Wednesday, July 31, 2013

Makan dalam tandas

Sekarang nie tengah hot isu berkenaan makan dalam tandas di Sekolah Kebangsaan Sri Pristana, bersebelahan dengan Saujana Utama Sungai Buluh. Ada juga kanak-kanak dari Saujana Utama bersekolah disini. Entry hari nie bukanlah hendak bercerita berkenaan isu ini yang mana faktanya telah diselewengkan oleh penggadu menerusi FB nya serta ada juga blogger yang tanpa usul periksa turut memaparkan isu ini.


Hari nie teman nak kongsikan satu lagi cerita makan dalam tandas. Kali nie memang betul-betul mereka makan dalam tandas. Hari sabtu yang lepas, teman berkunjung ke Jusco Bukit Tinggi. Temankan isteri shopping persiapan raya. Biasalah kan dah lama-lama tu terasa nak terkucil. Teman pun pergi lah ke tandas yang terletak di ground floor tu. Kat situ tandasnya ada tiga jer. Semuanya bertutup rapat. Lama juga teman berdiri di luar tu menunggu. Hampir 15 minit jugak lah. Kemudian salah satu pintu tandas tu terbuka dan keluar la satu mamat tu dan terus berlalu.

Teman pun masuk untuk melepaskan hajat. Tetiba terpandang kat bahagian atas pam air tu satu tin coke dan plastik bungkusan roti. Aik... tak kan lah sanggup makan dalam tandas kot... Nie mesti kerja mereka yang tidak berpuasa.... Sanggup juga mereka nie makan dalam tandas yer...

Maaf la yer, teman tak ambil gambarnya sebagai bukti... tak kan lah nak ambik gambar dalam tandas kot... apa ke hei.... :d

Monday, July 29, 2013

Mati Krisis

Cepat bebenor masa berlalu... rasa teman, baru je masuk office pukul 7 pagi tadi... dah hampir waktu zohor... Time macam nie, mula mata layu semacam jer... Apa pun, jom layan nie... kalau dengar bunyinya, memang lah sama dengan seni kata tu... :) Best pulak dengar lagu ni...


Saturday, July 27, 2013

Kuliah : Mengapa WANITA disuruh menutup aurat

Sharing is caring. Teman hanya berniat untuk berkongsi ilmu disini. Menutup aurat adalah tuntutan agama baik kepada lelaki dan perempuan. Tetapi terlalu ramai golongan yang tidak peduli akan perkara ini.

Thursday, July 25, 2013

Business di office

Lately nie, time-time dah semakin hampir untuk berhari raya. Semakin galak pula office mate berbusiness dalam office. Tapi diwaktu lunch hour la. Bukannya time office hour. Dari kuih raya, sehingga lah tudung dan baju. Pantang barang jualan dibawa keluar, macam-macam reaksi teruja boleh kedengaran. Perggg... bestnya business di bulan puasa. Tu yang membuatkan teman pun nak buat business nie. Tapi nak buat business apa yer... Jual tudung... Ok ke...


Petua : Macam mana nak misai lebat

Hari ini, teman nak kongsikan satu petua untuk orang lelaki. Orang lelaki nie ada yang suka menyimpan misai. Kalau misai dia tu lebat, tak apa la jugak. Nie macam misai kucing jer. Macam misai apek dalam cerita Sarjan Hassan tu :d

Gambar ehsan : Google

Ada diantara lelaki yang gemar memiliki misai, janggut dan juga jambang. Bila misai tak lebat, mula macam-macam di taruk untuk lebat. Tapi, idak juga lebatnya. Apa pun, teman harap petua nie dapat membantu.

Kalau nak praktikkan petua nie, mudah sahaja. Untuk merangsang pertumbuhan misai, janggut dan jambang, sapukan sahaja putih telur di kawasan tersebut. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Pasti ia akan tumbuh dengan lebatnya.

Wednesday, July 24, 2013

Mengantuk lagi ke?

Suatu hari di pertengahan bulan puasa. Hari nie kan dah masuk hari yang ke 15. Mengantuk lagi ker waktu tengahari nie... Jangan la gitu yer... kuatkan semangat ye... Kome kan dah besar panjang...

Meh layah video nie... Nanti segar la mata kome tu...

Mood raya dah start

Pagi tadi, masa drive ke office... Lagu raya dah pun start diputarkan oleh DJ... tetiba je terasa mood raya... pada hal puasa baru je masuk hari yang ke 15... apakehei ye tak... Kalau DJ boleh mainkan lagu raya kat radio.... teman pun nak kongsikan lah mood raya kat blog teman nie... Kasi meriah sket :)

Apa-apa hal pun... Jemput layan... :d



Sumber : Facebook

Tuesday, July 23, 2013

Jerebu bertandang kembali

Tengahari ini, jerebu kembali menyelubungi bandaraya Kuala Lumpur. Gambar di bawah diambil sekitar pukul 2.30 petang dan lensa kamera diarah untuk menghala ke bandaraya Shah Alam.


Sunday, July 21, 2013

Kuliah : Doa buat suami isteri bahagia

Perisa Pondan berjenama Star

Dah hampir nak beraya nie, tentu ramai yang dah mula membuat kuih dan biskut raya. Mana yang memilih untuk membeli, mungkin menunggu di saat akhir untuk mendapatkan harga yang terbaik.

Untuk mereka yang memilih untuk membuat sendiri biskut raya tu, mungkin sekarang nie tengah sibuk membeli bahan-bahan untuk membuat biskut dan kek. Mungkin ini antara bahan yang akan di beli. Sebelum beli tu, kena lah baca labelnya, tarikh luput serta status halalnya. Jangan la main beli jer.

Nanti tersalah salah beli. Nampak je sama, tapi tak serupa. Macam perisa dibawah nie...


Agak-agaknya lah perisa nie sesuai untuk dibuat kuih atau biskut apa ye...?

Pondan

Kuliah : Doa mohon kebaikkan dan perlindungan

Kuliah : Doa dipermudahkan urusan dan ucapan

Saturday, July 20, 2013

Kuliah : Kisah perjalanan seorang hamba Allah di Mekah

Kuliah kali ini membawa kisah berkenaan seorang hamba allah yang meninggal dunia didalam ihram semasa mengerjakan ibadat haji. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua.

 

Video dari Facebook

Kuliah : Berbuka puasa

Kuliah : Kenapa ada sesetengah orang tidak bahagia walaupun KAYA?

Kekayaan bukan penentu kebahagiaan. Tapi, inilah yang selalu dikejar oleh makhluk bernama manusia. Kenapa ini terjadi. Jawapannya, ada pada sifat manusia itu sendiri.


Gambar ehsan blogger allabout10


  1. Pemarah - Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
  2. Pendendam - Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
  3. Hasad Dengki - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
  4. Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (Rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.
  5. Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagi pun orang tamak selalu rugi.. Ingat, yang dikatakan harta atau rezeki kita apabila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (Mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
  6. Tidak Sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
  7. Ego - Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
  8. Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah murka kalau kita riak atau takabbur dengan apa yang kita ada.

Thursday, July 18, 2013

Petua : Bersihkan kesan cat pada pakaiaan

Bagaimana nak hilangkan kesan cat pada pakaian? Biasanya kalau kita buat kerja-kerja mengecat rumah, paling tidak mesti terkena palitan cat sama ada pada kulit atau pun pada pakaian. Kesan cat pada kulit, kita boleh bersihkannya dengan air. Tapi, kesan cat pada pakaian agak sukar jika hendak dibersihkan. Walaupun, sudah dibersihkan berkali-kali kesan cat pada pakaian masih juga tidak hilang. Memang agak sukar untuk membersihkannya.


Jangan risau. Jika pakaian kome terkena cat. Rendam sahaja dengan minyak tanah terlebih dahulu. Biarkan beberapa jam, kemudian barulah pakaian tersebut dicuci dengan air sabun.


Wednesday, July 17, 2013

Ada masalah nak fahami pasangan anda?

Teman pasti sama ada kita bercouple atau pun sudah berkahwin mesti kita menghadapi masalah untuk memahami pasangan kita. Maklumlah, bukan mudah untuk kita memahami pasangan kita tu. Walaupun sudah berpuluh tahun berkahwin masih ada juga pasangan yang tidak faham tentang pasangannya. Itulah warna-warna kehidupan yang menyerikan lagi kehidupan kita ini.

Mungkin ada boleh membeli gadget nie... Tak harap maklum, gadget nie hanya berfungsi dalam bahasa inggeris sahaja :d

 


Tuesday, July 16, 2013

Iron Man 3 - Galaxy Tab 10.1 Vs IPad 3

Sejak tengok Iron Man, Aisar sangat teruja bila tengok si Iron Man tu. Siap suruh teman download game Iron Man 3 kat IPad tu. Hari tu tak sempat nak menonton Iron Man 3 di panggung. Tunggu tayangan kat Astro la nampak gayanya. Mula-mula tu, teman idok la pulak ambik penduli game tu. Tapi disebabkan si Aisar nie dok suruh papa nya tolong kutip point dan tambahkan XP untuk buat armor baru... teman pun dah terjebak sekali. Maka, untuk menambahkan perisa kehidupan, teman pun download jugak la Iron Man 3 tu kat Galaxy Tab 10.1  android teman tu.

Sejak berkecimpung ke dalam dunia Iron Man 3 nie, teman dapat bezakan performance kedua-dua gadget teman nie... Dari segi grafik, IPad / IOS 7 lebih detail dan lebih halus  dan terperinci grafiknya manakala paparan grafik pada Galaxy Tab agak kasar sedikit... Tapi dari segi performance aplikasi, kedua-duanya amat mengkagumkan. Cuma, IPad kalau main Iron Man 3 nie, terasa agak panas sket jika dibandingkan dengan Galaxy Tab 10.1 nie.

Sekarang nie, teman berada di level 24. :d Dengan point yang dikumpul, boleh lah buat armor baru yang lebih superb dan powerfull. Nie la koleksi armor yang sempat dibina.

Ini adalah Iron Man Mark II



Ini pula Iron Man Mark III



Ini pula Iron Man Mark V



Nie Iron Man Mark 25 - STRIKER




Iron Mark War Machines MK II



Iron Man Mark 17 - HeartBREAKER



Hahaha... entry meraban di tenghari nie... agak-agaknya, boleh tak buat armor Iron Man nie baju raya... :)

Kemalangan di SU3

Kejadian nie berlaku pada hari Jumaat lepas (12 July). Masa hari kejadian, teman idak la perasan adanya kemalangan kenderaan sehingga merempuh tembok rumah. Malam tu, lepas balik dari solat terawih, saja la bukak FB teman tu... Maklum lah, dah bersawang dan lama benor tak bukak FB. Teman nie memang jarang sangat online kat FB nie. So sesaja tengok apa yang ada. Tetiba pada entry Persatuan Penduduk Saujana Utama 4 ada update pasal kemalangan nie. Tengok la kereta nie. Macam mana lah agaknya boleh merempuh tembok rumah orang. Pada hal, laluan tu ada banyak bonggol untuk memperlahankan kenderaan.


Gambar ehsan : FB Komuniti Saujana Utama 3

Siap melompat masuk dalam rumah. Pada hal, sebelum longkang tu ada tembok kecil. Mungkin pemandu nie kelangkabut untuk mengelak sesuatu dan tersalah pijak pedal minyak yang di sangkakan pedal brek. Nasib baik tak ada sesiapa pun yang cedera. Apa pun, kemalangan telah pun berlaku. Lain kali kena lebih berhati-hati.

Pssst... Teman cuma kesiankan tuan rumah nie... kena pulak repair temboknya yang pecah.

Sunday, July 14, 2013

Bazar Ramadhan atau Bazir Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari ke lima bulan Ramadhan. Teman masih lagi tidak menjejakkan kaki ke bazar ramadhan atau pun PARAM short form untuk Pasar Ramadhan. Ramadhan kali ini, teman bertekad untuk mengurangkan atau tidak pergi langsung ke bazar ramadhan nie. Boleh berjaya ke agaknya? mmm.... tak apa, at least teman ada target untuk mengelakkan pembaziran.


Kome pulak, macam mana? Selalu pergi ke bazar ramadhan nie? Agak-agaknya, berapa ringgit kome selalu habiskan duit untuk berbelanja kat pasar ramadhan nie? Bagi yang belum berkahwin tu, memang la bazar ramadhan menjadi sumber utama untuk mendapatkan makanan berbuka puasa. Tapi yang sudah berkeluarga tu, kebiasaanya isteri akan memasak makanan di rumah dan makanan dari bazar ramadhan jadi tambahan menu berbuka puasa.

Kadang-kadang kita berlebihan dalam berbelanja di bazar ramadhan sehingga membazir. Harapan teman semoga kita tidak membazir di bulan ramadhan nie. Katakan "Tak Nak" membazir di bazar ramadhan.

Kuliah : Rahsia rezeki melimpah, halal dan berkat dengan solat Dhuha

Saturday, July 13, 2013

Kuliah : Fadhilat surah Al-Fatihah

MISTERI SURAH ALFATIHAH:

Surah Al-Fatihah 
1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

Kuliah : 30 perkara yang perlu dijauhi oleh wanita

Thursday, July 11, 2013

Spotted : AU 1989

Nombor bertuah untuk kereta yang sangat hebat AU 1989 Volkswagen van. Kereta ini juga turut dikenali sebagai Volkswagen Kombi. Model ini dipasarkan ke serata ceruk dunia dan masih lagi relevant serta mendapat tempat di kalangan peminatnya.

Petua : Menghalau nyamuk

Nyamuk... Mesti semua orang pernah digigit nyamuk kan... Bila nyamuk gigit, mesti gatal-gatal kan... Nyamuk juga boleh membawa penyakit seperti demam denggi. Bahaya kepada manusia kalau tidak diatasi masalah nyamuk nie.



Hari nie, teman nak kongsikan satu petua untuk menghalau nyamuk. Ini adalah pilihan alternatif jika kome tak ada pilihan lain. Sekurang-kurangnya, kehadiran nyamuk ini dapat dikurangkan dengan petua nie.

Petua nie mudah sahaja jika hendak diamalkan diwaktu kecemasan. Kome hanya perlu dapatkan beberapa helai daun limau. Tak kisah limau jenis apa, janji daun limau segar.


Daun-daun limau ini kemudiannya ditumbuk sehingga hancur dan diletakkan ke dalam bekas dan kemudian diletakkan di kawasan yang dikenal pasti terdapat nyamuk bersembunyi.

Gambar ehsan Google

Wednesday, July 10, 2013

Wordless : Hari pertama di bulan Ramadhan

Ramadhan muncul kembali

Ramadhan muncul kembali... Masjid dan surau kembali meriah, penuh dengan para jemaah yang datang untuk solat tarawih. Hari ini adalah hari pertama kita berpuasa. Apa menu bersahur pagi tadi? Tentu masih ada lagi yang susah bebenor nak bangun sahurkan. Silap hari bulan ada yang tak bersahur pagi tadi. Bagi yang sudah berkahwin dan berkeluarga tu, mungkin tiada masalah untuk bersahur. Tapi, mungkin juga bermasalah. Suami yang liat untuk bangun sahur... Isteri yang malas bangun sahur... Anak-anak yang nak tidur lagi, sedangkan waktu imsak dah semakin hampir. Boleh juga kome guna cara dibawah nie... :)


Banner yang murah giler

Sekadar perkongsian? Bukan bertujuan untuk mengextendkan iklan ini. Pernah tak kome terjumpa iklan macam nie? Betul ke yang paling murah dalam Malaysia? Kalau ada tempat lain yang bagi lebih murah, macam mana? Apa macam, ada sapa-sapa plan nak tukar sofa baru untuk raya nanti?




Apa pun, tepuk dada, tanya selera. Jangan sehingga membazir dan membebankan diri sendiri sudah lah. Ingat yer... Membazir itu, sahabat syaitan...


Tuesday, July 9, 2013

Hehehehehehe...

Thank you Allah... Terima kasih Nuffnang... Alhamdulillah, syukur, syukran... withdraw lagi kasi akaun Nuffnang kosong. Minggu sudah hari Jumaat, baru terima cek dari Nuffnang.


Sunday, July 7, 2013

Kuliah : Puasa di bulan Ramadhan

Kuliah : 10 fadilat surah mencegah 10 perkara

Kuliah : Doa dikala gelisah

Saturday, July 6, 2013

Kuliah : Amalan yang menghapuskan DOSA

Kuliah : Alhamdulillah

Kuliah : Kesilapan mendidik anak

Thursday, July 4, 2013

Petua : Rahsia wajah mulus dengan hanya mengunakan putih telur

Kali nie teman nak kongsikan satu petua kecantikkan wajah. Ada masalah jerawat? Bimbang dengan kehadiran jerawat diwajah? Kecantikkan wajah seseorang itu adalah merupakan aset utama bagi kaum hawa.


Bagaimana hendak mendapatkan wajah mulus sebegitu? mmm... Orang-orang lama dahulu ada rahsia mereka sendiri dalam penjagaan kecantikkan. Teman akan kongsikan disini salah satu petua yang teman. Ayuh cuba petua ini.

Antara bahan yang diperlukan ;
  • Telur ayam kampung
  • Satu sudu tepung jagung
  • Minyak zaiton

Gambar ehsan : Google

Caranya,
Ambil sebiji atau dua biji telur ayam kampung, diambil putih telurnya sahaja. Kemudian putih telur ini, dicampurkan bersama tepung jagung dan minyak zaiton. Bancuh sehingga rata dan kemudian sapukan pada keseluruhan wajah. Kemudian, biarkan sehingga kering dan bilas dengan air suam.

Amalkan dua kali seminggu. Hasilnya wajah anda bebas dari masalah wajah. Selamat mencuba!

Bila sudah amalkan petua ini, harap tinggal lah komen untuk panduan pembaca lain... :d

Tuesday, July 2, 2013

Tips melayan isteri

Sharing is caring kan... so, teman cuma nak kongsikan ilmu yang ada. Tetapi tips ini hanya untuk mereka yang sudah berkahwin saja tau.... Yang tak kahwin lagi tu... pergi cari calon suami atau isteri... yang dah ada calon tu... tunggu apa lagi, cepat-cepat la masuk meminang... Jangan tunggu lama-lama... rugi tau... :d


Tips nie kena dengan time gini...time masing2 dah ngantuk nak tidur...

  1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….
  2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah.
  3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.
  4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.
  5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…
  6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.
  7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.
  8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.


Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...