna kabel access. Antara pembekal perkhidmatan ialah TM, Maxis dan TIME. Antara ketiga-tiga pembekal perkhidmatan ini, TM mempunyai rangkaian yang terluas yang membekalkan perkhidmatan broadband ke serata ceruk negara kita nie.


Biasalah, kadang-kadang perkhidmatan internet ini ada masanya OK, superb. Ada kalanya hampeh, mengalahkan siput. So, access ke internet terganggu ramai yang meroyan, marah, tak puas hati dan sebagainya. Ini realiti. Tapi, sebagai penguna biasa mereka tak tahu macam mana ISP nie berusaha gigih untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat mereka.

Itu yang ada penguna sanggup memaki hamun dan mengeluar kata-kata kesat kepada pekerja syarikat telekomunikasi yang mereka tidak puas hati. Memang, kadang-kala terdapat terdapat kelemahan yang perlu di pertingkatkan oleh pihak berkenaa.

Untuk pengetahuan pembekal rangkaian internet terbahagi kepada 3 peringkat atau Tier. Di dunia, TM adalah satu-satunya ISP Malaysia yang berada di taraf Tier-2. TM juga merupakan satu-satunya Tier-1 ISP di Malaysia yang membekalkan perkhidmatan internet. Lain-lain Telco adalah di Tier-2 dan Tier-3 ISP di Malaysia.

Kebanyakkan ganguan capaian ke Internet adalah sama ada berpunca pada alat penguna itu sendiri atau pun masalah dari sistem telekomunikasi pihak penyedia rangkaian. Selebihnya adalah berpunca dari capaian antara bangsa yang melibatkan rangkian berkelajuan tinggi yang mengunakan rangkaian kabel dasar laut.

Petua : Mengelak rambut selalu gugur

Ada masalah rambut gugur. Adalah normal jika rambut gugur dalam anggaran 10 helai sehari. Masalahnya jika rambut kome gugur lebih banyak. Ini tentu merisaukan. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari mereka yang lebih pakar. Apa pun teman nak kongsikan petua ini sebagai satu alternative untuk kome yang mengalami masalah ini.

Gambar ehsan Google.

Untuk petua ini, kome perlu dapat bahan dibawah;

  • Daun lidah buaya - diambil lendirnya
  • Pokok tutup bumi - diambil lendirnya
  • Minyak zaitun


Pokok tutup bumi ini agak sukar sedikit untuk mendapatkannya. Kalau di kampung-kampung mungkin mudah diperolehi. Inilah rupa pokok tutup bumi.

Gambar ehsan Wikipidea.

Kedua-dua bahan yang dikumpulkan dari daun lidah buaya dan pokok tutup bumi itu kemudiannya di campurkan dengan sedikit minyak zaitun. Bahan ini kemudiannya hendakklah di sapukan pada keseluruhan rambut selepas mandi (malam) dan rambut itu hendaklah dibungkus dengan tuala selama 30 minit. Biarkan ianya kering dengan sendirinya. Keesokkannya setelah bangun dari tidur barulah rambut itu dicuci bersih.

Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga akan lambat beruban.


Petua : Membanyakkan susu ibu

Teman nak kongsikan satu petua khas untuk para ibu yang menyusu badan anak atau pun breast feeding. Pernah suatu ketika dahulu teman melihat seorang ibu gagal menyusukan anaknya disebab masalah kurang susu badan selepas bersalin. Teman lihat ibu itu sangat sedih. Sebagai sokongan untuk para ibu, teman kongsikan satu petua macam mana nak membanyakkan susu badan.


Bahan yang diperlukan sangat mudah diperolehi, terutama di kampung. Kome hanya perlu dapatkan beberapa daun betik yang sederhana muda. Yang sedang-sedang gituu...

Gambar ehsan Google.

Daun betik ini hendaklah direbus untuk dapatkan air rebusannya. Amalkan meminum air rebusan daun betik ini 2 atau 3 kali sehari.

Selain itu, kome juga boleh makan jantung pisang yang telah direbus sebagai ulaman untuk merangsang penghasilan susu badan kome tu.

Kita hanya mampu berusaha. Selamat mencuba!

Klik disini untuk membaca darah tinggi mengunakan daun betik dan baca disini untuk merawat masalah ketuat atau bintil.

Saturday, October 26, 2013

Kuliah : Rahsia isteri yang suami perlu tahu

Friday, October 25, 2013

Pantai Bukit Keluang

Tempat menarik di Terengganu. Nie first time teman ke pantai Bukit Keluang. Dengar cerita di pantai nie ada banyak gua. Batu karangnya pun cantik. Mesti kome tertanya-tanya. Kenapa nama tempat nie ada pantai dan ada pulak bukit. Itulah keunikan tempat ini. Di sini memang ada pantai dan memang ada bukit.


Bertentangan dengan pantai Bukit Kelebang terletak Pulau Ru. Nun kejauhan pula kelihatan Pulau Perhentian. Kalau nak ke Pulau Perhentian, jarak perjalanannya dalam 30-45 minit bergantung kepada keadaan laut dengan menaiki bot laju.



Bukitnya memang mengunjur sehingga ke tepi pantai. Malah di bukit ini juga terdapat gua di mana pintu gua tersebut mengadap laut. Memang best kalau dapat berkhemah di dalam gua nie. Cuma berani atau tidak saje kalau nak berkhemah dan bermalam disini.

Mengikut catatan blog dari penduduk setempat. Tempat ini banyak misterinya. Kalau berminat membaca kisahnya, klik la disini. Rupanya disini terdapat 17 buah gua. Tapi yang teman dapat tengok, hanya satu je la. Gua yang mengadap laut nie. Teman tak sempat nak masuk ke dalam gua nie. Dengar cerita dari blogger azmipasak, tempat nie zaman dahulu kala adalah tempat petapa duduk bertapa menuntut ilmu. Macam-macam ilmu daa...



Inilah guanya. Aisar merengkek tak nak masuk ke dalam.  So, teman hanya meninjau dari luar saja la. Lagi pun, ramai sangat couple yang duduk berdua-dua kat dalam tu, dok berdating. Tak sesuai la kalau bawa anak kecil. Mengikut tinjauan teman,  pengunjung yang datang dan masuk ke dalam gua nie, tak ada kesedaran sivik langsung. Dah la dok buat perkara tak bermoral disini, lepas tu buang pulak sampah merata-rata. Langsung tak tahu menghargai keindahan alam ciptaan yang maha Esa.

Batu-batu karang disini juga cantik. Lain sket dari yang biasa teman tengok di tempat lain.



Kalau ada plan nak bercuti-cuti Malaysia kesini bagus jugak. Penginapan mudah. Resort ada, homestay pun ada. Yang paling hampir ialah Bukit Keluang Beach Resort. Untuk homestay pula, boleh cuba MS MAMA HOMEstay. Kalau nak pilihan homestay lain, kena la rajin Google.

Thursday, October 24, 2013

Petua : Untuk menurunkan darah tinggi

Penyakit darah tinggi ini dah sinonim dengan masyarakat Malaysia / Mungkin disebabkan gaya hidup dan amalan pemakanan yang tidak seimbang. Rata-rata masyarakat Malaysia mempunyai penyakit darah tinggi. Selain mengambil ubat di hospital bagi mengawal dan meredakan penyakit darah tinggi ini, terdapat juga beberapa amalan tradisional yang boleh dijadikan rawatan alternative bagi merawat penyakit ini.



Antara kaedah yang digunakan adalah dengan menggunakan pucuk betik yang mudah didapati. Amalkan meminum air pucuk betik yang telah direbus kerana ia mampu menurunkan darah tinggi. Air pucuk betik rasanya mungkin lebih pahit sedikit daripada peria. Air pucuk betik boleh menstabilkan tekanan darah di dalam badan kita.

Air rebusan pucuk betik

Pucuk betik rebus

Gambar ehsan Google.

Amaran: Wanita yang hamil tidak digalakkan meminum air ini.

Selalunya pucuk betik akan diambil daripada pokok betik yang tidak mudah berbuah.

Cara Penyediaannya:

  • Bersih pucuk betik/daun
  • Keratkan sepanjang 1sm
  • Masukkan 1.5 liter air ke dalam kuali bersama pucuk dan rebuskan selama 30 minit.
  • Selepas itu air boleh diasingkan daripada pucuk betik dan sedia untuk di minum dalam keadaan panas atau suam.
  • Pucuk betik yang telah diasingkan itu anda rebus sekali lagi dengan air limau kasturi (air limau + kulit limau) selama 5 minit untuk menghilangkan rasa pahitnya. Selepas itu buangkan airnya. Pucuk betik itu bolehlah digoreng dengan ikan bilis untuk dijadikan sayur.

Petua : Penjagaan tudung

Menutupi rambut atau berhijab adalah kewajipan keatas semua wanita Islam. Di sanping menutup aurat, wanita yang bertudung lebih menyerlah keayuan dan kecantikkan mereka. Sekarang nie, banyak betul fesyen bertudung nie. Macam-macam fesyen ada. Itu yang membuat kaum wanita berbelanja sakan untuk mendapatkan tudung idaman mereka. Teman pernah jumpa harga satu tudung berharga sehingga lebih dari RM500. Nie baru kira yang biasa-biasa. Ada lagi yang lebih mahal dari ini.

So, bila dah banyak tudung dalam almari pakaian tu. Timbul pula masalah macam mana menjaga nak menyimpannya. Ok, nie yang teman nak kongsikan disini.



  • Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup sekadar dicelup dan angkat beberapa kali.
  • Cucian kering berfungsi mematikan pigmen warna pada sutera. Walaupun ia tidak luntur sekiranya dibasuh sendiri, sebagai langkah penjagaan elok dilakukan cucian kering.
  • Untuk cucian kali kedua dan seterusnya, gunakan bahan pencuci bersifat lembut.
  • Jangan berus atau tenyeh tudung berkenaan. Memadai jika anda mengepal lembut dan celup dua tiga kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
  • Tudung boleh dijemur di kawasan teduh.
  • Tidak perlu digosok.
  • Cara melipat tudung juga perlu betul. Jangan sekali-kali melipat bahagian sengkuap kerana jika sengkuap terlipat, ia tidak akan menjadi sempurna bila dipakai.
  • Sebaik-baiknya, cara menyimpan tudung yang mempunyai sengkuap ialah melipat dari bahagian bawah tudung. Gulung secara longgar dan masukkan ke dalam sengkuap.

Wednesday, October 23, 2013

Surcaj TNB kepada pengguna domestik

Mungkin ramai pengguna tidak menyedarinya. Tetapi cuba periksa bil elektrik bulan May lepas. Ada tak sesuatu item yang pelik. Teman dah observe perkara nie selama dua bulan. Lama jugak la entry nie terperam dalam draft. Bukan apa, banyak perkara teman kena buat research.

Ya, dalam detail bil TNB bulan May yang lepas penguna telah dikenakan surcaj. Teman tidak pasti, apakah kewajaran pihak TNB mengenakan surcaj kepada pelanggannya. Hanya dalam bulan May 2013 saja. Bulan berikutnya tiada pula surcajnya.



Seksyen 26 (A) Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2000 yang masih di peringkat perbahasan menetapkan pemegang lesen boleh menggunakan surcaj ke atas pengguna yang tidak membayar bil elektrik dalam tempoh yang ditetapkan. Maksudnya, tak boleh lewat la. Bukannya tak bayar bil berbulan-bulan, cuma terlewat kredit kedalam akaun saja. itu pun nak kenakan surcaj. Dah la sekarang nie, banyak sangat caj dan cukai di kenakan pada penguna. Terlewat sikit pun nak kena caj jugak ker... Memang tak patut.



Mungkin disebabkan perkara ini telah diketengahkan oleh ahli Parlimen di Dewan Rakyat. Selepas bulan May, surcaj tidak dikenakan lagi keatas penguna. Buat masa inilah. Kalau nak baca artikel penuh sila klik disini.


Mengikut artikel dari TNB, surcharge dikuatkuasakan kepada pelanggan kategori komersil, perindustrian, perlombongan, dan pertanian yang mengambil bekalan elektrik voltan rendah tiga fasa. Surcaj ini tidak melibatkan pelanggan kategori domestik. Katanya la. Tapi, teman nie bukan ke penguna domestik? Kenapa kenakan surcaj juga? Klik disini jika hendak membaca artikel tersebut.

Nie dah berbulan teman dok observe, nampak gayanya pihak TNB tak akan pulangkan balik charge yang tak sepatutnya dikenakan pada penguna.  Untung la TNB, walau pun charge pada setiap pengguna jumlahnya tak lah banyak sangat. Tapi kalau dah berjuta penguna yang di chargenya, mau berjuta juga duit extra yang TNB dapat. Senang-senang jer buat duit.

Dengar cerita, selepas nie rate charge elektrik pulak akan naik. Mungkin selepas pembentangan belanjawan nie. Apa pun, sama-sama la kita tunggu yer. Pihak kerajaan, mesti nasihatkan kita ubah cara hidup dan berjimat. Kerajaan pulak dok enjoy sakan, sampai buat konsert K-PoP tu pun nak nak guna duit rakyat.

Mungkin selepas nie, yang patut di tukar ialah kerajaan itu sendiri.... mmm, renung-renungkan dan fikir-fikirkan lah.

Sunday, October 20, 2013

Kuliah : Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t

Saturday, October 19, 2013

Kuliah : Doa Iftitah

Thursday, October 17, 2013

Petua : Menghilangkan kesan parut jerawat

Dalam entry yang lepas, teman ada kongsikan petua untuk penjagaan wajah dan menghilangkan kesan parut di wajah. Klik disini untuk membaca petua tersebut. Hari ini, teman akan kongsikan beberapa petua untuk merawat parut kesan jerawat.


Gambar ehsan Google.

Kome boleh cuba beberapa petua ini.
  • Ambil sedikit madu dan campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak sejuk tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali. 
  • Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat. 
  • Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam. 
  • Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan 1/2 jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam. 
  • Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu. 
  • Tumbuk 10 helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 4 kali seminggu.
Selamat mencuba!

Monday, October 14, 2013

Drive thru

Konsep perniagaan Drive Thru nie bermula di Amerika sekitar tahun 1930an lagi. Waktu itu, organisasi yang memperkenalkan konsep nie adalah Grand National Bank yang beroperasi di St. Louis, Missouri. Ketika ini mereka menjalankan operasi pengeluaran dan mendeposit wang di tingkap secara pandu lalu atau drive thru. Konsep ini kemudiannya diguna pakai oleh Mc Donald pada tahun 1975.

Sumber Wikipedia


Konsep ini kemudiannya diadaptasi oleh usahawan di Malaysia dengan tidak mengambil kira program-program franchise oleh Mc Donald, KFC dan sebagainya. Di Malaysia, konsep drive thru ini mulanya diguna pakai oleh pengusaha mencuci kereta. Kemudiannya diadaptasi oleh pengusaha makanan seperti Cendol Bakar dan gerai menjual air tebu ini. Selepas ini, mungkin ramai lagi usahawan yang akan menguna pakai konsep Drive Thru atau Pandu Lalu dalam strategi pemasaran mereka.

Sunday, October 13, 2013

Kuliah : Semua manusia sama disisi Allah s.w.t

Disisi Allah s.w.t, semua manusia adalah sama kecuali mereka-mereka yang beriman dan yang bermal soleh.


Saturday, October 12, 2013

Kuliah : Tiada tipu sunat

Friday, October 11, 2013

Karipap gergasi, Kuala Selangor

Tempat makan best di Kuala Selangor. Kali ini segmen Jalan-jalan Makan-makan bersiaran di gerai Karipap Gergasi, Kuala Selangor. Lokasi gerai ini di tepi jalan Sungai Buluh - Kuala Selangor (laluan 54). Nak lebih tepat lagi kome boleh gunakan koordinate GPS dibawah nie.

3.301456, 101.292283



Gerai karipap gergasi nie pernah keluar di dalam segment Jalan-jalan Cari Makan di TV3. 





Karipapnya memang sedap. Harganya RM2.50 je... Intinya penuh dan kulit karipapnya sedap, tidak terlalu ranggup dan tidak terlalu rapuh. Just nice. Patutlah ramai orang jika melalui jalan ini singgah untuk mendapatkannya. Karipapnya itu digoreng segar. Pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkannya.




Biasanya kalau teman beli, karipap nie teman potong tiga. Kalau makan sebiji sorang memang tak habis, sebab besar sangat. Apa pun, karipap gergasi nie memang sedap. Terbaik dan mesti cuba jika kome berkunjung ke Kuala Selangor. Gerai ini dibuat setiap hari.

Klik disini untuk membaca entry berkenaan Mee Udang Banjir, Kuala Selangor. Antara makanan tarikan utama di Kuala Selangor.

Thursday, October 10, 2013

Petua : Rawat luka bersalin supaya cepat sembuh

Melahirkan anak atau bersalin adalah pengalaman yang tidak dapat lupakan oleh wanita bergelar Ibu, Mama atau apa saja panggilan yang diberi. Merekalah yang telah berkorban nyawa untuk melahirkan satu lagi nyawa didunia ini. Hari ini, teman akan kongsikan satu petua untuk para ibu yang baru bersalin. Satu petua untuk merawat luka supaya cepat sembuh.



Petua ini menggunakan daun pegaga. Terdapat pelbagai cara boleh digunakan.
Antaranya adalah;
  • Minum air rebusan daun pegaga setiap hari.
  • Daun pegaga ini dibuat ulam, di makan bersama garam dan lada hitam yang telah dikisar atau ditumbuk halus.
Selamat mencuba! Kalau pernah amalkan petua ini atau pernah amal petua lain, boleh lah kongsikan disini untuk menfaat bersama.

Petua : Mengatasi alahan semasa mengandung

Mengandung dan melahirkan anak adalah satu pengalaman yang akan dilalui oleh setiap wanita yang bergelar isteri. Mungkin ada diantara mereka yang baru pertama kali melalui pengalaman ini. Teman nak kongsikan disini satu petua untuk mengatasi alahan semasa mengandung.



Ada tiga aspek yang perlu diberi perhatian, iaitu pengambilan makanan, minuman dan juga rutin harian.

  • Makanan
  1. Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 20 minit, kemudian barulah bangun.
  2. Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  3. Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong, walaupun tidak lapar.
  4. Makan apa sahaja yang anda mahu tetapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  5. Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas.
  6. Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sejuk kurang baunya.
  7. Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia. Ia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  8. Elakkan mengambil kafein dan merokok.


  • Minuman
  1. Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  2. Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  3. Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.


  • Rutin Harian
  1. Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita yang mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  2. Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda memperuntukkan masa untuk berehat.
  3. Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  4. Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  5. Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  6. Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  7. Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
Sekadar berkongsi info. Sebaiknya dapatkanlah rujukan kepada mereka yang lebih mahir dan berpengalaman.

Tuesday, October 8, 2013

BUR1T yang serius melampau

Program bantuan kerajaan yang serius melampau. Ada member Whatsapp gambar nie. Apa pun ianya satu parody untuk memperlekehkan BR1M. Tak ada kerja lain lah tu...




Cukup ke gaji minima RM1500 sebulan

Kerajaan telah pun menetapkan gaji minima kepada sektor swasta. Tetapi adakah kenaikan itu membawa makna kepada pekerja sektor swasta dengan pertambahan harga minyak pada September lepas. Untuk pengetahuan, gaji minima yang ditetapkan adalah di antara RM1000 hingga RM1500. Ok, kita ambil gaji minima sebanyak RM1500. Cukupkah duit gaji RM1500 jika tinggal di bandaraya Kuala Lumpur?


Sunday, October 6, 2013

Kuliah : Sunnah Rasulullah s.a.w dalam berkasih sayang

Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w



Saturday, October 5, 2013

Kuliah : Jangan diputus doa untuk ibu bapa

Selepas solat, janganlah hendaknya diputuskan doa kepada kedua ibubapa kita. Insyaallah, Allah s.w.t lebih mengetahui ganjarannya kepada anak-anak yang sentiasa mendoakan kedua ibubapanya.


Friday, October 4, 2013

Spotted : PAL 8282

Segment Spotted kali ini bersiaran dari Hospital Pakar Ampang Puteri. Kebetulan pada hari itu, teman menziarah anak seorang sahabat yang mengalami demam denggi. Entry hari nie, bukan lah nak bercerita berkenaan anak sahabat teman itu. Tetapi, lebih kepada kereta antik dari model Morris Oxford nie. Kereta ini adalah model tahun 1960an. Masih lagi tegap, utuh dan masih lagi boleh  berjalan di jalan raya. Lupa pulak teman nak snap gambar road taxnya.

Mengikut padangan luaran, tiada modifikasi dan kereta ini masih mengekalkan spesifikasi asal. Kome boleh Google untuk melihat kenderaan model ini. Antaranya kome boleh klik disini dan klik disini untuk melawat portal rasmi Oxford.


Thursday, October 3, 2013

Petua : Memperkasakan kejantanan

Sekarang nie macam-macam produk untuk orang lelaki berada di pasaran. Ubat kuat, tongkat ali la... macam-macam ada. So, hari ini teman nak kingsikan satu petua untuk memperkasakan kejantanan kome tu. Elok bebenor la entry hari nie, kebetulan pulak hari nie hari Khamis. :d


Ok, untuk amalkan petua nie kome perlu dapatkan bahan-bahan yang disenaraikan dibawah nie.



  • 3 biji telur ayam kampung
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih


Ok, apa perlu dibuat dengan bahan-bahan yang disenaraikan diatas. Mudah jer... ikut je arahan dibawah.

Mula-mula pukul kesemua telur ayam kampung hingga rata atau kembang.
Kemudian, bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus dan kemudian diperah untuk mendapatkan air atau jusnya.
Air perahan bawang merah dan bawang putih ini dimasukkan ke dalam telur yang telah dipukul rata. Campuran ini kemudiannya dikacau sehingga sebati.
Setelah sebati, campuran telur ayam kampung bersama perahan bawang merah dan bawang putih ini perlu dikukus sampai setengah masah.
Makanlah telur kukus ini. Amalkan setiap hari selama sebulan.

Kome pasti akan mendapat hasilnya

Selamat mencuba :d



Wednesday, October 2, 2013

Nak beli rumah ke?

Entry hari ini bukan lah untuk mempromosi, tetapi sekadar membantu kawan-kawan yang sedang merancang untuk membeli rumah. Terutama bagi mereka yang berada di sekitar kawasan Puncak Alam, Shah Alam dan Sungai Buluh boleh lah berkunjung ke Saujana Utama Sungai Buluh untuk meninjau projek Glomac Saujana Utama 4.


Klik disini untuk ke portal rasmi Glomac.

Sebagai rujukan, kawan-kawan juga boleh mendapat rujukan kemudahan atau isu-isu yang berkaitan Saujana Utama Sungai Buluh disini atau melawat portal rasmi komuniti Saujana Utama disini.

Melayu mudah lupa - Tun Dr Mahathir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...