Monday, September 30, 2013

Buktikan kepada dunia apa yang kamu boleh buat

Ramai pemimpin politik sekarang lebih utamakan jawatan dan kedudukan mereka semata-mata, pandai bermain kata serta pandai berlakon. Bila dah dapat jawatan tu, hampeh. Satu pun tak boleh diharap. Sepatutnya mereka-mereka ini perlu membuktikan yang mereka mampu melaksanakan tanggungjawab mereka lebih dari apa yang menjadi kebiasaan. Buktikanlah!

We all love you Chedet.

Saturday, September 28, 2013

Kuliah : Doa untuk memudahkan proses bersalin

Sharing is caring. Hari nie teman kongsikan satu doa untuk memudahkan ibu bersalin. Semoga dipermudahkan buat bakal-bakal ibu melahirkan anak. Insyaallah.


Friday, September 27, 2013

Kapal terbang landing atas Nissan 4X

Pagi nie teman nak share satu video. Mungkin pihak Nissan sendiri boleh gunakan video ini sebagai satu dari iklan mereka.




Thursday, September 26, 2013

Petua : Rawat lelah atau Asthma dengan lobak putih

Sekarang nie ramai juga mengalami masalah lelah. Mungkin disebabkan faktor persekitaran, permakanan atau pun genetik. Lelah juga lebih dikenali sebagai Asthma dalam dunia perubatan moden.


Sebagai pilihan alternative, mungkin kome boleh mencuba kaedah rawatan tradisional. Entry hari ini, teman kongsikan satu petua untuk merawat masalah lelah atau pun Asthma ini.

Bahan yang diperlukan hanyalah lobak putih dan madu lebah. Lobak putih ini perlulah diparut atau pun lebih mudah lagi di blender bersama sedikit air untuk mendapatkan jusnya.


Jus lobak putih ini hendaklah dicampurkan dengan sedikit madu lebah secukup rasa. 



Amalkan meminum jus lobak putih bersama madu lebah ini untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Selamat mencuba!

Jika kome hendak membaca satu lagi petua berkenaan sesak nafas, sudi-sudilah klik disini.

Wednesday, September 25, 2013

Pusat snooker di Saujana Utama Sungai Buluh

Macam mana lah orang yang buat perniagaan pusat snooker di Saujana Utama Sungai Buluh nie boleh merancang nak bukak pusat snooker disini. Tapi teman harapkan tidak la tempat nie menjadi penyumbang kepada aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.



Spotted : WTY 9

Spotted WTY 9. Cantik nombor plat nie. Padan pula dengan keretanya BMW 7 series.

Sunday, September 22, 2013

Kuliah : Jangan tinggal solat

Saturday, September 21, 2013

Kuliah : Balasan orang yang meninggalkan solat

Kuliah : Doa ketika membasuh beras

Kuliah kali ini berkongsi doa ketika membasuh beras. Perlu diingat, walaupun menjadi isteri sepenuh masa, segala kerja yang dibuat adalah satu ibadah. Setiap ibadah, adanya ganjaran disisi Allah s.w.t



Kuliah : Wanita dan neraka

Kuliah hari ini sebagai renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah s.a.w menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan". Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.



Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih".

"Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya".

"Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking".

Dan "aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri".

"Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta".

"Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya".

"Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi s.a.w.


Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

Rasulullah menjawab, wahai putriku


  • ada pun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
  • Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
  • Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
  • Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
  • Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
  • Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.
  • Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. 
  • Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.


Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Friday, September 20, 2013

Saya sayang awak

Memandu sambil mengingatkan satu sama lain... Saya sayang awak... Tolong jauh sikit...


Thursday, September 19, 2013

Punca minyak (RON95) naik

Bermula selasa 3 September, harga minyak naik lagi. Kali ini melibatkan RON95 dan diesel. Kenaikkan kali ini sebanyak RM0.20/seliter akibat penarikan balik subsidi minyak oleh kerajaan. Bermula 3 September, harga pasaran bagi RON95 adalah RM2.10/seliter dan harga diesel pula RM2.00/seliter. Kali terakhir RON95 dinaikkan adalah pada tahun 2010.



Teman faham harga minyak tempatan adalah selaras dengan harga minyak global. Penstabilan harga minyak tempatan adalah disebabkan oleh subsidi kerajaan. Maksudnya, kerajaan menanggung sebahagian daripada harga minyak untuk pasaran tempatan. Apabila harga pasaran minyak global meningkat, kerajaan akan menambah lebihan kos tersebut untuk menstabilkan harga minyak pasaran tempatan.




Sebelum kenaikkan, kerajaan menanggung RM0.82/seliter untuk RON95 (harga sebenar RM2.72/seliter) dan RM0.95/seliter (harga sebenar RM2.76/seliter) untuk Diesel. So, bila harga pasaran minyak global meningkat, maksudnya kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang lebih besar untuk subsidi tersebut. Ketika ini peruntukkan untuk subsidi minyak adalah RM24.8 billion. Bercakap mengenai subsidi nie, banyak betul figure yang ada... Yang mana tu agaknya lebih tepat... Kalau nak baca berkenaan subsidi dalam plan subsidi dan bantuan kerajaan. klik disini.


Menurut kerajaan, bagi mengurangi bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam budget 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan budget.



Apa pun, teman nie idak le pernah dapat BR1M tu... tak ada dalam senarai golongan sasaran tu... ambih tu, nak buat macam mana... harga barang2 semuanya dah naik... Bila cakap sket, kita di nasihatkan ubah cara hidup... kena berjimat cermat... Tapi kali nie, rakyat pulak nak tengok kerajaan berjimat cermat dan jangan boros...


Masa malam sebelum berkuatkuasanya harga minyak baru tu, ramai betul la pengguna berebut-rebut nak isi minyak. Ye la, esoknya harga minyak dah naik. Ada yang sanggup menunggu berjam-jam untuk penuhkan tangki kereta. Padahal perbezaannya lebih kurang RM10 jer, aggaran purata penjimatan... Berbaloi ke menunggu berejam-jam tu semata-mata nak jimatkan RM10 tu, sampai ada yang bergaduh dan bertumbuk. Apa pun, inilah situasi yang kerap berlaku apabila harga minyak naik.




Apa pun saranan kata potong elaun tu jadi ker? Senyap sunyi jer... dah dilaksanakan ke... atau saja buat-buat bising jer... Maklum la, saja nak glamor jer...



Apa pun, kesan kenaikkan minyak memang terasa. Ye dari kos sara hidup hingga ke yuran tadika pun dah naik.... I'm sure lepas pembentangan budget nanti rate TNB pulak yang akan naik... Sama-sama lah kita tunggu dan saksikan yer...

Jalur Gemilang rabak di Le-Chevalier, Bukit Tinggi

Sedih bila tengok kibaran Jalur Gemilang di Le-Chevalier, Bukit Tinggi, Pahang. Sehari sebelum Hari Malaysia, teman dan keluarga berjalan ke Bukit Tinggi, Pahang. Inilah kali pertama teman dan keluarga kesana. Teruja bila melihatkan bangunan-bangunan unik disana. Seolah-olah kita berada di negara asing.







Tetapi, teman terkilan apabila melihatkan kibaran Jalur Gemilang di Le-Chevalier. Manakan tidak, hotel ini nampak gah dan mewah. Tetapi, Jalur Gemilang yang mereka kibarkan sangat-sangat menyedihkan. Tambahan pula di saat kita meraikan hari kemerdekaan kita yang ke 56 dan hari Malaysia pada 16 September. Kebetulan pada 15 September, pihak Le-Chevalier sedang meraikan tetamu-tetamu mereka yang berkereta mewah.




Mungkin pihak pengurusan Le-Chevalier tidak kisah. Bukan setakat Jalur Gemilang sahaja yang koyak rabak. Malah bendera negara-negara lain yang dah hancur masih lagi dikibarkan. Mungkin pihak pengurusan tidak cukup budget untuk mengantikannya dengan bendera baru. Apa pun, perlu diingat bendera negara adalah lambang dan simbol sesebuah negara yang merdeka. Jadi perlulah dijaga dihormati.


Sekurang-kurangnya kibaran Jalur Gemilang di Impiana Palace lebih bermaruah dan bergaya walau pun serba kekurangan. Itulah dia semangat negarawan tuan empunya Impiana Palace. Walau pun serba kekurangan tapi masih mampu dan bersemangat untuk menonjolkan cintanya pada negara.

Petua : Mengatasi masalah gastrik

Ada masalah gastrik? Selalunya dalam bulan ramadhan, ramai yang tak ada masalah gastrik mengaku ada masalah gastrik. Saja cari alasan tak nak berpuasa. Macam-macam alasan dicari. Ok, mereka yang memang ada masalah gastrik nie, teman ada satu petua yang boleh kome amalkan. Harapan teman, semoga petua ini dapat membantu kome.

Sakit gastrik

Gambar ehsan Google.

Ok, caranya begini. Dapatkan kunyit hidup kemudian kunyit ini perlu dikisar seperti membuat jus buah-buahan. Bahan ini kemudiannya perlu ditapis.

Kunyit hidup

Gambar ehsan Google.

Tambahkan sedikit madu secukup rasa dan sebiji kuning telur. Untuk telur, tak kisahlah guna telur ayam kampung atau telur biasa tu. Kemudian minum jus campuran ini. Amalkan sehingga penyakit gastrik kome sembuh.

Madu lebah Telur ayam

Gambar ehsan Google.

Selamat mencuba dan tinggallah komen kome tu bila dah amalkan petua ini. Nanti boleh jadi panduan untuk pengunjung blog ini. :d Tq

Wednesday, September 18, 2013

Kibaran Jalur Gemilang di Impiana Palace

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Masih lagi berkibar di bulan kemerdekaan ini di Impiana Palace.


Sunday, September 15, 2013

Kuliah : Ketika di awal dan di akhir usia kita

Kuliah : Perbanyakkanlah zikir

Kuliah : Jangan salah guna "Salam"

Saturday, September 14, 2013

Kuliah : Fahami bacaan didalam solat

Kuliah : Amalan untuk isteri cantik

Kuliah : Seburuk-buruk manusia

Janganlah mengata orang lain itu "kafir", sebaliknya doakanlah semoga diberikan hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t. Inilah yang sebaik-baiknya.

Thursday, September 12, 2013

Petua : Pudarkan parut dengan asam jawa

Wajah berparut! Mungkin disebabkan kesan jerawat. Cubalah petua ini untuk merawat kesan parut di wajah kome. Kulit wajah berparut, memang merisaukan. Manakan tidak, penampilan dan keyakinan diri turut terjejas. Teman harapkan petua ini dapat membantu. Klik disini untuk petua menjaga kulit wajah.


Ok, untuk petua memudarkan kesan parut diwajah. Dapatkan biji asam jawa. Kemudian, gorengkan biji asam jawa ini tanpa minyak selama lebih kurang 5 minit. Janganlah lama sangat tu, nanti hangus pulak biji asam jawa tu...

Kemudian, dapatkan serbuk biji asam jawa tersebut sama ada dengan mengoreskan biji asam jawa tersebut pada permukaan kasar atau pun, kome boleh juga tumbuk biji asam jawa yang telah digoreng tanpa minyak itu dengan lesung batu sehingga halus. Kalau malas nak tumbuk, guna jer pengisar tu dan kisar sehingga halus.

Macam mana nak guna? Senang jer. Titiskan air pada serbuk asam jawa itu dan kemudian gosok pada kesan parut. Amalkan, ia akan dapat menghilangkan kesan parut tersebut.

Selamat mencuba!


Sunday, September 8, 2013

Kuliah : Doa untuk anak-anak menghadapi peperiksaan

Ini juga adalah usaha untuk para ibu bapa ketika anak-anak mereka menghadapi peperiksaan. Usaha adalah tangga kejayaan, kemudian bertawakal dan berdoa kepada Allah semoga segala usaha anak-anak kita diberkati, insyaallah.

Saturday, September 7, 2013

Kuliah : Amalan sebelum tidur

Friday, September 6, 2013

Nuffnang give away

Cepat... Jadilah 1000 terawal untuk mendapat RM1 dari Nuffnang... :d RM1 jer pun... Teman sudah... Anda bila lagi... Cepat yer... Jangan terlambat. Kome hanya perlu jawap survey sahaja... Tak sampai 5 minit pun... Survey itu adalah berkenaan media sosial...




Kome hanya perlu log in ke akaun Nuffnang kome... dan di sebelah kiri bahagian earning itu klik sahaja link Speak Your Mind. Mudahkan...

Thursday, September 5, 2013

Petua : Tepung gandum rawat kesan terbakar matahari

Kulit terbakar. Gerunkan bunyinya. Tapi, petua ini bukan berkenaan kulit terbakar oleh api tetapi sunburn. Sunburn adalah kulit terbakar kerana panas matahari. Jika kita sering terdedah kepada cahaya terik matahari, pasti kulit yang terdedah kepada matahari tersebut akan gelap sedikit jika dibanding kulit yang terlindung. Terutama pada kulit wajah, pasti akan ada kesan matahari.

Macam mana nak atasi masalah ini. Kome boleh guna petua nie. Cuma dapatkan bahan-bahan nie;


  • sedikit tepung gandum
  • madu
  • putih telur
  • perahan limau nipis



Gambar ehsan Google

Bancuh sehingga sebati kesemua ramuan ini. Kemudian sapukan bancuhan tersebut pada keseluruhan wajah dan tempat yang terlibat. Biarkan kering sebelum dibersihkan dengan air.

Wednesday, September 4, 2013

Kereta Merdeka

Kereta Merdeka bernombor plat M 4442 model Nash Rembler adalah kereta yang digunakan ketika menyambut kepulangan rombongan Merdeka dari London pada 20 February 1956 di Bandar Hilir, Melaka. Klik disini untuk membaca tentang detik-detik kemerdekaan negara kita. Kereta ini baru je masuk ke Galeri Ceritera Tanah Airku hari Isnin (2 September) yang lepas.

Inilah kereta yang menjadi kenangan buat semua rakyat Malaysia. Kereta yang menjadi simbol kemerdekaan negara kita Malaysia. Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat kereta ini dekat lebih dekat lagi dengan mengunjungi pameran Galeria Ceritera Tanah Airku di Menara TM.






Ini adalah beberapa catatan sejarah di dalam artikel akhbar berkenaan Kereta Malaysia ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...