Thursday, February 28, 2013

Petua : Hilangkan bisa sengatan duri ikan sembilang

Ikan Sembilang memang menjadi kegemaran orang ramai. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara, sama ada di panggang dan dicicah dengan air asam atau dimasak berkuah seperti masak lemak dan sebagainya.


Gambar ehsan blogger Kaki Pancing

Masalah timbul bila hendak menyiang ikan ini kerana ikan ini menpunyai sengat yang sangat bisa. Jika tidak berhati-hati, jari-jemari kita akan menjadi mangsanya.

Teman sebagai antara pengemar ikan Sembilang, akan berkongsi satu rahsia atau petua yang mungkin dapat membantu kome jika menghadapi masalah terkena sengat ikan Sembilang ini. Caranya amat mudah dan bahan-bahannya boleh didapati dirumah. Kome hanya perlukan asam jawa.

Mudah sahaja caranya. Ambil asam jawa, kemudian letakkan ditempat yang terkena bisa sengatan ikan Sembilang tadi, Biarkan seketika, insyaallah bisa dan sakitnya akan hilang.

Selamat mencuba...!

Wednesday, February 27, 2013

Perang bendera PRU13

Bahang pilihan raya 2013 (PRU13) semakin hangat. Macam-macam gelagat kita boleh tengok. Dah sama level macam pentas Maha Raja Lawak Mega dah... Macam-macam manifesto di tabur... Ada yang kata manifesto itu bukan janji... Kadang-kadang lucu pun ada politician nie... Sebab tu lah teman samakan ceramah politik nie dengan pentas Maha Raja Lawak Mega. Selain kempen pilihanraya, kerja-kerja menegakkan bendera sudah pun bermula. Setakat nie, teman tak nampak lagi poster pilihanraya di tampal. Maklum lah, penamaan calon masih lagi belum dibuat.

Bendera parti-parti politik saja sekarang nie dah mula terpacak merata-rata. Tapi, dalam keghairahan memacak bendera tu, jangan la sampai keselamatan diri terabai.

Tengok macam mamat dibawah nie. Bahaya betulkan. Dibuatnya batang besi tu patah, kan nayaaa... mungkin si pelaku tu ingat calon pilihannya nanti akan berhutang budi dengan dia... mmm... mungkin tidak... keluarga dan anak-anak lah yang akan sentiasa di sisi bila dalam kesusahan nanti. So, ingat-ingatlah orang yang tersayang tu...


Monday, February 25, 2013

Jenis-jenis darah manusia

Teman pasti kome mesti ada yang pernah menderma darah. Teman, setakat ini tak pernah lagi menderma darah. Cuma diambil darah untuk pemeriksaan kesihatan adalah. Kenapa teman tak menderma darah? mmm... entah la... teman sendiri pun tidak pasti sebab apa teman tak menderma darah... Takut jarum...? mmm... tidak juga. Kenapa yer? mungkin disebabkan bentuk fizikal kot... Tak apa la... sampai masa nanti teman menderma lah.

Sebenarnya entry hari teman nak share jenis-jenis darah yang diterima oleh seseorang. Seseorang tu, hanya boleh terima jenis-jenis kumpulan darah tertentu sahaja. Bukan semua jenis darah boleh diterima. Jom tengok jadual dibawah nie.


Sunday, February 24, 2013

Kuliah : Pahlawan neraka

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya.



Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu. Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman, kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka. Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu. Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya. Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka. Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang.

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Kisah ini turut dipaparkan dalam Metro ahad dan juga di Wikipidia.

How to manage your Samsung Galaxy Tab 10.1 home screen

Some time Galaxy Tab user may find inconvenient with some many unused home screen on their devise. Not to worry. I have some trick to share here.

By default setting, you may have 5 home screen on your tab 10.1. You may find it too many home screen. By right, you only need 3 home screen. 

First, go to your home screen by pressing 


On the home screen, place two fingers on the screen and pinch them together while touching the screen to switch in Edit mode. You will get new screen as below.


Second, you can add, remove or organised the panels.
To remove a panel, just tap and hold the panels thumbnail image and then drag it to the rubbish bin.
To add a new panel, just select 
To set main panel of the home screen, select 
To change the order of panels, tap and hold the panels thumbnail image, and then drag it to a new location.

To exit, select to return to the previous screen 

Kuliah : Rambut wanita (aurat)

Saturday, February 23, 2013

Kuliah : Surah Ash-Shams

Friday, February 22, 2013

Banner "Siakap senohong..."

Siakap senohong, bercakap bohong, lama-lama mencuri... Inilah antara kiasan orang melayu   dahulu. Tapi, sekarang macam-macam kiasan dah wujud. Banner nie teman pasti ianya di gantung di kawasan Manjung, Perak. Bunyinya berbaur politik. Tapi, kadang-kadang lucu pun ada depa nie... Dah macam pentas "Raja Lawak" la pulak.


Wordless : 22 February 2013

Thursday, February 21, 2013

Petua : Hilangkan gatal-gatal peluh

Berpeluh tandanya sihat. Tapi kalau berpeluh tanpa melakukan apa-apa aktiviti berat pun masalah juga. Mungkin ada masalah lain dan lebih baik lah membuat pemeriksaan lanjut dengan mereka yang pakar. Kali nie, teman nak kongsikan masalah peluh pada anak-anak kecil kita. Normal lah kan, anak-anak kecil nie sangat aktif dan bila terlalu aktif mereka akan berpeluh. Bila anak-anak kecil kita nie berpeluh, mula lah mereka tidak selesa. Tergaru-garu sana sini. Petua yang teman nak kongsikan bersama hari ini adalah untuk anak-anak kecil kita nie. Orang dewasa pun boleh guna juga petua nie. Tak ada masalah pun.

Jangan susah hati, caranya mudah sahaja. Kome perlu cari cekur. Tak tahu cekur tu apa benda. Cekur atau Ginger Sand tu ialah sejenis tumbuh-tubuhan herba yang mempunyai ubi dibawahnya. Nama saintifiknya ialah Kaempferia galanga Linn. Dibawah nie teman kongsikan bagaimana rupanya pokok Cekur nie.





Gambar dari portal web Delicious Food In Malaysia

Ambil ubinya, bersihkannya dan kemudian kupas kulitnya. Selepas itu, parut cekur tersebut. Ambil hasil parut ini dan sapukan pada bahagian tubuh yang gatal.

Insyaallah, kegatalan ini akan hilang tak lama nanti. Selamat Mencuba!

Sunday, February 17, 2013

Kuliah : Nasihat untuk Adam dan Hawa

Saturday, February 16, 2013

Kuliah : Doa untuk keselamatan di dunia dan akhirat

Untuk amalan kita bersama. Marilah bersama kita menuntut ilmu, beramal dengannya dan berkongsi ilmu dengan orang lain.

Friday, February 15, 2013

Spotted : CAV 3

Cantikkkan nombor platnya CAV 3...

Thursday, February 14, 2013

Petua : Mendidik anak degil dan tidak mendengar kata

Hari nie teman nak kongsikan satu petua untuk keluarga dalam mendidik anak-anak. Biasanya bila dah ada anak-anak nie, macam-macam kerenah mereka nie. Biasalah budak-budak sedang membesar. Tak kurang juga ada yang mendengar kata dan ada juga yang degil + nakal. Kadang-kadang teman ada juga mendengar ibubapa merungut mengenai kerenah anak-anak mereka yang tidak mengikut kata.

Setiap ibubapa mahukan anak-anak mereka menjadi manusia berguna dan mendapat didikan yang sempurna disanping menghormati mereka.

Namun, setakat mana cara didikan mereka selama ini berkesan. Disini, teman kongsikan petua khas untuk pembaca yang sudah berkeluarga. Petua ini hendak lah dilakukan dengan penuh berkeyakinan. Ini adalah sebahagian daripada usaha kita. Berkesan atau tidak hanya ALLAH yang menentukannya.


Gambar ehsab blogger : dansemacabre

Ok, mula-mula sediakan tujuh batang lidi dan ucapkan pada lidi tersebut "Aku ambil rotan ini untuk anak-anak aku takut" dan kemudian selawat keatas nabi sebanyak tiga kali (3X). Ianya hendak lah dilakukan pada hari selasa sewaktu matahari rembang (tinggi, waktu tengahari dalam pukul 12.30 hingga 1.30 tengahari).

Gunakan lidi ini untuk menakut-nakutkan anak-anak yang degil dan suka melawan kata. Akan tetapi perlu diingat. Lidi ini hanya digunakan untuk menakut-nakutkan bukannya untuk merotan atau memukul anak anda.

Kita hanya berusaha. Allah yang menentukan segalanya. Selamat mencuba!

Wednesday, February 13, 2013

Ada ke patut...???

Entry ada ke patut. Teman pasti ramai disana penguna Foursuare. Alaa... apps yang share tips untuk segala macam tips dari hotel hingga lah tips bengkel spare part kereta. Actually, teman nie pun penguna apps Foursquare juga.

Selalu la juga, teman check in dan browse komen dan feedback kawan-kawan. Tapi ada sorang member nie. Macam tak ingat dunia la pulak. Cuba kome tengok apa yang mamat tu letak kat akaun dia... Malas teman nak komen lebih-lebih...


Fakta buncit atau boroi

Saja jer nak share... Tahukah anda apabila seorang lelaki itu berkahwin dan fizikalnya berubah menjadi semakin berisi, buncit dan boroi. Itu tandanya, lelaki tersebut bahagia dengan pasangannya. Tak percaya, cuba baca info yang dikongsikan dibawah nie.



Entah lah, info nie boleh di guna pakai atau tidak... Teman nie idak la boroi... idak le ada six pax... tampan tu... entah la... yang pasti teman nie sweat orangnya... :)

Mungkin ada yang nak ngorat teman nie... tapi, idak le layan deme tu... teman setia pada yang satu... I love you so much darling... my wife lee... bukan orang lain tau... :)

Pelamin unik

Ada sesiapa berminat nak membuat pelamin macam nie tak?


Tuesday, February 12, 2013

Rojak SS15 Subang Jaya

Tempat makan best di Subang Jaya. Menu kali ini adalah berkenaan rojak. Biasanya rojak atau boleh juga di panggil pasembur popular di Pulau Pinang. Tapi, kali ini teman bersiaran di gerai rojak SS15 Subang Jaya. Nie adalah kali pertama teman kesini. Itu pun atas pelawaan +Ross Salleh bersama +Mohamad Faruk untuk lunch bersama. Dari Menara TM, Bangsar kami bergerak ke lokasi yang cuma mengambil masa setengah jam sahaja. Itu bergantung pada kelancaran aliran trafik waktu itu la. Koordinate GPS lokasi, teman kongsikan di bawah sebagai rujukan kome kalau berniat kesini.


Ianya terletak di jalan SS 15/3B, berhampiran dengan Subang Square.


Gerai rojak nie pernah muncul didalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan TV3. Masa sampai tu, pelanggan tak la ramai lagi. Masa beratur menunggu giliran untuk pesanan pun tidak lah lama sangat.




nie bro +Mohamad Faruk bersemangat bebenor nak pekena rojak kat sini. Kiranya lunch rojak + cendol pulut... pergghh... balik office mengantuk giler...


  


Disini peniaga tidak menyediakan kerusi atau meja kepada pelanggan mereka.  so, pandai-pandai sendiri lah nak makan dimana. Ramai juga pelanggannya makan di bahu jalan. So, teman pun join sekali lah...



Pun begitu, gerai nie tetap mendapat sambutan hanggat dari pelanggan mereka. Walau pun tiada tempat yang selesa untuk menjamu selera, pelanggan mereka tetap setia menunggu. Apa yang menarik pasal rojak disini. Nak tahu! Cuba la sendiri.

Sunday, February 10, 2013

Spotted : PP 1

Siapakah tuan empunya Proton Perdana V6 bernombor plat PP1 nie...




Kuliah : Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.


Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


Saturday, February 9, 2013

Kuliah : Doa tetap Iman

Thursday, February 7, 2013

Petua : Menanggalkan kesan susu

Teman pasti ramai diluar sana berkeluarga dan mempunyai anak kecil yang masih menyusu mengunakan botol susu. Pasti pernah mengalami masalah untuk membersihkan botol susu tersebut dari kesan susu dan bau. Hari nie teman nak berkongsi satu petua untuk mengatasi masalah ini. Caranya mudah sahaja. Bahan yang di perlukan adalah garam yang biasa terdapat di dapur.




Gambar ehsan Google

Apa yang perlu ada buat hanyalah dengan memasukkan sedikit garam dan air kedalam botol susu tersebut. Kemudian goncangkan sehingga garam tersebut hancur. Kemudian, bersihkan botol susu tersebut seperti biasa. Cara ini juga boleh digunakan untuk membersihkan puting susu.



Gambar ehsan dari blogger Semuamolek.

Mudahkan. Selamat mencuba.

Wednesday, February 6, 2013

Wordless : 6 February, 2013

Tuesday, February 5, 2013

Unik : Penyepit kain BATMAN

Apa macam, ada yang berminat untuk memiliki penyepit kain nie tak... Unik dan kreatif kan...


Gambar ehsan : Google

Macam mana nak belinya... mmm... kome boleh dapatkannya di sini. Harganya cuma USD6.57 dan pembelian USD25 keatas akan mendapat penghantaran percuma.

Sunday, February 3, 2013

Kuliah : Doa kepada kedua Ibu Bapa


Klik disini untuk membaca lagi doa untuk kedua Ibu Bapa.

Saturday, February 2, 2013

Kuliah : Doa memohan diri dan anak rajin mengerjakan solat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...