Thursday, May 30, 2013

Petua : Mengilatkan sudu dan garpu

Sudu dan garpu sentiasa ada didapur. Kadang-kadang, sudu dan garpu ini kelihatan kusam apabila sering kali mengunakannya. Nampak macam tak best kan. Kali nie, teman nak kongsikan petua untuk mengatasi masalah ini. Kome boleh menjadikan sudu dan garpu ini kelihatan seperti baru semula.


Gambar ehsan : Google

Caranya mudah sahaja.


Kome pernah makan buah nanaskan. Ok, kome hanya perlu dapatkan kulit nanas. Kulit nanas ini, kemudiannya direndam didalam bekas berisi air bersama sudu dan garpu selama beberapa jam. Kemudian, basuh dengan mengunakan pencuci biasa. Hasilnya tentu menakjubkan.

Selamat mencuba! Sudah mencuba nanti, tinggalkan lah komen anda disini yer...

Petua : Rawat masalah sembelit dengan biji sawi

Ada masalah sembelit? Dah pergi jumpa doktor tak? Kali nie, teman akan kongsikan satu petua untuk merawat masalah sembelit. Petua ini adalah sebagai pilihan. Sebaiknya pergilah berjumpa doktor.




Untuk mengamalkan petua ini, kome perlu dapatkan bahan-bahan dibawah ni...



  • Akar Temu Lawak
  • Segenggam biji sawi



Gambar ehsan : Google

Rebuskan kedua-dua bahan ini sehingga mendidih dengan air secukupnya. Kemudian, biarkan air rebusan ini sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya setiap pagi dan petang sehingga sembuh.

Selamat mencuba! Harap kome dapat tinggalkan komen setelah mengamalkan petua ini sebagai rujukkan pembaca lain.

Tuesday, May 28, 2013

Tips mendidik anak

Sunday, May 26, 2013

Kuliah : Petua untuk senang hati

Petua senang hati

Kuliah : Doa untuk diri

Saturday, May 25, 2013

Kuliah : Jangan tinggal solat

Kuliah : Syaitan

Thursday, May 23, 2013

Petua : Hilangkan bau hangit nasi

Teman pasti ramai yang memasak nasi dan ramai juga yang pernah mengalami nasi yang dimasak hangit, terutamanya jika dimasak secara manual iaitu dengan mengunakan dapur gas. Jangan risau. Teman akan kongsikan satu tip bagaimana kome boleh menghilangkan bau hangit nasi jika ianya terjadi.


Gambar ehsan blogger : cheguzam


Caranya mudah sahaja. Sangat senang... Kome hanya perlu memasukkan kulit bawang yang telah dicuci kedalam periuk berisi nasi hangit itu. Letak jer dibahagian atas nasi tu. Kemudian tutup periuk tersebut. Dengan cara ini, bau nasi hangit ini akan hilang. Mudahkan!


Gambar ehsan blogger : iqmaltahir

Selamat mencuba. Bila dah berjaya tu, jangan lupa tinggalkan komen kat entry nie...

Petua : Serbuk kopi untuk mengelakkan kulit melepuh / melecur

Hari ini teman nak berkongsi satu petua mengelakkan kulit melepuh atau pun melecur. Petua sudah diamalkan oleh orang-orang tua dulu. Jika terkena air panas, pasti kita risau. Manakan tidak, kesan melecur pasti meninggalkan kesan parut pada bahagian tubuh. Jangan risau. Teman akan kongsikan petua untuk mengatasi masalah ini.

Anda hanya perlukan serbuk kopi sahaja. Tak kisah lah serbuk kopi jenama apa. Janji serbuk kopi.


Gambar ehsan : Google

Caranya mudah sahaja. Jika anda terkena air panas, ambil serbuk kopi dan tempekkan serbuk kopi tersebut pada bahagian berkenaan serta merta. Buat seketika, anda akan berasa pedih sedikit. Selepas 10 minit, bersihkannya. Anda akan dapati kulit anda tidak melecur atau melepuh.

Selamat mencuba! Berhati-hati lah semasa anda didapur.

Wednesday, May 22, 2013

Wordless : Menara PJ8, Petaling Jaya

Short Video : Hanya berlaku di negara China

Apa ke hei la mamat  nie... If a picture tells a thousand words, this video makes me... speechless... tak tahu nak kata apa... Layan jer la video dari YouTube nie...


Monday, May 20, 2013

Terminator Rusia - Guna playar cabut peluru didahi

Mula-mula, cuak juga teman membaca berita nie... betul ker?



Moscow: Seorang tentera mendapat gelaran Terminator Russia selepas imejnya memaparkan peluru di dahinya dibuang dengan playar, merebak di Internet, semalam.

Klip video mengejutkan itu bermula dengan paparan jarak dekat kepala tentera terbabit dan menampakkan peluru secara jelas terlekat di dahinya. Seorang tentera lain kemudian membersihkan kawasan sekitar peluru itu dengan kain sebelum cuba menariknya dengan playar.

Jelas dalam keadaan terkejut, tentera terbabit tidak memberikan sebarang reaksi ketika beberapa cubaan awal membuang peluru itu gagal. Tentera itu akhirnya tersenyum apabila peluru itu dikeluarkan tidak lama kemudian. Dipercayai dia terbabit dalam insiden tembak-menembak di antara tentera Russia dengan pejuang Chechen dan senjata yang digunakan ialah raifal AK-47.


Klip itu dipercayai dirakamkan ketika perang melanda wilayah Chechnya pada 2000 sebelum ia merebak dengan meluas minggu lalu. - Metro

Sumber : MyMetro





Saksikanlah video dibawah ini.


Sesungguhnya Allah maha berkuasa diatas segala-galanya. Allah lebih mengetahui dan segala kejadian itu, ada hikmahnya.

Sunday, May 19, 2013

Kuliah : Mengapa IBU sangat dimuliakan Allah?

Kuliah : Keutamaan hari Jumaat

Saturday, May 18, 2013

Kuliah : Hargailah insan bernama ISTERI

Kuliah : 10 sahabat dijamin syurga

10 sahabat-sahabat nabi yang dijamin syurga...


Friday, May 17, 2013

Istimewa buat para isteri

Meh kita renung-renungkan statement dibawah nie. Betul ke suami perut boroi lebih penyayang? Betul ke bohong? Perut boroi tu seksi ker... Macam seksa jer... Nak tahu jugak komen kome semua... Apa cer perut boroi :d


Sexy ke perut boroi

Thursday, May 16, 2013

Petua : Penawar sakit tekak dan batuk

Sekarang nie, ramai yang mengalami batuk dan sakit tekak. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang agak panas dan permakanan tidak dijaga dengan sempurna. Dulu, ada teman kongsikan satu petua berkenaan sakit tekak nie. Klik la disini kalau hendak membacanya. 

Hari nie teman nak kongsikan satu lagi petua untuk merawat batuk dan sakit tekak. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah didapati. Kome hanya perlukan madu asli, halia dan juga lemon. Bahannya sama seperti entry petua batuk teman sebelum nie. Cuma caranya agak berbeza sedikit.

Dapatkan madu asli didalam bekas balang yang tertutup. Halia dan lemon perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Halia tersebut perlu dibuang kulitnya dan dihiris. Begitu juga dengan lemon, bersihkan dan dihiris.

Halia + Lemon + Madu

Hirisan halia dan lemon ini kemudiannya di masukkan kedalam balang bertutup yang berisi madu. Balang ini kemudiannya perlu disimpan didalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar dan tahan selama 2 hingga 3 bulan didalam peti sejuk.

Cara mengunanya;
Masukkan satu sudu madu ini kedalam gelas berisi air suam. Kacau sehingga rata dan minum.  Amalkan dua hingga tiga kali sehari sehingga batuk dan sakit tekak anda sembuh.

Halia + Lemon + Madu

Teman ada juga membuat entry petua rawatan batuk untuk kanak-kanak. Klik disini untuk membacanya. Klik disini juga.

Selamat mencuba!

Sunday, May 12, 2013

Kuliah : Doa pembuka apa yang tertutup

Happy Mother Day

Happy Mother Day to all mother in the world... We proud having mother like you... Not only in month of MAY but we should always love our mother... :)


Kuliah : Doa pelindung anak-anak

Saturday, May 11, 2013

Kuliah : Panduan mendidik anak lelaki

Kuliah : Amalan sunnah di hari Jumaat

Wednesday, May 8, 2013

Wordless : 8 May 2013

Monday, May 6, 2013

Spotted : CAT 18

Spotted kali nie menampilkan sebuah kereta dari jenis Mercedes E300 bernombor plat CAT 18. Tapi huruf B kat hujung tu apa benda yer... huruf B tu ada merujuk apa-apa ker... Nie first time, teman jumpa numbor plat macam nie. Agak unik juga. Berapa la harganya ye untuk sekeping nombor plat macam nie...



Sunday, May 5, 2013

Kuliah : Surah Al-Fatihah

Kita tetap bersaudara

Timbang-timbangkan... Fikir bulat-bulat... Islam ada agama persaudaran... Kita tetap bersaudara walaupun berbeza pendapat dan ideologi politik. Renung-renungkan...


Kuliah : 6 golongan yang dimakbulkan doanya

Saturday, May 4, 2013

Saya pilih mengundi.

Timbang-timbangkan... Fikir bulat-bulat...


5 Mei nanti tentukan pilihan anda. Yang pasti, insyallah teman akan mengundi... Apa pilihan yang ada yer... teman mahukan pemimpin yang berkaliber, ada pendirian dan wawasan, yang mampu memimpin negara kearah yang lebih baik lagi. Teman tidak mahu pemimpin yang rendah akhlaknya, cakap tak serupa bikin. So, bila dah sort out... apa pilihan yang tinggal... mmm... undikan RAHSIA... mana boleh bagi tau...


Jom tengok ikrar Pakatan Rakyat... Nie teman dapat masa depa datang ke rumah... tiga parti nie, diatas pentas nampak macam seia sekata... tapi mimpi lain-lain... sampaikan bertanding sesama sendiri... apa ke hei tu... itu, belum lagi nak tentukan sapa yang jadi PM... teman tak yakin... Isu yang simple pun depa dok bertelagah... pendirian pun tak tetap... kejap cakap macam nie... kemudian tukar pulak... so, kemana pejuangan asalnya... entah laa...








Lain kali lah... Bagaimana pula dengan ini...




Bagaimana pula dengan calon pilihan bebas dan parti-parti yang tak popular nie...





Yang pasti roket nie tiada dalam senarai...



Apa yang tak kena denga sekarang... Teman lihat ada kesungguhan untuk menjadi lebih baik lagi. Nak tukar... mmm.... LAIN KALI LAH...

Kuliah : Wilayah hati

Kurang dari 24 jam...

Hari nie hari Sabtu, 4 May 2013. Maksudnya ada kurang 24 jam lagi masa untuk berkempen pilihanraya nie. 5 May 2013, hari yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia untuk menyatakan pilihan masing-masing. Tapi sebelum tu, jom kita tengok cara-cara mengundi.



Kuliah : Solat Sunat Dhuha

Friday, May 3, 2013

Lawak di pagi JUMAAT

Hari Jumaat, mesti ceria kan... seronok... happy... sangat-sangat happy... :d Bila dah happy, teman nak buat entry lawak di pagi Jumaat nie... Jom layan...


So sweat... comelkan... :d

Thursday, May 2, 2013

Petua : Rahsia tubuh langsing

Teman lihat, sekarang nie ramai benor golongan wanita ingin tubuh yang langsing dan menawan. Seksi la kot... :d


Disebabkan nak kelihatan langsing, macam-macam produk yang mereka gunakan. Hasilnya, entah lah, hanya mereka yang tahu... Berbalik kepada entry teman hari nie, juga adalah berkenaan tubuh langsing. Macam mana yer. Nie ada satu petua. Mudah sahaja. Tak payah nak berbelanja besar beli produk-produk pelangsingan badan tu. Apa yang perlu untuk amalkan petua nie, cuma dapatkan bahan-bahan dibawah nie;


  • 2 biji lobak merah
  • Sebiji timun segar
  • Sebiji limau nipis



Gambar ehsan Google.

Caranya, kisar lobak merah dan timun segar untuk mendapatkan airnya. Kemudian, dicampur dengan perahan air limau nipis.

Amalkan meminumnya setiap pagi dan malam setiap hari. Mudahkan.

Semoga perkongsian ini membawa manafaat kepada kome yang mempraktikkannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...